SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

BLOGGER-BLOGGER UTARA: PERTEMUAN MENJADI KENYATAAN

Posted by Detguaq Monday, July 6, 2009

Tahniah kepada Duke yang pulun sungguh untuk menjadikan pertemuan kali ini sebiah kenyataan dan dengan kehadiran yang amat memberangsangkan. Terimakasih pula kepada blogger Batu Putih(dengan dia kita boleh berssetuju untuk tidak bersetuju) yang membiayai kos penyewaan dewan dan makan minum blogger-blogger yang hadir dengan duit poket sendiri. Semuga Allah membalas kebaikan dengan kebaikan.

Semuga kehadiran yang lebih dapat digapai pada pertemuan yang akan datang InsyaAllah. Dengan acara yang begitu santai membuatkan blogger kecil seperti aku tidaklah berasa janggal sangat untuk merapati blogger-blogger tersohor seperti Akramsyah Sanusi dan lain-lain untuk bertukar pandangan tanpa galangan.

Beberapa perkara dapat aku kutip pada pertemuan malam itu yang menyeret masa sehingga melangkau hari sehinggalah ia tamat pada pukul 2.30pagi. Antaranya ialah kesukaran untuk pemimpin UMNO menukar gaya berpolitik mereka. Kalau sebelum ini aku tidak nampak apa yang perlu mereka kikis dan buang, semalam jelas ada beberapa perkara yang paling jelas yang perlu mereka kikis jika mahu UMNO dipandang semula oleh rakyat. Sikap aku ketua aku raja, aku tahu segala hangpa bodo segala, suka dengar yang lunak benci dengar yang hak, masuk kampung pakai kot, pijak lecah pakai kasut kulit kilat, dekat pilihanraya baru kalut cari orang lumpuh, buta, semekin dikelilin kampung, suka peleceh pendapat orang dan banyak lagi kalau nak aku senarai yang mana jika tidak disental 'daki' ini, baunya akan menyebabkan UMNO terus dijauhi.

Aku pula membangkitkan tentang kesalahan ahli-ahli UMNO sendiri juga menjadi punca pemimpin UMNO jadi kaduk naik junjung. Bila cawangan-cawangan dah memilih dan menobatkan seseorang menjadi Ketua Bahagian, depa jugalah yang menjulang kawan tadi menjadi raja, bukan menjadi pemimpin! Sikap feudalisma yang masih menebal dalam praktik politik ini adalah juga menjadi salah satu pemangkin yang merosakkan pemimpin yang ahli-ahli sendiri yang pilih. Dapat peluang, naiklah tocang! Lalu yang dok tegoq "Boss, boss hebat, boss pandai, boss cerdik, boss betoi, orang lain semua salah lama-lama jadi sebati sehingga apa kesilapan dan kekurangan mereka yang dijulang tu depa jadi takut nak tegur.

Perpaduan? Heh! Sedang retorik ini di alunkan, sesama kita tetap juga 'fragmanted'. Nak nafi tak boleh. Jerai sendiri juga masih begitu. Penat yang nak lagu perpaduan diyanyikan tetapi pasangan yang sepatutnya berduet terus menjarakkan diri, malah dengan sengaja pula menonjolkan sikap tidak mahu berpadu. Cariknya bulu ayam entah bila kan merapat selagi yang kalah terus mendendami yang menang lalu menyeret pihak-pihak lain untuk turut sama dendam-mendendami.

Pandangan yang dilontarkan oleh Batu Putih amatlah menarik perhatian. Ada buah tangan yang baru, ada juga buah yang lama namun tidak dapat dicerna dengan sempurna, ada juga buah tangan yang cuba dihulor tak dapat dijangkau oleh minda.

Akramsyah ternyata seorang figura yang amat contrast pemikirannya. Pandangan politiknya jauh mengatasi skop biasa ahli marhaen UMNO seperti aku. Pengalaman beliau bila digarap dengan santan pengalaman politik ayahndanya menyebabkan aku menjadu 'kulup'. Jeanbara umpama ayam jantan yang bersahut-sahutan dengan Batu Putih dipagi hari tatakala menghuraikan sesuatu isu bersama atas dasar lamanya tali persahabatan mereka. Diakhir-akhir perbincangan santai kami bukannya semakin perlahan rentaknya, malah semakin laju, semakin rancak, semakin ligat. Ayaq dalam jagpun sampai kerin. Kalu tak kerna disentak oleh Wan pusaka Ayahnda yang perlu bergegas balik kePenanti, mungkin kami hanya akan bersurai setelah disergah oleh pengawal keselamatan Hotel Holiday Villa yang kini ditanggung oleh amanah raya.

Namun pada aku ada beberapa cadangan yang baik pada dasarnya untuk dilaksanakan tetapi tidak bolegh dipaksa keatas setiap blogger yang kebanyakannya telah terbiasa dengan iklim bebas tanpa kongkongan. Contohnya seperti 'character assassin' yang menjadi tag kepada sesetengah blogger dalam memburu rating. Pada aku jika semua mahu jadi hero baik, tak mahu jadi sedikit 'Hang Jebat' maka kemungkinan penonton akan muak dengan 'klise' penceritaan. Aku berpandangan sebagai manusia biasa sesekali meninggikan suara, sesekali terlepas kentut dikhalayak, sesekali terbersin ketika makan, sesekali berkahak kedalam longkang atau sesekali makan petai tidak salah. Takkanlah nak pi tengok konsert rock kita perlu pakai kot dan nek tai? Takkanlah nak kena lilit serban atau berkuppeh ketika nak terjun kedalam kolam renang sedang diri bersuit renang!

Analoginya berblog ini pada aku seakan buka kedai makan. Macam aku, aku anggapkan blog aku ni macam kedai makan tepi jalan sahaja kelasnya. Menu yang aku sediakan adalah besesuaian dengan status 'hawker stall' yang aku setkan semasa membina blog ini dahulu. Aku hanya boleh janjikan makanan yang 'murah' tetapi boleh dimakan oleh setiap pengunjung. Aku tak mampu menyediakan makanan 'mahal' bertaraf 5 bintang kerana aku tidak dilatih dalam bidang itu. Tetapi aku tahu bakat aku sampai tang mana.

Lalu jika ada taukey blog yang hidangannya bertaraf 5 bintang tersinggah di blog aku dan terpandang pula apa yang aku hidangkan lalu tidak berkenan dan komplen ttg mutu masakan aku, apa aku nak kata? Takkan aku nak larang depa masuk premis aku! Dan tentunya aku juga teringin nak masuk premis 5 bintang depa untuk melihat menu walaupun tidak menjamah dek mahalnya apa yang mereka 'hidang'kan. Selalunya aku keluar dari premis depa tanpa komplen. Nak komplen apa, mmg depa ada bintang apa! Sebagai kesimpulan yang ada pada aku kalau hangpa nak berhemah dalam blog hangpa - silakan. Kalau hangpa nak bersatira dalam blog hangpa - silakan, kalau hangpa nak kari berapikan blog hangpapun - silakan. Dan mengkalu sesekali perlu ber'character assaassin' terhadap figura yang pantas diperlakukan sedemikian dalam menyampaikan 'message' hangpa maka - silakan. Kerana apa? Kerana itu premis hangpa! Harakahpun apa kurangnya? Apa yang Zunar tak 'characterize' kan TDM dahulu. Apa yang Hadi kata kat Pak Lah Bedawi, bukankah aruah Padil Noor sendiripun pernah menghina Tun berdua! Ada Tun balaih balik secara character assassin? Kalau pak lah tak taulah pulak aku ni. Najibpun hingga sekarang aku tak nampak melakukan perkara berkenaan. Sehinggakan bila di'potray'kan oleh pemimpin pembangkang mengenasi keterlibatan beliau dalam kes altantuya dengan pelbagai cara termasuklah character assassin, aku tak pernah nampak dan dengar dia membalaih yang serupa, sebaliknya memilih untuk bersumpah secara mubahalah ditiga masjid yang berlainan. Semuga rrrrrakyatttt menilai dengan sebaik-baik nilaian.

Apa yang aku nampak keperibadian TDM sudah tentu jauh lebih tinggi dan hebat dari pemimpin pembangkang termasuklah Brader sekoq tu. Yang dok main berbalas pantun dengan pemimpin pembangkang adalah blogger-blogger bertaraf 'hawker stall' macam aku ni. Sebab apa? Kerana taraf mereka sebagai pembangkang hanya setaraf dengan blogger yang macam aku ni. Akai depa sebagai pemimpin pembangkang tak dapatpun menandingi akai blogger 'hawker stall' macam aku ni.

Dan akhir-akhir ini aku memil;ih untuk menulis secara pendak tetapi padat kerana dek kekurangan sementara yang aku sedang hadapi. Alhamdulillah dengan ujian ini. Rupa-rupanya lebih sukar untuk menulis secara padat tetapi tepat dari menulis secara panjanglebar. Dan untuk segmen ini aku terpaksa menulis agak panjang sehingga segala urat dan otot bahu aku menjadi 'asem'.

Dan aku juga tertarik dengan gagasan yang disampaikan oleh sahabat semeja dengan aku yang aku belum dapat recall nama dia yang mengatakan slogan oleh Najib kurang tepat dan sepatutnya diubah kepada "rakyat diutamakan, pencapaian dipentingkan". Dia tentunya ada alasan tersendiri untuk mengatakan demikian.

Yang menjadi kejutan pada aku ialah bila rahsia sebenar kelemahan perhubungan UMNO Negeri dan UMNO Bahagian terungkai pada malam berkenaan bila isu kursus berblog dan internet anjuran mereka tertangguh(batal?) hanya disebabkan dua sebab yang pada aku tidak sepatutunya dijadikan alasan oleh organisasi terbesar lagi tersusun serta berpengalaman luas selama lebih 50tahun memerintah Negara dan Negeri(kecuali penggal ini).

Alasan pertama dan diakui serta diketahui ialah kerana hanya disebabkan lawatan Muhyiddin keLangkawi!
Alasan yang paling mengejutkan aku dan yang paling tak dapat diterima ialah kononnya alasan oleh UMNO bahagian-bahagian bahawa tidak ada calon yang mahu tampil untuk hadir kursus yang hanya berjalan selama 2 1/2 hari itu walaupun yang hanya diminta hadir kursus seramai 2 orang sahaja dari setiap bahagian! Alamak! Rupanya sukar untuk mendapatkan seorang ahli puteri UMNO dan seorang ahli UMNO dibahagian-bahagian sehingga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menunda sehingga entah bila! UMNO! UMNO!
Isi ini juga kami bincangkan dengan panjang lebar mengenai bagaiman 'eager' nya pihak diseberang sana menguasai alam siber tanpa perlu upah dan kedudukan. hishhhh...

Eh sudahlah tewww.....

BATU PUTIH


TANGENT RESTLESS





**Antara menu yang dihidangkan ialah siakap masak asampedas. Sambil salah seorang kakitangan hotel berkenaan menghidangkan ikan berkenaan diatas meja , aku melagukan, "Siakap senohong, gelama ikan duri". Dan secara sepontan dia membalas,"Bercakap bohong lama-lama jadi menteri". Alamak!!!

1 Responses to BLOGGER-BLOGGER UTARA: PERTEMUAN MENJADI KENYATAAN

  1. Anonymous Says:
  2. NO bn!!!!! bn WILL GOING DOWN!!!!!!!! PAS ONLY CAN WIN!!!!! PAS WILL GOING UP!!!!!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ