Aku petik dari Agendadaily:
Seri Paduka Baginda rakam penghargaan kepada PM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hari Isnin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri bulan hadapan. Sehubungan itu, baginda berharap, peralihan kepimpinan itu akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan. "Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada kepada Memanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari," titah Baginda. Dalam titah itu juga, Seri Paduka melahirkan rasa kecewa kerana isu-su perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, baginda menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba memecah belahkan rakyat. Dengan itu baginda mahu seluruh rakyat meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Baginda turut mengingatkan agar semua pihak menghormati Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Oleh itu, Beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya," tegas Seri Paduka. - 15/2/2009
Dan ini pula dari Bernama:
16 Februari, 2009 18:25 PM
Tuanku Mizan Rakam Penghargaan Kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bakal menyerahkan kepimpinannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.
Dalam titah ucapan merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda berharap peralihan kuasa itu akan berjalan lancar.
"Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka Baginda.
Pada 8 Okt tahun lepas, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilantik Perdana Menteri kelima pada 31 Okt 2003.
-- BERNAMA
*****************************************************************************************************************************************
Semuga titah perintah ini difahami dengan jelas dan terang dan tidak akan diderhakai oleh perdana menteri sekarang. Arakian dengan titah oleh Yang diPertuan Agong ini, maka segala spekulasi mengenai hasrat DSAAB yangakan terus menjadi Perdana menteri walaupun setelah menyerahkan kepimpinan parti UMNO kepada DSNTR dengan sendirinya lenyap dan rakyat bolehlah mula menarik nafas lega.....huhhhh yyyaihhh....
0 Responses to ISYARAT YANG WAJIB DIFAHAMI