SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

SUNGAI TOK PAWANG - BANTAHAN OLEH PENDUDUK

Posted by Detguaq Friday, July 17, 2009


Lepas Jumaat tadi, sedang baru sahaja nasi nak aku suapkan kemulut,tetiba aku dapat satu panggilan dari matmuz TTT (terima kasih)memaklumkan bahawa penduduk-penduduk Kg Sg To' Pawang sudang mengadakan tunjuk perasaan aman dihadapan kampung depa. Apa lagi, aku bingkas bangun dan terus kesana dengan menyewa sebuah teksi......he he he.

Sampai disitu aku dapat tengok sebahagian besar penduduk sedang memegang sepanduk kecil besar yang kessemuanya tertulis dengan perkataan yang membawa maksud menolak pembinaan kandang babi secara skala besar dikawasan mereka. Jeritan mereka mendapat perhatian dari pemandu kenderaan yang lalu-lalang yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Kelihatan dua tiga kelompok wartawan mengelilingi jurucakap yang mewakili penduduk kampung yang memberi pejelasan berupa desakan agar pembinaan tersebut tidak diteruskan, kerana kandang cucuk babi yang ada sekarangpun sudah membawa kesengsaraan besar kepada penduduk terutama yang rumah mereka berhampiran tebing sungai To' Pawang. Sebahagian besar dari penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai adalah terdiri dari orang Melayu dan India, manakala orang cina kebanyakannya hanya datang untuk meninjau kebun kelapa sawit mereka atau mengutip hasil kebun buah mereka yang terdiri dari buah durian, manggis rambutan langsat epal, anggur dan berbagai-bagai lagi(ha ha ha).

Maksud aku disini orang cina tidak ramai tinggal disini. Kalau adapun yang duduk didalam kawasan kilang getah kepunyaan syarikat Lee Latex. Dan beberapa kerat lagi mungkin tinggal secara bermusim mengikut musim buah dikebun-kebun milik mereka.

Selepas berdemo selama hampir sejam dibawah panas terik, mereka beredar setelah dinasihat oleh lelaki berpakaian preman yang dipercayai anggota pihak keselamatan. Aku kagum dengan kanak-kanak yang tidak henti-henti menjerit kepada pemandu dijalanan, "kami tidak mahu kandang babi, kami tidak mahu babi". Begitu juga dengan kaum wanita yang turut menjerit laungan yang sama. Ada juga kedengaran suara garau yang menyahut, tetapi mereka lebih banyak menjalankan tugas meregang dan mengangkat sepanduk.

***************************************************************************************
**Baca dulu.....gambaq akan menyusul kerana sedang dalam proses mengalih imej yang tunggangtebalik kerana gambar yang aku ambil semua kepala kebawah sebab guna tangan kiri!

**************************************************************************************
Gambar-gambar yang telah dibetulkan kedudukannya telah siap unttuk dipersembahkan.........


PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI TOK PAWANG
SEDANG BERKUMPUL BERSAMA BANNER DAN SEPANDUK

WAJAH PENUH GELISAH SEORANG ANAK MUDA MENGENANG
APA YANG AKAN TERJADI PADA MASA HADAPAN
ANAK CUCU KAMPUNG SUNGAI TO' PAWANG.

WAKIL DARI KAUM INDIA SEDANG DITEMURAMAH
OLEH WARTAWAN


SEORANG JURUCAKAP SEDANG MEMBERI
PANDANGAN MENGENAI BANTAHAN
OLEH PENDUDUK.


SEORANG ARTIS SEDANG MEMPAMERKAN LUKISAN
YANG NAMPAK BEHITU HIDUP SEKALI.
SIAPA DAN APA YANG MATI?





**************************************************************************************

Selepas orang ramai bersurai aku bersama seorang kawan menuju kekawasan yang lebih kedalam untuk meninjau tapak lama yang masih aktif sebagai tempat membela dan memperoses babi kerana dikatakan kawasan itu akan diperluaskan setelah beberapa keping tanah berdekatan sudahpun dibeli untuk tujuan pembesaran operasi. Apakah akan ada lagi bantahan? Dan apakah kerajaan negeri akan meneruskan niat mereka untuk membenarkan pembesaran operasi bela , cucuk dan lapah babi di Sungai To' Pawang?

Olekh kerana kurang pasti jalan yang sebetulnya, aku ceghodong jer....sampailah kesebuah dusun lulian milik seorang cina. eliau dan anak perempuannya sedang menyusun buah-buah durian berkenaan, mungkin sedang menunggu peraih untuk datang meraih buah2 berkenaan. Lalu aku mendekati mereka sambil bertanyakan hal buah durian, kelebek punya kelebek aku tertarik dengan buah durian yang telah pecah pungkok, kerana aku boleh namnpak isi lulian tersebut. Isinya yang kuning dgn ulaih yg besaq menybabkan aku terus minta untuk beli buah tersebut. "Ini buah An Heng punya lo". "Tapi dah pecah pungkok, berapa tokey?". "Haiya....kila mulah sulahlah......tiga linggitlah". "2 hinggit lah", sambil aku huloq duit. Anak pompuan dia ambil buah dan ikat dgn tali rapia agar tidak terburai dan memasukkan dlm beg plastik. Kemudian baru aku tanya arah untuk ketapak cucuk babi terssebut. Sambil teragak-agak, mungkin seab tengok kwn aku tu ada lagak macam DB kot, dia tunjuk kearah barat daya dengan gawangan tangan yang tak bersungguh.....curiga, memang dia curiga. Lalu aku ambil muah lulian dan memasukkan kedalam kereta dibahagian tempat letak kaki dibahagian belakang kereta nasional kebanggaan negara kepunyaanku. Aku gostan kheta aku tu dan keluar dari kebun beliau dan menuju kearah yang ditunjuk tadi. Aku berselisih dgn sebuah van orang melayu, yang aku percaya dia seorang peraih ataupun mungkin juga seorang peniaga buah. Aku senyum dan dia senyum.....

Untuk mendapat lebih kepastian aku bertanyakan pula india yang sedang bertenggek di kakilima kongsi pekerja. Dan dia mengiakan laluan yang aku tuju. Kemudian dia berpesan,"Ini jalan juga lu keluar, sana dapan itu jalan ada sikit kurang elok". "Baik, baik aya....trima kasey juga". "Wokey".

Dalam jarak lebih kurang satu kilo dari kongsi tadi aku bertemu sebuah tempat berdinding zink dan berpintu keluli yang aku yakin itulah tempat bela dan cucuk babi beroperasi. Keadaannya agak sunyi, mungkin babi dan tuqannya sedang beradu.....cuma diakhir masa meneroka aku dapati seorang pekerja sedang mengambil galah untuk mengait muah lambutan. Lagi sekali aku dapat menangkap raut wajah penuh curiga!
KAWASAN INI BERPAGARKAN ZINK

PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN SISI

AIR YANG MENGALIR DIBAWAH KEHIJAUAN I

AIR YANG MENGALIR DIBAWAH KEHIJAUAN II

2 Responses to SUNGAI TOK PAWANG - BANTAHAN OLEH PENDUDUK

  1. tempursakti Says:
  2. baguih la hang dapat dedahkan semua tu,.....kalau boleh hang cari gambag dan cerita macam mana tanah tu depa dapat dan nak buat pusat cucuk babi ti...aku dengag ada juga yang tak betoi...

     
  3. detguaq Says:
  4. Akupun ada dengaq yang tak betoi. Mungkin kita bedua boleh tukaq info

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ