Kawan aku yang telah mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) dan kemudiannya dicalonkan pula sebagai G2 kini berasa sungguh rimas dengan kiriman bertali arus sms dari calon-calon lain, baik samada melalui agen mahupun dari calon-calon sendiri disamping diajak bertemu calon-calon ini berkali-kali.
Nampaknya jawatan tersebut seolah-olah teramat-amatlah bernilai mengalahkan emas ataupun platinum. Ya, jawatan tak bergaji yang sarat dengan tanggungjawab kepada ahli, kepada bangsa dan kepada negara itu kini menjadi 'logam politik' paling bernilai sehinggakan ada calon jika mulanya mengatakan undi akar umbi menjadi 'null and void' setelah selesainya Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian (MPPB) semalamnya melalui agen-agen(?) yang melabelkan diri mereka sebagai rangkaian setiakawan mengirimkan sms yang berbunyi(sebahagian sahaja):
A'kum (singkatan yang tidak sepatutnya kita amalkan)
Kawan2, dengan rasa rendah diri dan penuh semangat Perjuangan(?) Kami Rangkaian Setiakawan merayu..........
Ahah.....rangkaian setiakawan......bunyinya macam bahasa koperat sahaja, macam rangkaian perniagaan sahaja. Tak bunyi macam pejuang bangsapun.... terma yang penuh dengan nilai komersial, tidak langsung mempunyai nilai keikhlasan dan keinsafan, rangkaian konon....jadi perwakilan yang beri undi nanti adalah diluar rangkaianlah tu....masih ingat istilah "inner circle"? adakah kini mereka telah di'rebranding' atau di jenamakan semula (istilah paling popular sekarang ini) dengan nama baru serta nafas baru tetapi nafsu lama hanya kerana hendakkan kemenangan terhadap calon mereka yang telah membuat banyak hati terhiris, banyak perasaan terluka, banyak jiwa 'terkorban', banyak ahli tersisih, banyak rakyat membenci, banyak negeri tertewas, sehinggakan UMNO turut terseret sama menjadi kebencian 'silent majority'?
Jika hendak dinafikan bahawa kerusi KPUM umpama 'logam politik' yang amat berharga walau tak setanding 'logam politik' Presiden UMNO, tetapi aku yakin jika jatuh ketangan yang salah dari 'emas' mungkin akan berubah menjadi 'uranium'. Tetapi jika 'uranium' ini diberi kepada Dato' Mukhriz, ianya akan digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik untuk kesejahteraan seluruh rakyat. Dan 'uranium' ini akan menjadi bahan letupan terkejam yang akan memusnahkan dan meranapkan UMNO mungkin selamanya, atau mungkin juga mengambil masa yang berdekad-dekad lamanya untuk kembali kepersada politik Malaysia!
Kepada RANGKAIAN SETIAKWAN ingatlah anda sedang menjadi 'bom berangkai' kepada calon yang mempunyai liabiliti yang amat besar kepada UMNO dan ahli-ahlinya. Anda adalah agen pemusnah kepada harapan akar umbi yang secara majoritinya memilih calon lain yang lebih berwibawa, lebih tenang, lebih 'walk the talk' walaupun dari segi kepetahannya kureng sedikit dari calon anda yang cuba anda 'bedak'kan dengan bedak yang dah luput tarikh penggunaannya wlaupun cuba di 'rebranding'kan....
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
February
(29)
- DEMO GI DEMO GAPODIO?
- PAU SIRI 1
- GENERASI UMNO V4.0
- PAU SIRI 2
- MEMANGPUN SEMUA NYA KERANA KJ?!?!?!
- MB Perak umum bubar DUN serta-merta
- BN bentuk kerajaan baru di Perak?
- KEDAH BAGAIMANA?
- SIAPA BAKAL MENTERI BESAR PERAK
- AKU SETUJU!!!
- SULTAN RESTUI?
- PERAK DAN KERAJAANNYA
- NIZAR SUDAH MELAMPAU???
- LU MANA MAU PIGI????
- Apa yang kita dapat selepas PRU12???
- FLIP FLOP KLUK KLEK KLAK KLUK
- MURSYIDUL AM DAP NAIK ANGIN!!!!
- SESUNGGUHNYA PENANTIAN ITU SUATU PENYIKSAAN
- SIKADUK NAIK JUNJUNG
- ISYARAT YANG WAJIB DIFAHAMI
- PELUANG TERBAIK?
- PERHIMPUNAN MENDAULATKAN RAJA-RAJA MELAYU
- PENGHUJUNG CERITA YANG DAH DIDUGA
- MULALAH MENGORAK LANGKAH WAHAI BAKAL PERDANA MENTERI
- HUJAH DI TV9
- PERHIMPUNAN MERAFA' TAAT SETIA
- LIABILITI YANG DESPERADO?!?!?(Part I)
- LUAHAN HATI DIPENGHUJUNG SENJA
- MANA SUARA HANGPA???
-
▼
February
(29)
saya juga menyokong mukhriz dari segi bahawa beliau mampu mengubah UMNO, berkenaan no phone tersebut mungkin saudara menggunakan no phone datuk yang telah tidak digunakan lagi.
jika datuk mukhriz tidak membalas, itu tidak bermaksud beliau tidak ambul tahu, saya juga kadang kala sms saya beliau tidak membalasnya, tetapi niat kita ikhlas menyokong beliau. boleh berikan email saudara kepada saya?