Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.
Perasmian di jangka akan di adakan pada pukul 9.00 malam, manakala jemputan adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ahli-ahli UMNO. Sesiapa yang ingin hadir(adalah di galakkan) bolehlah datang pada pukul 8.30 malam untuk beramah mesra secara santai. Blogger-blogger Kedah/Utara bolehlah kesana untuk berkumpul sambil berbincang apa sahaja perkara, baik politik, sosial mahupun berkaitan dengan kemasyarakatan atau keilmuan. Oleh kerana komputer meja hanya di sediakan sebanyak 5 unitr sahaja, maka adalah di galakkan sesiapa yang ada notebook sendiri untuk membawanya sekaliuntuk di manfaatkan semasa di sana nanti.
Dato' Paduka Ahmad Bashah bersama-sama dengan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bersama dengan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Alor Setar mengalu-alukan kedatangan anda kemajlis berkenaan.
Fuuuulamak !!
Hebatnya..tapi packing ada ka? awat jauh sampai ke garis utara? Apakah UMNO kedah bahagian selatan nei depa ta mau jaga ...asyik2 program dok main kot utara !!
atau suara untuk rakyat selatan Kedah nei tak bantu depa ka???
Harap sangat program umno bawa lah mai kot selatan sama!!nak harap ketua-ketua bahagian yang dok ada...Blog pun depa tak pernah buka.
Keh parking, aku tak mau kata apa. Bandaraya yang jaga. Kat mana boleh ghosohlah. Yang penting, jika nak guna WI Fi free mai lah.
PPUNK
parking kat situ tak ada masalah. masalah nya blogger tu yang nak pi bukan semua ngam satu kepala. ada sesetengah tu bashah pun depa bantai. kalau nak pi tang tu kena yang 'yes sir'. kalau tidak sorru missssss............
ada kot 100 org lebih yang mai masa pelancaran tu.
jemputlah beramai2 mai pekena ayaq kopi n teh o free masa menggunakan wifi free malam2....
~aton, ketua puteri alor setaq~
Anon,
Basha kena bantai atau kena tegoq???
Please differ between COMMENT and CONDEMN.
aku cadang la (tang mana aku bole cadang..tang blog kengkawan ja la.hehe),umno as pi la buat banner permohonan,semakan ke ipt/ipts secara online percuma tang tu..time ni ramai lepasan stpm yg kalut isi borang..bonus lagi..khidmat nasihat serba sedikit drp professional umno utk bakal penuntut ipt/s..rasanya lebih menyentuh perasaan glgn remaja ni.lgpun depa bakal ke ipt..pasti terdedah kpd senario politik di sana kelak..apa salahnya ambik langkah dedahkan depa kpd khidmat umno dari awai? buat sbg 1 program seminggu ka..ayaq minum kan free? sbhgn juara rakyat la.
cadang saja la det.
UMNO Bhg. Pdg. Serai
Bahagian Merbok
Sungai Petani
Baling
Kulim Bandar Baharu
Bila lagi nak lancarkan wi-fi zone.......