Exco Kelangor Negeri Selangor, Elizabeth Wong akan menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum. Beliau akan membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibupejabat PKR di Tropicana.
Semalam, Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu.
Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.
Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.
Dengan peletakan jawatan Elizabeth, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan pilihanraya kecil di Bukit Lanjan, pada masa yang sama dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak pada 7 April depan.
Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.
Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.
Menurut sumber-sumber, antara calon PKR bagi kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan dan bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.
Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.
Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.
Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.. |
Apa sangatlah UMNO ni ya? boring aku hari2 UMNO ekonomi merudum teruslah UMNO.Terdesak sangatlah UMNO/Bend nak perintah balik Selangor ya?
Bukan BN yang terdesak untuk perintah Selangor, tetapi PRlah yang tertekan dengan keadaan.....Sudah lama pembangkang menjadi pengacah, sesekali kalau BN pula mengacah?
akusayangumno,
cam na ko tau PR tertekan? ko stuju ke kalau aku gitau pulak yang dua2 tim ni BN/UMNO dan PR sama2 tertekan/terdesak?boring2 betui la asyik2 politik2 tak da keja lain ke?bolasepak Malaysia dah merudum...apa cakap FAM tu target 130 dunia? haha..lawak2
Anon 2:05.
Aku kata PR tertekan kerana walaupun Eli W dah pilih untuk resign, B A B I dan lid gagap merayu-rayu supaya jgn resign....suroh pi cuti pula... habeh tu bila nak buat kerja dia kalau asyik bercuti, dah tu bila bercuti, bawa pula bf baru untuk memadu asmara pula.....oppss dia ada private life dan sebagai bachelor dia tak serik untuk praktikkan apa yang telah dia lakukan sebelum ini.....
Bab bola tu, maaf cakaplah, bukan nak derhaka, tetapi aku rasa selain dari kj yang patut berundur daru FSM, Kebawah Duli Sultan Pahangpun sepatutnya menganugerahkan kembali institusi FAM kepada rakyat biasa untuk mentadbir. Saya setuju jika Yang teramat Mulia Tuanku Sultan Pahang dilantik sebagai Penaung Kehormat FAM, itu lebih molek pada pandangan hamba rakyat ini....Menjunjung Kasih kepada Tuanku Sultan-Sultan Melayu.....
Pasal bola tu aku stuju dengan kau akusayangumno.Sedih gak rasanya bila nonton tim bola Malaysia ni.
Anon 11:12
Kalau ada perlawanan bola yg melibatkan bola, aku lebih suka lihat keputusan diakhbar sahaja. Team bola Kedah pula sedang dilanda masalaah psikologi yang kronik, tu yg buat depa amat-amat tertekan.
Maksud aku kalau yg melibatkan pasukan kebangsaan....