Kehadapan Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Aku tertarik dengan kenyataan oleh Dato' Seri yang aku baca disini . Itupun setelah aku layari blog ini .
Aku faham rupanya Dato' Seri berhasrat untuk melaksanakan pembaharuan setelah hanya tibanya penggal kedua Dato' Seri sebagai perdana menteri. Begitu murni hasrat Dato' Seriitu....sayang.....Dato' Seri telah disekat.
Eh eh betul ke begitu? Jadi rupanya menjadi perdana menteri ini macam lulus peperiksaan PMRlah pula? Duduki ujian, lulus cemerlang, tingkatan 4, honeymoon year! tak payah buat apa-apa, tido dalam mesyuarat eh eh maksud aku tido dalam kelaspun tak apa, maklumlah, lulus cemerlang PMR dek kerana soalan bocor......tingkatan 4 apa nak takut, relakslah... Tingkatan 5 baru pulun!!! konon!!! Itu cerita belajar disekolah, bolehlah!!!
Memegang tampuk tertinggi kerajaan bukannya macam pergi sekolah. Bila diberi mandat oleh rakyat sewajarnya terus menjalankan apa yang telah dimanifestokan. Oppsss kecualilah jika didalam manifesto tu ada dijelaskan bahawa segala pembaharuan hanya akan dilaksanakan pada penggal kedua sebagai Perdana Menteri, dan jika begitu mesti juga disebut bahawa selepas itu saya akan meletak jawatan kerana saya hanya berhasrat untuk menjadi perdana menteri selama dua penggal....ha ha ha.....inilah kenyataan dari bakal mantan perdana menteri.
Tak apalah, selepas ini iaitu selepas Dato' Seri melepaskan semua tanggungjawab Dato' Seri maka bolehlah Dato' Seri berehat serta tido sepuas-puasnya kerana lawatan oleh orang lain akan berkurangan......buatlah jadual agar senang nak tido......Selamat tido kepada Dato' Seri.
Salam hormat dari saya.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
Zzzzzzzzzzzzzzz!!
Kruhhhhhhhhhhhhh!!
Kruhhhhhhhhhhhhhh!!
Kruhhhhhhhh!!
Selamat malam PAk Lah
Ada baiknya Pak Lah datang ke daerah aku di pedalaman Sarawak ni.Menikmati indahnya alam dan tolong aku bercucuk tanam dan menternak ikan dan itik.Pas tu ujung bulan aku bawa la dia pi jumpa ketua menteri Sarawak Pak Taib yang tak best ni.Dan aku sering terfikir2 apakah rahmat/hikmah disebalik kegagalan Pak Lah sebagai PM? Jika ada saudara saudari yang sudi berkongsi idea dengan saya silalah.
kegagalan paklah sebagai simbol kegagalan org di sekeliling paklah yang mahu melihat paklah seolah-olah gagal..siapa disekeliling paklah itu? pastinya org2 mahathir seperti muhyidin, rais dan lain-lain. kalau mahathir yang berada di tempat paklah sekarang, sudah pasti org2 umpama duri dalam daging itu takkan dilantik menjadi menteri bahkan boleh dicantas terus daripada menjadi calon ahli parlimen
jadi Pak Lah gagal bukan disebabkan oleh kelemahan dia sendiri?