SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HALALKAH DUIT TUNGGAKAN DEPA TU?

Posted by detguaq3 Saturday, June 26, 2010

dah dua tiga hari trooper-trooper Shahanim singgah menjamu nafsu yang tengah lapar di blog aku.  Ada juga yang pro Pak Ali walaupun sikit dan da pula yang terjah kedua-dua mereka.  Baguslah, baru aku tahu bahawa Shahanim ramai trooper walaupun tiada mutu. tiada kualiti.  Boleh di asuh lagi....masih ada masa....  Biasalah, seperti kata orang-orang tua kata liku-liku hidup semakin mematangkan diri.  tak apalah.  Tetapi bagaimana trooper-trooper puteri yang lain?  tentunya elok kalau trooper-trooper ini dapat menyisihkan jubah pihak mana yang mereka pakai dan kali ini bersama aku dengan hanya memakai jubah politik UMNO untuk memberi komen terhadap artikel yang aku kutip dari blog/portal pembangkang yang mereka petik pula dari HARAMKAH.  Errr berapa ramai dari trooper pu3 UMNO yang selalu membaca HARAMKAH untuk melihat apa isu yang mereka mainkan, apa fitnah yang mereka lemparkan, apa pembohongan yang mereka putaralamkan di dalam akhbarut mereka???  Atau selepas puas menghamput peribadi aku, mereka kembali leka di FB bercerita ttg alat solek, ttg kebaya rekaan terbaru ataupun bf sapa yang lebih ensem???  JOM Serang Pembangkang!!!!!





Kelantan Lantik 13 Timbalan Exco Kerajaan Negeri
Tarikh : Sunday, June 20 @ 14:00:00 PDT
Topik : Kenyataan Media


Sumber HarakahDaily
KOTA BHARU, 20 Jun: Kerajaan Kelantan hari ini secara rasmi melantik 13 orang timbalan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri bagi membantu exco melaksanakan tugasan.
Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.


Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang.

Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri.

Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri.

Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu.

Tuan Guru ketika memberitahu media juga berkata kerajaan negeri memahami tanggungjawab exco yang banyak dan mahu timbalan yang baru dilantik turut membantu.

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.

“Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara,” ujarnya.

Katanya, sebelum ini timbalan anggota exco telah pun dilantik, namun ianya tidak secara rasmi sebagaimana hari ini.

Beliau juga berharap kesemua 13 timbalan exco yang baru dilantik itu dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
Kelantan lantik 13 timbalan exco kerajaan negeri




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tkodaily.net/
Email : nabila.atiqah@gmail.com atau : abujihad98@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)



This article comes from Tranungkite Online v10
http://www.tranungkite.net/v10
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5891


Benarkah dakwaan bahawa mereka-mereka itu telah lama menjalankan tugas-tugas timbalan ekso secara tidak resmi atau ini adalah keadah 'matlamat menghalalkan cara'?

Apakah tunggakan yang mereka terima semenjak dari 1hb januari lalu layak di terima oleh mereka?  Halalkah wang yang mereka terima yang begitu mudah di labelkan sebagai Tunggakan demi menghalalkan perbuatan mereka yang sebenarnya  adalah rindakan politik untuk menutup mulut beberapa ADUN yang tidak berpuas hati gara-gara wwang poket dan wang peruntukan mereka???

Silalah tunjuk kehebatan kamu trooper-trooper yang aku harap hanya berjubahkan UMNO semata!!!!

7 Responses to HALALKAH DUIT TUNGGAKAN DEPA TU?

  1. Wake UP! Says:
  2. UMNO bagi beras, duit semua ambik. Undi tetap bagi PAS. Halalkah semua beras, duit dan sebagainya tu bila niat di hati dah busuk iaitu tetap nak undi PAS?

     
  3. Anonymous Says:
  4. serupa semua ini perangai perwakilan dlm umno.duit sapu.makan keliling.tapi bila beri undi pada orang lain.dah lah makan duit haram.kecoh pula.rakyat ikut perangai hangpa dalam umno.

     
  5. detguaq Says:
  6. ANON 7:08,

    Adakah ini bermakna PAS dan UMNO sama atau perangai mansia adalah sama tak kira di mana sahaja mereka berada kecuali yang membezakan mereka adalah IMAN yang tulin kepada Allah???

     
  7. Admin UMPP Says:
  8. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

    Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

    Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

    Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

    Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

     
  9. detguaq3 Says:
  10. Salam Admin UMPP,

    Terima kasih kerana sudi linkkan blog picisan seperti blog saya ini kepada blog tuan. InsyaAllah I'll do the same.

     
  11. Anonymous Says:
  12. salam det,

    biasola tu, matlamak mehalalke cagho!

    pese tok gughu, "buakla lagu mano pung, asalke untung maghi alek kito....kohilal dah jadi kohohile, nak wat lagu mano, doh silak kigho!! takpo, kito kutik pitih smulo. koho banyok lagi!
    ni timbale2 exco ni pung buke buak kijo free, keno bui gaji getek. lamo doh dok tunggu pelue gini. oghe kito, ikut suko kito la..
    so lagi, hok oghe bui kito jange tolok...tapi kalu nokko syurgo, undi musti bui ko puok kito jah!"

    tokku banggu

     
  13. detguaq Says:
  14. Sale #
    Anonymous Says:
    June 29, 2010 12:19 AM

    Hok mu ghoyak, kawe tok leh nok kato podah, tepak ke matlamak. demo ni doh rak ke ajare tok guru demo.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO