Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Hari Guru yang disambut diseluruh negara semalam(kemarin). Dan aku nak ucapkan Selamat Hari Guru secara khusus kepada
1. Keluarga Allahyarham Tok Jasin dan Allahyarham Tok Gayah kerana jasa kedua mereka tidak dapat aku lupakan sehingga akhir hayat kerana mengajar aku huruf-huruf Arab sehingga aku kenal dan mahir membaca Al-Quran dan kini aku sentiasa belajar secara harfiah dan lafziah sedikit demi sedikit untuk tujuan memahami kandungannya pula InsyaAllah. Hanya bagi Allah seluruh Haq terhadap jasa Tok Jasin dan Tok Gayah yang tidak pernahpun menetapkan upah terhadap tanggungjawab mereka. Pemberian ibubapapelajar kepada mereka berdua terdapat dalam pelbagai bentuk seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging, kain batik dan pelikat termasuklah juga wang-ringgit yang sekadarnya.
Paling aku ingat ialah bila ada pelajar yang baru, maka dapatlah kami makan pulut kuning dengan kari daging atau kurma ayam.....sesuatu yang jarang dapat dirasai pada masa itu. Begitu juga ketika majls khatam AlQuran, juga dapat rasa pulut kuning....enak dalam kenangan......
2. Guru-guru semasa tadika yang begitu ikhlas mendidik dan sanggup menjadi ibu angkat kerana begitu akrab dengan aku. Terima kasih kerana mengenalkan aku dengan huruf-huruf rumi.
3. Guru-guru semasa aku di'primary school'. Terutamanya guru yang mengajar bahasa inggeris yang begitu tegas mengajar kami kerana sekolah kami adalah sekolah beraliran Inggeris pada masa itu.
4. Guru-guru diperingkat menengah yang mengajar aku terutama guru sejarah aku yang begitu spontan mendampingi kami sehingga terasa seolah seperti kawan sebaya dan begitu rapat sehingga kini iaitu Cikgu Samad Salleh(adik kepada Prof Awang Had Salleh). Aku belajar di3 buah Sekolah Menengah yang berlainan sepanjang pengajian peringkat ini.
5. Pensyarah dan Tutor yang amat berdedikasi semasa 'tune' aku diPre-Diploma in Engineering UiTM diArau dulu. Aku yg tiada asas kukuh dlm bidang teknikal berbanding kawan-kawan yang lain terutama dari SMT-SMT namun dgn dorongan dari mereka aku berjaya melanjutkan dalam kursus penuh peringkat Diploma.
6. Pensyarah-pensyarah di 'School of Engineering' ITM(pada masa itu) sehingga aku dapat tamatkan pengajian peringkat Diploma dan kini mampu praktikkan apa yang aku pelajari disana dalam kerjaya dan kehidupan.
7. Paling tidak dapat aku nafikan ialah majikan mereka iaitu kerajaan Malaysia secara amnya yang telah menyediakan dasar-dasar yang pragmatik dan positif dalam membantu meningkatkan kualiti hidup dan taraf ilmu rakyatnya. Alhamdulillah. Polisi inilah yang mengubah pemikiran tipikal Melayu namun setelah ramai Melayu menjadi begitu berilmu ada yang menjadi tamak semasa menyokong, ada yang menjadi tidak bersyukur lalu menjadi pembangkang dan ada yang tidak mengenang lalu menafikan jasa kerajaan, jasa UMNO dan jasa BN.
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
May
(17)
- SECIPUT 1.
- SECIPUT 2
- SECIPUT 3
- SECIPUT 4
- SECIPUT 5
- MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT CAWANGAN-CAWAN...
- HARI KELUARGA PUTERI
- SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.
- JAWAPAN DARI SEORANG RAKYAT BERTARAF KAMPUNGAN
- SECIPUT 5
- NORTHERN BLOGGERS LEAGUE aka NOBLE
- SECIPUT 6
- SECIPUT 7
- B-SPOT: BALING BATU SEMBUNYI TANGAN @ ANON
- LAMAN WEB SEKOLAH-SEKOLAH DIKEDAH
- SELAMAT MENGUNDI PENANTI
- GENERASI MELAYU BARU.
-
▼
May
(17)
0 Responses to SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.