SALAH SEORANG PENONTON SEDANG BERTANYAKAN SOALAN.
**************************************************************************************
Setelah diperkenalkan secara ringkas, Abg Sobri Ahmad di beri sepak mula dan seterusnya bola bicara ditendang pula oleh Adik Syahril dengan begitu garang! Bukan suara sahaja yang garang, malah wajahnya juga begitu aggresif, petunjuk kepada jiwa muda yang mudah meruap.
Tetapi sedikit sebanyak beliau berjaya meluahkan apa yang terbuku dihati sebahagian besar anak muda yang semakin segan untuk dikenali sebagai belia.....takut di cop 'skema'. Aku juga bersetuju dengan pandangan beliau terutamanya mengenai medium untuk meluahkan pandangan oleh generasi yang begitu akrab dengan sesawang maya, tetapi aku juga setuju bahawa luahan mereka sepatutnya juga dikikuti dengan pertanggungjawapan iaitu blogger dengan pengenalan diri seperti Syahril sendiri. Bukannya blogger yang berssembunyi disebalik tirai maya sambil melontar batu-batu beracun yang membawa petaka. Jadi pada aku perlu ada panduan agar tidak terbabas kerana kecetekan pengalaman hidup.
Dan ketenangan serta senyuman penyejuk suasana Abg Sobri hangpa buat aku tersengih sama. Jawapan spontan beliau dengan alasan yang rasional menyebabkab Syahril yang pada awalnya agak aggresif sudah mula menemui rentak yang dimahukan oleh penonton-penonton yang rata-rata dari golongan remaja(Belia?).
Wahai remaja! Hidup perlu bermasyarakat hatta dimaya sekalipun. Walaupun kita merasai bahawa kita keseorangan dan bebas meluah pandangan dalam premis maya kita, namun selama mana kita boleh bermonolog? Sudah fitrah bahawa manusia itu perlu berdialog dan perlu kepada berkawan juga bermasyarakat. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan Syaril bahawa berblog tidak perlu kepada respon, kerana secara hakikinya walaupun pengunjung sesebuah blog itu membaca, kerana bagi aku tidak semestinya jika artikel berkenaan membawa kepada sebuah pertanyaan yang memerlukan jawapan segera, pengunjung itu akan bertanya disitu, mungkin beliau bertanya kepada orang atau blog lain dan sudah tentu akan ada jawapannya. Maka jika sesuatu artikel itu memberi faedah, maka berbaloilah, tetapi jika mempawa padah apa pul;a kejadahnya? Lalu disitulah perlukan mekanisma seperti pengawalan waima secara minima terutamanya oleh pemilik premis sendiri.
Dan aku lihat gaulan rencah kedua-dua panelis boleh menjadi ramuan kepada yang boleh di'jamah' oleh remaja yang selam ini agak menjauhkan diri dari hidup berpesatuan kerana stigma yang melekat dibenak mereka mengenai 'politiking' dalam persatuan-persatuan. Semoga generasi baru akan lebih idealis dalam berpersatuan berbanding orang lama macam aku dan bri.
*Sobri membesar bersama-sama aku dan kemenara gading bersama-sama walau dalam jurusan berlainan. Aku tumpang bangga dengan pencapaian(kecapaian? he he he) beliau. Dan aku juga berharap dapat berdailog dengan Syahril yang aku lihat dapat mengupas sedikit sebanyak kebukuan dihati golongan remaja dan juga boleh menjiwai pemikiran orang dewasa dalam masa yang sama. Belajar dari Sobri kot?
**Feriz Aziz(maaf kepada adik, jika tersalah eja nama anda) juga telah menonjolkan kematangan sebagai seorang moderator/host. Tahniah!
salam bro
terima kasih di atas ulasan perdebatan tadi
actually saya bukanlah seaggresif yang bro katakan, cuma saya dan sdr Sobri merasakan perlu ada unsur 'keras dan lembut' dalam talkshow tadi agar rancangan itu kelihatan lebih hidup dan menarik
after all, kami berdua sangat berpuas hati dengan program tersebut dan we really respect each other opinion
personally, saya suka bro Sobri walaupun itulah kali pertama kami berjumpa
kirimkan salam saya pada beliau sekiranya berjumpa
Wassalam
det...aku kenai mamat kat ataih ni...hhehhehe...