Karpal (Singh is King) maki Pemuda
PENGERUSI DAP, Karpal Singh ketika dipanggil untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, awal bulan ini. - Foto Aizuddin Saad |
KUALA LUMPUR: Sikap biadap Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berlarutan di Dewan Rakyat, semalam, apabila Pengerusi DAP itu berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai 'celaka' sebelum menarik balik perkataan itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang menuduh pergerakan berkenaan mengugutnya dengan menghantar dua peluru, juga dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda Umno supaya tidak memperlekehkannya.
"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.
"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng.
Sekurang-kurangnya tiga kali Karpal menyebut celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum menarik balik perkataan itu selepas diarahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
Terdahulu, tindakan Karpal menggunakan perkataan celaka dan menuduh Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya, menghangatkan Dewan apabila dibantah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), terutama yang mewakili Pemuda Umno.
**************************************************************************************
Baru tadi aku borak dengan kawan melalui tipon betapa tersayatnya hati dan perasaan kami bila kapal sink dengan nada yang berbaur kebencian menempelak Pemuda UMNO sebagai CELAKA!
Dan aku sebenarnya amat berharap Pemimpin Pemuda termasuklah calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia bangun menyatakan tidak bersetuju dengan cacian itu. Cabar dia untuk sekali lagi mengeluarkan makian yang serupa diluar parlimen!!!
Lalu aku segera menziarahi blog rasmi mereka-mereka ini sebentar tadi. Memang benar pada masa aku menulis ini tiada kenyataan keras mahupun bernada 'auww' dari mereka-mereka ini.
Hoi!!! tido lagi ke? Tido pasal dok kalut kempen untuk PAU saja kot??? Yang kes kapal sink ni biaq kat blogger saja ka???
*Dan aku minta maaf kalau semasa aku dok 'bara' masa tuleh ni hangpapun kalut dok rangka tindakbalas terhadap kenyataan paling biadap kapal sink tu!!!!
Aku kata ni sebab.........
Auwww...auuwww..jangan curi skirt aku...aauwww...auwww
Aku seronok la ngan tindak tanduk Pak Kapal ni..rileks je dia main psikologi ngan korang semua haha!..
Main saikologi atau main sentimen brother.....faham ke apa erti psikologi tu bang? Anon 9:32.....
Kepada kawan2ku di Bumi Malaysia(yang cintakan Bolasepak) tidak berminatkah kita membuat 'Rapat Umum' untuk membantah tindak tanduk FAM sejak akhir2 ini? kenapa kita hanya buat Rapat Umum untuk hal2 politik sahaja?
Saya semakin meluat dan geram melihat tindak tanduk FAM ni.Ranking Malaysia semakin merudum mereka asyik2 nak menghukum orang.Minta pandangan kawan2 semua.
Jgn mudah terkejut dgn pengakhir tulisan saya. Baca baik-baik.
A Voice,
Terima kasih kerana sudi singgah, it is actually an honour for me.