Pada hari yang sama ketika aku melalui jalan raya yang luas lagi selesa menuju MRSM, ada perkara yang menarik perhatian aku, namun aku terpaksa meneruskan pemanduan aku menuju keMRSM Merbuk untuk menemani anak-anak aku.
Dalam perjalanan pulang sewaktu tengahari, aku singgah sekejap untuk melihat apa yang sebenarnya belaku dikawasan itu, kerana pada seimbas pertama aku lihat bungkusan plastik jernih yang aku rasa mengikat sisa buah kelapa muda yang telah diambil airnya. Bila aku jejakkan kaki aku menghampiri khemah-khemah yang dibina, aku terpana! Rupa-rupanya ia adalah kerja-kerja arkeologi!
Dan plastik pembungkus itu sebenarnya membungkus ketulan batu-bata yang aku rasa usianya amatlah tua. Aku mengelilingi tapak bersejarah berkenaan dan berasa amat bertuah kerana inilah kali pertama dalam seumur hidup aku berpeluang melihat dengan mata kepala aku sendiri kerja-kerja arkeoligis. Betapa teliti dan tekunnya mereka menjalani kajian mereka. Ramai anak-anak muda dipanggil untuk membantu arkelogis berkenaan bagi meneroka tapak berkenaan disamping mengambil tinggalan-tinggalan bernilai ditapak yang bersejarah berkenaan. Aku hampiri salah seorang dari mereka dan bertanya berapa anggaran usia tinggalan binaan yang sedang dia bersihkan dengan penuh teliti. Sambil memberi salam aku bertanya berapaa anggaran usia binaan batu-bata berkenaan. Dia berkata binaan batu-bata berkenaan dianggarkan ujud pada kurun ke2! Ini bermakna keujudan kerajaan Kedah Tua bukanlah baru, malah amat lama dan bererti keujudan kerajaan Melayu juga ujud sangat lama diTANAH MELAYU ini. Dan kemudiannya aku bersua pula dengan ahli arkeologi yang baru keluar dari makmal beliau dan sempat juga aku bertukar pandangan dengan beliau dan beliau mengesahkan apa yang telah dipertuturkan oleh petugas beliau. Pengkaji tapak bersejarah berkenaan adalah dari USM Pulau Pinang.
Ini aku cNp dari wikipedia:
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Keda Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
*************************************************************************************Maka dengan penemuan ini maka ianya adalah bukti menunjukkan keujudan orang Melayu adalah lebih lama dari apa yang telah dicatatkan sebelum ini. SEJARAH TERBUKTI!
0 Responses to KERAJAAN KEDAH TUA