Kisah Anwar: Dari sudut keadilan
Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 16:01:43 PDT oleh SongkokPutih
Ini belum picit betul-betul!!!!
Oleh melayu08
"PAS dan DAP pernah membongkar rahsia anwar
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.
Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar.
Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?
Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS. Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret kemana-mana oleh DAP.
Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.
Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.
DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?
Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda. Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali. Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak. Anuar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anuar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya.
rakyat dari parti pembangkang harus berfikir secara mendalam dan tidak haru terlibat dlm percaturan politik anwar yg kotor ini. jika sebelum kes 1998 iatu pada julai 1998 dan sebelumnya mat sabu sendiri tela menegeluarkan sendiri kenyatan yg betapa bahayanya anwar kepada negara kenapa sekarang PAS membuat u turn. demi agama Islm yg diperjuangkan PAS seharusnya PAS adil dan bertindak mengikut lunas islam. jangan kerana utk berkuasa PAS sanggup bersengkokol dgn seseutu yg terang-terang bertentang dgn ajaran islam. pengkhiatan terhadap jaran islm adalah satu dosa besar. dlm hal ini saya yakin yg PAS lebih arif kerana mereka dibarisi oleh ustaz-ustaz yg berwibawa.
jika sebelum kes 1998 PAS percaya dan turut terpegun dlm ceramah Mat sabu pabila mat sabu dgn lantangnya memanggil anwar AL- Juburi kenapa apabila melihat rakyat tak percaya PAS pun turut menukar topik dan menyalahkna kerajaan?
taib azamuddin sendiri pernah menerima pengakuan sumpah yg pernah dbuat oleh sesorg yg mendakwa pernah diliwat oleh anwa dan mereka merakam pengakuan tersebut. malahan akuan tersebut diedar kepada rakyat. kenapa masa 1998 PAS dan DAP percaya sebelum kes tersebut melatup tapi tiba2 PAS dan DAP membuat pusingan u?
sayayakin dgn konsep keadilan media yg diperjuangkan oleh TKO ini dapat menyiarkan artikel saya ini supaya rakyat dpt mendengar dari kedua-pihak dan membuat penilaian.
disini saya sertakan link utk sebagai bukti artikel saya ini. supaya saya bertanggungjawab atas artikel ini dan tidak membuat kenyataan tanpa memberi bukti
http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html
http://www.youtube.com/watch?v=cId2bRE9c7I
**Ini adalah sebuah artikel lama mengenai peguam yang kini sedang menguami B A B I. Yang seronoknya membaca komen dari puak pembangkang yang bagi aku bukan tidak memahami isi artikel ini tetapi mereka membina kefahaman dari sudut yang mereka sukai, bukan dari sudut fakta di atas cerita ini.
Contoh:
1. komen aku pendek je.... kalu korang paham ..paham le
kalu tak paham ..tak tahu le...
komen aku berkenaan artikel nin... " go to hell"
**Ini komen pendek dari orang yang sedar akan kebenaran artikel ini
2. PKR ngan DAP je ke? bagaimana ngan UMNO?
** Ini pula mengidap penyakit bawaan paklah yang dikenali sebagai 'denial syndrome'
3. Subhannallah, nama yg anto pun melayu dan pastinya islam..haraP bertanggungjawab atas apa yg ditulis..andainya benar maka biar Allah menghakiminya..TETAPI KALU TAK BENAR/FITNAH, MAKA bersedialah untuk menerima padahnya....dah tiap yg membaca akan memberikan saham akhirat kpd penulis/penghantar..kalu sejuta yg baca maka bnyk itulah saham nya....wallahualam,,,
**Ini lagi teruk, artikel tu ada sebut Karpal Singh dan Mat Sabu, dia sendiripun tak yakin ttg benar atau palsu!
4. apa punya artikal......jadi kalau apa yg melayu08 ckp betul mcmana dgn kes liwat episod 1 dulu. tipulah.....memang kerajaan nak kena kan anuar tp tak menjadi.....klu mcm tu teror lah karpal tu....dah ulamak dunia dan org politik satu dunia tahu kes memang nak kenakan anuar. lg satu org buat pengakuaan kat imam masjid negara tu......nape umno tak gunakan pengakuaan tu.....buat cd beribu2 ...edarkan.....duit takde masaalah kat dia org.....UNTUK MELAYU08.......BANYAK LAH MEMBACA DAN SEGALA MEDIA CETAK DLM DAN LUAR NEGERI BARU ANDA TAHU MCMANA KERAJAAN BN NI. BACA SUARA KEADILAN YG BARU.....BETAPA BURUK KERAJAAN BN PASAL PERLANTIKAN DR JOMO DI PBB....JGN BACA ARTIKAL YG ASYIK PRO BN JE.
**Suruh orang membaca, tapi dia tak bacapun...
Pendek kata bukan isi artikel tu yang di ambil berat, tetapi bagiamana nak spin melalui komen agar apa yang di luahkan oleh penulis dapat di kampus dengan spin yang ligat!
0 Responses to TELUR SEDANG DI GENGGAM....PUNGKOQ SEDANG DIRAMAS....