SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

KERAJAAN PAS KEDAH BERTINDAK KEJAM

Posted by Detguaq2 Saturday, June 19, 2010


KERAJAAN PAS KEDAH KEJAM


Apa yang ada di benak mereka semasa arahan pemotongan air di laksanakan kepada premis ini?  Premis ini bukanlah premis yang dibangunkan berasaskan nilai-nilai komersil.  Premis ini di bangunkan sejak dari dulu adalah untuk menolong meninggikan syiar Islam, meyebarkan Islam secara dakwah.  Premis ini di dirikan untuk membantu orang-orang Islam di Kedah khasnya dan Malaysia amnya dalam mendidik anak-anak mereka dengan kos yang minimum, yang mampu di bayar oleh waris dalam mendalami ilmu-ilmu agama.  Premis ini di dirikan untuk menjadi platform kepada anak-anak orang Islam sebagai ‘batu loncatan’ kepada mereka sebelum ‘mendarat’ di Al Azhar, Khourtom, Damsyik, Madinah atau mana-mana Universiti di Malaysia ataupun di Timur Tengah yang kurikulomnya berasaskan agama Islam.

Salah satu dari surat menyurat yang ada dalam simpanan aku.
Sejarah panjang premis ini jika di ungkap dan di perjelaskan nescaya akan membangkitkan rasa terkejut rakyat kedah khasnya dan Malaysia amnya kerana sejarah panjangnya juga tidak lengkap sekiranya sejarah menafikan pembabitan seorang pemimpin tertinggi PAS Kedah dalam pentadbirannya.  Pemimpin ini menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Lembaga Pentadbiran premis ini selama 15 tahun.  Dan sepanjang 15 tahun itulah beliau sendiri tidak berupaya menyelesaikan tuntutan hutang ke atas kemudahan utility yang di gunakan.  Dan semasa itu Kedah di bawah sebuah Kerajaan yang di anggap zalim, berat sebelah, jahil dan pelbagai label yang sugguh negative.  Dan kerana Keraajaan terdahulu mentadbir Kedah dengan zalim dan kejamlah maka tidak pernah sekalipun ‘menjentik’ pihak pentadbir premis ini hatta dengan sekalipun amaran apatah lagi ugutan.

Tetapi apabila PR memenangi PRU12 dengan menguasai majority DUN-DUN Kedah dan setelah mengambil alih tampuk kuasa dan pentadbiran negeri, maka gembiralah mereka yang mengundi parti-parti PR terutamanya ahli-ahli setia mereka.  Beraya sakanlah penyokong-penyokong mereka seolah-olah Kedah ini macam baru merdeka.  Penuhlah markas mereka di batu lapan pada malam selepas PRU12 dengan penyokong-penyokong yang beranak datang mendukung, yang bercucu datang di dukung.  Di kelek segala tikar mengkuang dan tikar moden berasaskan plastic.  Sesak jalan berbatu-batu, tapi berjalan tak kira kematu asal samapai tempat di tuju.

Selepas dua tahun memerintah, maka di buatlah sambutan ulang tahun yang gilang-gemilang dengan motto Kedah Sejahtera.  Tetapi selari dengan usia pemerintahan semakin hari semakin banyak rungutan dan sungutan.  Aduan-aduan yang membanjiri Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan semakin menimbun di atas meja, membusung di dalam laci.  Tak banyak benda yang boleh di lakukan dengan aduan-aduan berkenaan kerana ketidakupayaan mereka menyelesaikan aduan-aduan dan permohonan-permohonan rakyat Kedah.  Masaalah semakin meruncing terutamanya yang membabitkan KESEJAHTERAAN rakyat Kedah seperti bekalan air bersih dan lingkaran jalan raya berturap.  Air kerap terputus, jalan kerap berkurap.  Hinggakan ‘bulu ketiak’ di bahu jalan semakin panjang dan menyakitkan mata memandang serta menyesakkan hidung dengan bau ketiak di kiri dan kanan jalan yang pekung kerana ‘bulu’ ketiaknya tidak pernah di jaga.

Dan yang terakhir ini, peristiwa yang paling baru dan yang tidak boleh rakyat Kedah tidak kira bangsa dan apapu nagama mereka maafkan, terutamanya Menteri Besar Kedah sendiri, Dato’ Seri Azizan razak sendiri serta Exco kanannya iaitu Dato’ Ir Amiruddin.

Rentetan dari  amaran yang menjurus kepada ugutan oleh SADA atau lebih di kenali secara jenaka sinis oleh penyokong PAS sendiri,  SYARIKAT AIR DATO’ AZIZAN mengenai tunggakan caj terhadap bil air yang hanya puluhan ribu ringgit kepada Sekolah Taufikiah Khairiah Al Halimiah, kerja-kerja pemotongan bekalan air terus dengan terburu-buru di lakukan.  Kenapa di katakana terburu-buru?  Kerana belumpun surat rayuan oleh Ahli Jawatankuasa Jemaah Pentadbir Sekolah berkenaan sempat di jawab oleh pihak kerajaan melalui exconya yang juga turut menerima salinan surat berkenaan termasuk juga surat-surat rayuan untuk pertimbangan pihak Kerajaan Kedah dan SADA yang di kuasai oleh mereka, dengan sekonyong-konyongnya bekalan air terus di potong.  Padahal tunggakan yang di warisi dari zaman pentadbiran ‘kerajaan zalim’ sebelum ini tidak pernah sekalipun bekalan air di potong, kecuali insiden terputus bekalan. Itupun dengan segera ia di baiki atau di hantar bekalan air bantuan melalui lori-lori memandangkan premis ini di diami dan di gunakan oleh pelajar-pelajar yang tengah menimba ilmu. Tetapi apabila ‘ kerajaan ehsan’ sekarang ini mencengkam kuasa, sejarah tercipta di lembar sengsara melalui tinta berwarna paksa bahawa esoknya anak-anak kita mungkin terpaksa mandi di taliair MADA di seberang jalan atau di ‘parit gila’ di belakang premis.  Minum bagaimana pula?  Membasuh jangan pula hendak di bayangkan.  Dan di maklumkan juga bahawa terdapat beberapa premis komersil lain yang berada berhampiran seperti di Gurun yang mencecah ratusan ribu ringgit tidak di ambil tindakan yang sama, iaitu tindakan memotong bekalan air ke premis mereka.  Inilah yang di persoalkan oleh pihak beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pentadbir sekolah berkenaan.

Ahad ini sekolah akan di buka.  Sanggupkah pentadbir sekolah membuka pintu pagar sekolah menyambut ketibaan anak-anak pelajar yang datang  bersama waris, berssama ibubapa, bersma penjaga tanpa air minuman.  Yang pastinya air matalah menjadi pengiring tetamu yang hadir pada hari pertama sekolah di buka.

11 Responses to KERAJAAN PAS KEDAH BERTINDAK KEJAM

  1. Anonymous Says:
  2. Sedih melihat cara kepimpinan PAS di kedah. Mungkin sebab tidak ada persediaan.

     
  3. Anonymous Says:
  4. orang melayu ini masih hidup dalam kemanjaan.aku ingat yg ini bukan simpati cuma ambil kesempatan menangguk diair keruh.banyak isu lain yg boleh diketengahkan.aku rasa tak lebih dari itu.bukan simpati sangat pun.

     
  5. Anonymous Says:
  6. Awat loghat amat PR kedah no.... baru dapat ghintah sat dah mabok ketum.Camana oghang lein nak undi sok kat depa.Pi lah belajaq lage wehhhh.Malu cek nak pi alok staq la ni.Cacamarba... 4D,DAMACAI,TOTO letaq satu bharis sederet.....

     
  7. Anonymous Says:
  8. Kalau nk air free g la selangor...sokong anon 2:15pm,tak kan bil air rumah sendiri nak suruh ketua kampung bayarkan...

     
  9. masih setia Says:
  10. Bro, biar pi la, dah rakyat kedah ni suka kat pemerintahan "kedah sejahtera". makanya, mai kita pakat-pakat tengok dan rasa macamana pemerintahan "kedah sejahtera".

    Cadangan aku, pakat ramai-ramai ibu, bapa dan waris serta Ahli Jawatankuasa pinjam bas, bawak anak-anak ni pi mandi kat dewan pas di batu 9, rasanya tak jauh dari pondok ni. lagi pun, ni lah peluang orang ramai nak berbakti untuk masuk syurga.

    Anggaplah arahan pemotongan bekalan air ni sebagai dugaan dari allah, kalau pemerintah "kedah sejahtera", tak kan nak buat mcm tu. yab mb ustas azizan mesti tak tau, aci lawan p tanya dia, kalau tak pecaya tengok hari rabu ni lepas mesyuarat xcow, tu pun kalau ada pemberita tanya la.

     
  11. Detguaq2 Says:
  12. masih setia....

    he he he...mesyuarat Xcow.....ha ha ha....maksudnya sebelum ni depa ni semua cow lah, sbb sekarang ni Xcow. Jadi kalau dah Xcow, la ni depa ni apa yang sebenarnya?

     
  13. Anonymous Says:
  14. Ni soalan budak sekolah rendah..

    SURAT TU...SAPA HANTAR KPD SAPA????
    A- KERAJAAN KEDAH HANTAR KPD SADA.
    B- SADA HANTAR KPD SEKOLAH.
    C- SEKOLAH HANTAR KPD KERAJAAN KEDAH.
    D- SEKOLAH HANTAR KPD SADA.

     
  15. Anonymous Says:
  16. Mana depa ada ati pghuuutt.... jika banyak mana sekali pun. Yang tu sekolah ugama. Tak dak pengobanan langsung. jenis parti PR/PAS ni hisap daghah.

    Depa tau Mudir sekolah tu sokng UMNO, SADA dengan arahan Ustaz Azizan pi potong ayaq. Depa nak sughuh budak asrama sekolah tu pi minum ayaq paghit depan sekolah tu kaaaa...?

     
  17. Anonymous Says:
  18. aku taula Pondok Pak Ya ayaq kena potong, tp ceqita betoi, ayaq tu dah kena potong bertahun dah, cuma depa 'sambung sendiqi' bertaun-taun. katanya metar ayaq tu baqu bubuh 3, 4 bulan lepas ngan syarat kena selesaikan tunggakkan zaman dulu-dulu, tu yg depa hantaq surat minta tangguh nak bayaq sikit-sikit. tup-tup pasai dia ada masalah pribadi ngan s/u sekolah aji pak ya, diapun lepas geramla...kalau hangpa nak tau lebih lanjut, hangpa p la tanya sendiqi kat pondok pakya tu. takut apa? kalau nak ceqita betoi p la tanya. jangan dok pedaajai ceqita yg meqapu sudahla...nanti hangpa dapat DOSA KEQING no...

     
  19. Detguaq2 Says:
  20. Anon 9:24-21/06,

    Soalan anda sudah di jawab padda post terbaru.

    Anon 9:48 - 21/06

    Betul sudah lama.....sejak kerajaan yang PASRael kata zalim dulu. Dan mengapakah selepas di sambung oleh SADA dan kemudiannya setelah pihak pentadbir sekolah minta berbincang untuk penyelesaian, tetapi di layan dengan tindakan pemotongan yang terbaru?? Apakah ini yang ingin di gambarkan oleh Ustaz Azizan dalam sistem kerajaan PASRael Kedah? Dictatorship? TAK TAU?

     
  21. Anonymous Says:
  22. Assalamualaikum...Sudah kena potongkah bekalan air di pondok pak ya?
    Wajarkah bebanan tertunggak RM berpuluh ribu di letakkan di atas tanggungjawab kerajaan negeri...pada hal baru setahun jagung ambil alih pemerintahan...Biasa la takkan penggunaan 1 bulan tidak jelaskan bil air menyebabkan potongan air terpaksa dilakukan.Yang pastinya tunggakkan itu sudah lama dan patut pihak SADA melakukan pemotongan kerana mereka patut adil dalam perniagaan mereka.Yang patut bersalah pengurusan Madrasah taufiqiah al halimiah itu sendiri.....wallahualam

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO