Bila Depa Kata habaq dlm blog dia berkenaan hasrat baik dan bermanfaat Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk menganjurkan kursus berblog kepada seluruh Bahagian-Bahagian UMNO Kedah dengan matlamat untuk mengujudkan sekurang-kurangnya 4 buah blog bagi setiap UMNO Bahagian dan disahut pula oleh komen-komen yang pelbagai dan aku nak petik satu dari komen yang ada iaitu:
princess jiji said...jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..baru post 3-4 artikel dah sunyi tanpa berita..nak kekalkan momentum tu tak semudah nak memulakan yer..good luck!
sepatutnya diambil berat. Sikap begini akan menyebabkan ilham cantik tetapi perlaksanaan hampeh.
Sebagai contoh ialah hasrat Pendidikan Negeri untuk menggalakkan sekolah-sekolah diNegeri Kedah mempunyai laman wab sendiri tidak tercapai sepenuhnya. Dari 527 sekolah rendah dan 31 sekolah menengah yang tersenarai dalam http://www.zoom-a.com dimana pecahannya adalah seperti berikut,
Baling (64)
Bedong (2)
Kota Setar (S) (32)
Kota Setar (U) (68)
Kuala Muda 1 (61)
Kuala Muda 2 (33)
Kubang Pasu (54)
Kulim (84)
Langkawi (21)
Padang Terap (22)
Pendang (36)
Sik (21)
Yan (29)
untuk sekolah rendah dan,
Baling (2)
Bandar Baharu (1)
Kota Setar (3)
Kubang Pasu (7)
Kulim (1)
Padang Terap (6)
Pendang (11)
untuk sekolah menengah.
Sebelum meneruskan tulisan ini, berapa agaknya saya menganggar peratus sekolah-sekolah yang telah ada laman web sendiri dan aktif meng 'up-date'kannya? Saya jangka hanya dalam 10% secara kasarnya. Jadi marilah kita lihat fakta yang ada.
1. Baling(64): Tiada satupun sekolah rendah yang ada laman web sendiri.
2. Bedong (2) :Tiada
3. Kota Setar (S) (32) :Tiada
4. Kota Setar (U) (68) :Tiada
5. Kuala Muda 1 (61) :Hanya ada dua sekolah sahaja
6. Kuala Muda 2 (33) : Tiada
7. Kubang Pasu (54) : Hanya satu sekolah
8. Kulim (84) : Hanya satu sekolah
9. Langkawi (21) : Hanya satu sekolah
10.Padang Terap (22) : Hanya satu sekolah
11.Pendang (36) : Ada lapan sekolah!
12.Sik (21) : Tiada
13.Yan (29) : Tiada
Ini bermakna dari 527 hanya 14 sekolah sahaja yang berjaya mengujudkan laman web mereka sendiri. Atau 2.65% sahaja yang proaktif dalam menyahut cabaran! Jauh dari apa yang saya bayangkan.
Sekarang mari kita tinjau statistik untuk sekolah menengah pula.
1. Baling (2): Satu sahaja
2. Bandar Baharu (1): Tiada
3. Kota Setar (3): Satu sahaja
4. Kubang Pasu (7): Satu sahaja
5. Kulim (1): Tiada
6. Padang Terap (6): Satu sahaja
7. Pendang (11): Tiada(2 sekolah yang URLnya 'pending')
Ini bermakna dari 31 sekolah yang menyertai program ini hanya 4 sahaja yang proaktif atau 13% sahaj yang memberi respon.
Apakah kesimpulan yang dapat kita gambarkan dari tinjauan ringkas yang saya buat ini?
**tinjuan ini mungkin kurang tepat diatas beberapa sebab seperti ada sekolah-sekolah yang telah mengujudkan sendiri laman web mereka tetapi tidak menyertai program ini, juga perubahan angka menikut peredaran masa.
Sila beri komen dan idea anda bagaimana untuk memupuk minat mereka(pihak sekolah dan pelajar) agar proaktif terhadap sesuatu program yang dianjurkan agar dapat dilihat mereka sensitif dan positif terhadap sesuatu kempen atau program.
Saya mohon pandangan kerana jika dilihat kepada kempen oleh pihak zoom-a kepada pihak ysnh berkaitan bukannya tiada, tetapi kebersanannya yang menjadi persoalan. Anda boleh melihatnya disini.
umno jerai apamacam haaaaaaa....
bila lagi nak ada blog kempen?...awat dato mie lembab sangat haaaaaaaaa.......
Ntah ler.....mungkin PAQ ban7A boleh kupas....he he he
biar mati road tax jangan mati ada
Malaysia Web Design