PAMERAN MENGENAI DARURAT
DIMUZIUM NEGARA.
*************************************************************************************
Seingat aku, inilah kali kedua aku ke muzium, kali pertama aku dibawa oleh ayah dan emak aku, dan kali ini aku pula berperanan membawa anak-anak aku. Dan semasa lawatan itulah juga aku pertama kali kenal apa itu HOT DOG. Tahun 1970, itulah tahun aku kesana dan 2009 pula baru aku menjejakkan kaki kembali kesana, walau aku tinggal disekitar Kuala Lumpur hampir 15 tahun kerana belajar dan bekerja.
Dan aku tertanya-tanya pula berapa ramai keluarga yang berminat untuk membawa anak-anak melawat muzuim-muzuim yang boleh dikatakan ada ditiap-tiap negeri. Terus-terang, aku kesanapun atas keinginan mereka juga. Jadi sempena cuti sehari di Kedah Isnin lalu aku memecut kesana seawal pagi dan sampai pada waktu tengahari. Kebetulan pameran mengenai sejarah darurat sedang diadakan. Peluang ini aku gunakan untuk mengajak anak-anak aku melawat setiap inci muzium termasuklah tandas kerana kebetulan perut aku meragam. Mungkin nasi lemak kat kawasan rehat sebelah Sungai Buloh tu yang punya peranan. Aku berhenti disana untuk mandi. Anak-anak aku juga turut mandi disitu. Nak sewa hotel tak padan dengan masa yang agak suntuk.
Aku juga berperanan sebagai pemandu pelancong kepada anak-anak aku. Sekadar pengetahuan dan dibantu oleh keterangan-keterangan yang ada pada papan-papan 'bill' akupun mengetuai pelancong tempatan berkenaan. Sambil mengambil gambar-gambar anak-anak sebagai kenangan(simpanan peribadi), ada juga gambar manuskrip dan artifak yang aku ambil atas 'demand' pelanggan aku. Walau mereka adalah pelancong tempatan, tetapi dari segi pengetahuan sejarah tentunya mereka masih 'hijau'. Aku? Aku biru......hu hu hu....
Aku berharap agar mereka dapat mengutip sesuatu yang amat berguna hasil dari lawatan ke Muzuim Negara sebagai bekalan sejarah lalu untuk menempa sejarah masa hadapan.

SEMUGA MELAYU TAK HILANG!
Bro,
Awat yang anak isteri nampak nun sayup-sayup di sana? Hehe...
Apa pun syabas sebab bawa keluarga menjenguk warisan bangsa mereka. Sayangnya di muzium tak ada 'theme park' kalau tak tentu lebih ramai mak bapa bawa anak-anak ke sana...hehe sekali lagi.
Maaf Jean,
Gambaq tu hanya ada tiga dari anak-anak saya. Isteri tak bawa, simpan dalam lemari setbot. he he he.....