SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

POTENSI KEMENANGAN DI JERAI TIDAK HARUS DIPERJUDIKAN.

Posted by Det Guaq9 Wednesday, March 2, 2011

Ketua UMO Bahagian Jerai

 ADUN Guar Chempedak
 Menteri Agama


Aku sebenarnya tidak mahu lagi memberi fokus aku terhdap dalaman UMNO kerana kami dari kalangan blogger-blogger pro UMNO/BN seperti ada MOU tidak rasmi untuk lebih memfokuskan posting-posting kami dalam membuat serangan maya terhadap pembangkang, tetapi aku juga tidak boleh berdiam diri dari memberi komen dan mengkritik secara membina terhadap pemimpin-pemimpin parti keramat ini atas rasa kecintaan kepada parti UMNO/BN ini.  Lalu hari ini biarlah aku memberi sedikit pandangan yang membina terhadap Parlimen Jerai terutamanya terhadap UMNO yang menjadi parti dominasi di Jerai di samping MCA, MIC, Gerakan dan IPP.

Dato' Suhaimi Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Jerai
sedang berbincang sesuatu dengan 
YB Dato' Dr. Ku Rahman Ku Ismail
ADUN Guar Chempedak.

Parlimen Jerai adalah tempat aku mengundi untuk memilih calon yang boleh mewakili rakyat secara berkesan, DUN Guar Chempedak juga adalah tempat aku berbakti kepada parti.  Walaupun kedua-duanya aku berikan undi aku kepada calon dari parti yang mewakili aku, aku terpaksa akur apabila kerusi parlimennya kecundang di sebakan calonnya yang sudah dalam kategori 'vintage' dan di tolak oleh pengundi atas pagar.

Dato' Suhaimi, bukan sahaja kerap turun ke setiap pelosok kampung dan pekan dalam Parlimen Jerai, malah beliau juga gigih dalam membantu kempen-kempen dalam PRK-PRK yang telah, sedang dan akan berlaku di seluruh negara.  Malah beliau berazam dengan penuh kesungguhan untuk terus membantu rakyat dalam PARLIMEN JERAI melalui Penyelaras Parlimen Jerai.

Manakala kubu kuat BN, iaitu DUN Guar Chempedak yang dulunya di wakili oleh 'vintage' juga tetapi masih di terima baik oleh rakyat DUN Guar Chempedak, namun kerana berjiwa besar dalam menentukan kepentingan parti melebihi kepentingan individu, maka dengan penuh rela dia memberi laluan kepada Dato' Dr Ku Rahman dan mengarahkan aku serta anak buah untuk menyokong calon ini tanpa bantahan.  Dan aku serta anak buah akur atas arahan ini dan terus turun secarra regular membantu dalam memasang poster di kawasan aku dengan di bantu oleh beberapa kumpulan dari beberapa peti undi berhampiran. Dan DUN Sungau Limau seperti yang di ketahui terus dalam tangan pasrael, malah calonnya kini adalah YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.  MB yang tak tau apa ke satu pun.  Itu sejarah.....sejarah yang WAJIB di ubah dalam PRU yang ke 13 nanti.

Dan selepas PRU ke 12 yang lalu, maka berlakulah pemilihan dalaman untuk UMNO-UMNO Bahagian di seluruh negara kecuali Serawak.  Sepertimana yang ramai maklum, Dato' Suhaimi Abdullah telah berjaya menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerai, manakala ADUN Guar Chempedak pula gagal dalam persaingan ini.  Aku sememangnya menyokong dan masih menjadi penyokong Dato' Suhaimi Abdullah sehingga kini, tetapi aku bukanlah dari jenis penyokong fanatik, kerana akhirnya  UMNOlah yang menjadi pilihan aku dan BNlah yang akan aku pangkah bila aku di perlukan untuk memangkah bila berlaku pilihanraya tidak kiralah samada PRK atau PRU.  AKU BUKAN FANATIK KEPADA INDIVIDU! Sebab itulah hubungan aku tetap baik dengan YB Dato' Dr Ku Rahman, begitu juga dengan Haji Fadillah Ali, Timblaan Ketua UBJ dan masih rapat serta terus rapat sebagai sahabat dengan saudara Ikmal Ismail juga terus mengkagumi karisma saudara Ku Abdul Razak yang kini menjadi Pengerusi  PERKASA Daerah Yan.  Malah kelibat Dato' Paduka Badruldin yang kini adalah Pengerusi Tetap UMNO Malaysia juga turut aku hormati.  Sepak terjang poltik cara lama yang beliau mahiri tidak lagi boleh di aplikasi di bawah, kerana pendekatan dari ahli-ahli muda tidak lagi sama seperti pendekatan yang beliau amalkan dahulu.  Lalu barisan muda seperti Ikmal, Ku Razak dan lain-lain adalah di perlukan.  Tetapi untuk berguru dengan beliau sebagai pedoman adalah bermanfaat, begitu juga dengan Dato' Razak Hashim, gandingan yang cukup serasi dalam UBJ pada masa lalu.

Apabila sahaja Jamil Khir di lantik sebagai Senator dan kemudiannya DS Najib selaku Perdana Menteri pula mengangkat beliau untuk di pilih kedalam kabinet beliau, aku adalah antara rakyat dalam Parlimen Jerai yang cukup berbangga.  Bangga kerana sekali lagi anak Jerai di pilih menjadi menteri selepas TS Sanusi Junid. Ketika di lantik beliau bergelar Dato' dan berkat lantikan itulah maka sekali lagi beliau di anugerahkan gelaran yang lebih tersohor iaitu Dato' Seri oleh Sultan Kedah dan kini beliau bergelar Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral(B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(DSJK).  Walaupun keluarganya termasuklah ayahnya adalah majoritinya ahli pas dan ada yang jadi ahli seumur hidup pas, tetapi beliau sudi untuk menyertai parti yang cukup dimusuhi oleh majoriti ahli keluarganya.  Itulah warna dalam dunia politik.

Dan warna ini juga menjadi semburan harapan rakyat agar DSJK terus berbakti kepada rakyat khususnya di Jerai dan Kedah serta Malaysia amnya.  Tetapi apabila warna ini mula di gauli dalam warna politik UMNO/BN Jerai dengan kaedah yang salah, lalu palitannya menghasilkan warna kekecelaruan.  Jika di biarakan warna-warna ini terus berada dalam corak kecelaruan aku khuatir Jerai sekali lagi akan berada dalam genggaman pasrael.

Mungkin DSJK tidak sedar palitan-palitan warna yang di corakkan oleh pengikut-pengikut 'instant' beliau bukanlah calitan dan palitan warna sebenar kanvas poltiknya, tetapi palitan dan calitan warna itu adalah palitan dan calitan warna yang mereka corak sendiri, tetapi mereka memberi gambaran di kanvas poltik Jerai, ianya adalah palitan dan calitan warna dari DSJK sendiri, Palitan dan calitan warna yang DSJK mahukan sendiri.  Palitan can calitan dari ilham DSJK sendiri.

DSJK perlu bingkas bangkit untuk memperbetulkan kembali palitan dan calitan warnanya agar selari dan harmoni dengan warna-warna majoriti politiik UMNO/BN Jerai jika belia betul-betul ikhlas untuk membantu pengukuhan UMNO Jerai.  Bagi aku period yang sedang di hadapi oleh pemain-pemain politik di jerai ini sepatutnya bukanlah kearah memecahbelahkan perpaduan dalam UMNO/BN Jerai, sebaliknya mencari jalan ke arah pengukuhan dan uniti dalam UMNO/BN Jerai.

Aku sarankan DSJK memusatkan setiap aktivitinya baik melalui Kementerian ataupun Jabatan mahupun atas diri DSJK sendiri bersama-sama UMNO Bahagian Jerai, kerana aku dapati ada aktiviti-aktivit beliau berjalan tanpa penyertaan dan pengetahuan UMNO Bahagian Jerai walaupun itulah langkah yang paling wajar.  Beliau harus bergerak sebaris dengan KUBJ, iaitu Dato' Suhaimi Hj Abdullah dan seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Jerai.  Fragmantasi yang berlaku tidak langsung menjurus kearah politik dalaman yang sihat.  ia hanya memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu dan dalam unit-unit yang kecil tanpa memberi hasil yang ultimate dan menyeluruh.

Aku tahu beliau sedang di lambung dan di buai dengan syair-syair politik yang indah-indah sehingga menjadi lamunan yang tak berpenghujung.  Betul, melalui dodoian syair ini maka senyuman penuh hasrat tidak lagi dapat di sembunyikan di sebalik misai tebalnya lagi.  Tetapi inilah masanya untuk beliau berhenti dari terus tidur dalam mimpi yang sengaja dicipta oleh oportunis-oportunis parti yang kini sedang bergayut di dahan DSKJ yang berjawatan menteri itu. 

Berkali aku memberi ingatan kepada salah seorang penasihat beliau bahawa jika di umpamakan enjin, enjin UMNO seumpama enjin dari hasil kejuruteraan continental.  Enjinnya tidak sama dengan enjin dari jepun, ringkas dan mudah di selenggarakan.  Enjin kontinental ini perlukan pengalaman yang cukup lama untuk mengetahui karenahnya, sakitnya dan PALATnya!  Mungkin ketika menghidupkan enjin kotinental UMNO Jerai ini ia dapat di hidupkan dengan mudah, tetapi belum tentu apabila dimasukkan gearnya, enjin itu akan mulai bekerja dan bergerak.  Kerana ketika inilah juga hantu-hantu raya yang berkeliaran akan segera meresap kedalam enjin kotinental ini apabila mendengar ianya di hidupkan dan derumannya sengaja di nyaringkan agar dapat di dengar keseluruh Parlimen Jerai.

Dan DSJK juga harus fahami dan memahirkan diri dalam mengendalikan enjin kotinental UMNO Jerai ini yang hampir semua sparepart-sparepartnya adalah part yang lama dan kalau ada yang barupun hanyalah sparepart yang imitate, bukan part yang original.  Dan nampaknya semakin hari semakin banyak pula part-part asal enjin kontinental UMNO Jerai ini sudah diganti dengan alatganti TIRUAN.  Jaga-jaga DSJK!  Aku takut belumpun habis masuk gear 4, enjin dah kondem dan DSJK kena berjalan kaki, lebih parah lagi DSJK kena pula tarik enjin kontinental UMNO Jerai yang meragam itu.  KENA TARIK SORANG-SORANG PULAK TU! Parah ya sheikhhh!!!!

Oleh kerana perumpamaan yang aku beri secara lisan ini seperti tak sampaipun ketelinga DSJK melalui penasihatnya, maka aku gunakanlah premis aku ini untuk menegur DSJK yang aku lihat cukup berpotensi besar sebagai pemimpin dalam bikinan.  Tetapi, kesabaran dari beliau perlulah berseimbang dengan cita-cita politik beliau.
DSJK sewajarnya terus menjadi Menteri Agama menggunakan
saluran sebagai Senator untuk sepenggal lagi demi untuk membantu 
pengukuhan UMNO Bahagian Jerai.  Tentunya dia cukup bijak
untuk menilai saranan aku ini, kalau tidak, tak mungkin DS Najib
terpikat kepada beliau. Mengapa hendak di kerat supaya kurang 
pemimpin di dalam parti dan kerajaan.  Biarlah kedua-dua mereka
berperanan dan memainkan peranan bersama untuk kepentingan 
seluruh rakyat dalam Parlimen Jerai.

Oleh itu sebagai kesimpulannya, aku amat berharap agar DSJK mempertimbangkan saranan aku yang telah aku sarankan juga kepada beliau melalui penasihat beliau, tetapi mungkin tidak sampai ke telinga beliau dan hanya tersekat di pintu pejabat agam beliau di JPM Putrajaya iaitu saranan yang berbunyi begini:
Dato' Seri pada pandangan aku cukup layak dan sajak dengan portfolio yang ada, lalu amatlah rugi jika ianya terlepas begitu sahaja selepas ini dek kerana tersalah rangka, tersilap rencana dan terkhilaf laksana. Metamtik dalam poltik tidak sama caranya dalam metamatik ketenteraan DSJK.  Keputusan di Jerai membuktikan bahawa metamatik dalam poltik terlalu banyak jawapannya, malah ada yang tidak masuk akal!

Biarlah peluru yang bernama DSJK ini dapat menembak dua burung dalam sekali bidek.  Lalu aku cadangkan beliau sekali lagi sudi di lantik sebagai senator(oleh Perdana Menteri) dan terus menjadi Menteri(Agama) di Jabatan Perdana Menteri manakala biarlah mereka yang berbelas tahun berjuang dalam UMNO Jerai dipilih baik untuk kerusi Parlimen, DUN Guar Chempedak dan DUN Sungai Limau.  Manakala DUN Gurun, kerana telah menjadi tradisi dan atas semangat tulin Barisan Nasional, biarlah calon dari kalangan bangsa Cina seperti YB Dr Leong terus di letakkan di sana. 

Aku percaya hanya cara ini sahajalah yang dapat memantapkan keutuhan UMNO dan BN di Parlimen Jerai ini.  Dan biarlah senario ini berkekalan sehingga selepas PRU yang ke 13 dengan niat untuk pengukuhan parti.  Lalu jika selepas ini beliau rasa dengan pengalaman yang ada sudah cukup untuk beliau menakhodai tak kiralah UMNO Bahagian mana sekalipun, maka aku akan sentiasa menyokong beliau, kerana posting ini di buatpun kerana aku juga menyokong kehadiran beliau dalam  UMNO dan BN.

Tetapi akhrinya, jika keputusan yang di putuskan oleh DS Najib adalah tidak mengikuti kehendak mana-mana kelompok, maka marilah kita ingati kembali motto yang di laungkan oleh beliau, iaitu WINNABLE CANDIDATE.  Itulah perkara pokok yang semua pihak kena terima.

AYUH DSJK, BERSAMALAH DENGAN UMNO BAHAGIAN JERAI DAN BARISAN NASIONAL PARLIMEN JERAI SERTA SAF KEPIMPINANNYA DALAM APA SEGALA AKTIVITI, BAIK YANG MEREKA RANCANGKAN ATAU YANG ENTE RENCANAKAN. 

SYNCHRONIZE DERIVE HARMONIZE

2 Responses to POTENSI KEMENANGAN DI JERAI TIDAK HARUS DIPERJUDIKAN.

  1. Pakteh Says:
  2. Seni berpolitik ini sebenarnya indah. Tidak ada kawan n kawan yang mampu kekal hingga ke akhir hayat. hari ni aku maki hang...esok aku pelok hang...
    kelmarin aku cium tangan hang...hari ni aku maki sampai tujuh keturunan cucu cicit hang....
    Memang betoi...seni dan strategi dalam tentera tak sama kelarainya dengan seni berpolitik. 1+1=2 tapi itu belum tentu jawapannya jika tanya orang politik...

    Pakteh kurang arif tentang jerai...cuma kedengaran suara2 sebegitu...mungkin DSJK boleh fikir2kan..tak rugi mempunyai banyak pandangan dan akhirnya apabila sampai masa yang sepatutnya...gabungan cadangan2 yang diberi oleh semua pihak diharapkan satu keputusan yang terbaik untuk parti.

     
  3. detguaq Says:
  4. Pakteh,

    Semua manusia bila berhasrat menjadi pemimpin akan cuba menonjolkan diri dalam setiap geraklakunya. Baik politik, mahupun NGO. Ada pelbagai kaeah untuk menonjol demi ke depan. Tetapi dalam poltik tidak ada jalan pintas untuk ke atas. Acid Test tentunya tidak dapat dielak, ramai yang cair akibat tewas apabila di siram asid politik.

    Jamil Khir masih lagi 'hijau' dalam politik UMNO walaupun mungkin sebelum ini dia telah terbiasa dengan hijau iaitu hijau PAS dan hijau Tentera, tetapi 'hijau' dalam UMNO lazimnya mengambil masa yang bukan sekelip untuk bertukar ke merah saga dan akhirnya membiru. Tok Mi Sluaq Besaq sendiri mengambil masa belasan tahun dalam sepakterjang politik UMNO Jerai sebelum berjaya berada di tahap yang dia ada sekarang ini. Pernah di ishtiharkan berhadapan dengan bukan seorang, tetapi tiga hingga empat orang apa yang di gelar 'anak didik' oleh Dato' Badarudin ketika bersaing dalam pemilihan dahulu rupanya tidak berakhir bila majoriti perwakilan membuat pemilihan. Dan kini mereka sebenarnya sedang mempertaruhkan masa depan Jamil Khir pada aku dengan cara yang tidak kena pada tempat.

    Aku melihat adalah lebih baik Jamil Khir bergerak dalam aktiviti-aktiviti, program-program dan majlis-majlis dalam apa sahaja latar bentuknya bersama-sama saf kepimpinan UBJ kerana dia juga adalah AJK UMNO Bahagian Jerai setelah mengishtiharkan menerima tawaran untuk di lantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa UBJ. Ini adalah satu penghormatan kepada beliau oleh Ketua UBJ khasnya serta seluruh ahli-ahli UMNO Jerai amnya.

    Wajar bagi beliau untuk menilai balik penghormatan ini dengan bergandingan dalam apa sahaja gerakerja yang di lakukan di Jerai. Sebenarnya DSJK tidak bersaing dengan sesiapapun dalam saf kepimpinan UMNO Bahagian Jerai. Dia berada dalam kelas tersendiri dan tidak patut untuk sesiapa mengheret dan menjerumuskan beliau kedalam kecelaruan.

    Yang pentingnya sekarang ini ialah kesemua yang berada dalam saf kepimipinanberganding bahu memantapkan UBJ utk menghadapi PRU13 sebagai 'common target'.

    Musim pemilihan akan tiba juga akhirnya, tetapi bukan kelamarin, hari ini atau hari-hari sebelum PRU13. DS Najib bukan hanya menilai dari satu sisi sahaja....It is a holistic valuation indeed.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ