Wow!!! RM53 juta hasil BALAK. Patutlah siang malam hutan di tebang untuk keluarkan balak! kalau amcam nilah azizan mempraktikkan tugas beliau sebagai MB, tidak hairanlah jika cukup sahaja tempoh matang mandat rakyat berakhir, maka separuh dari Kedah akan gondol macam kepala dia! kalau adapun sikit-sikit takat nak bagi ayaq melakat kat kulit kepala lepas mandi...
_____________________________________________________________________________________
14 Mac, 2011 15:57 PM
MB Kedah Sedia Jawab Isu Manifesto Pada Sidang DUN
BUKIT KAYU HITAM, 14 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berhubung kejayaan melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.Katanya beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 80 peratus manifesto yang telah dibuat PAS.
"Tak perlu nak senaraikan kepada mereka (wakil rakyat BN) kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan...Saya akan jawab kalau mereka tanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin di sini Isnin.
Azizan mengulas desakan pemimpin BN yang mahu beliau menyenaraikan dan mengemukakan bukti mengenai kejayaan menifesto pada PRU yang lalu.
Beliau berkata kejayaan itu tidak perlu disenaraikan semula memandangkan kerajaan negeri sebelum ini telah menyenaraikan kejayaan itu dalam akhbar rasmi (Warta Darul Aman).
"Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegoklah sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya.
-- BERNAMA
0 Responses to Macam ni BOTAKlah Kedah!!!