Dalam kesesakan dan hiruk pikuk paluan gendang dan tarian rancak ala joget lambak dan puluhan penganut Hindu sedang menaggung kavadi dario seringan-ringan kendi susu dari tembaga sehinggalah seberat-berat replika Dewa mereka aku menongkah arus lautan manusia pelbagai bangsa untuk menuju kepejabat aku yang terletak didalam kawasan perarakan mereka. Kereta cabuk aku aku letakkan agak jauh dari kawasan berkenaan, kerana telah ditutup terus kepada lalulintas. Betuahnya mereka kerana diberi layanan sebegitu walaupun Negara ini adalah Negara Islam.
Sampai dihadapan pejabat aku, aku lihat restoran kawanaku dibawah sesak dengan pelanggan, begitu juga restoran tom yam yang terletakberhampiran pejabat aku. Masyukkkk beb......
Aku gagahi juga kepejabat kerana malas hendak balik kerumah pusaka aku yang juga ada kemudahan internet unutk berblog walaupun pada mulanya aku ingat ingin berehat malam ini. Sebabnya?
Sebabnya aku agak teruja melihat Musryidul Am Dee Ay Pee naik angin kepada semua orang.......ini kerana fatwa yang dibuatnya telah dilanggar oleh Imam dan ulama-ulama Dee Ay Pee seperti Shiekh Ling Kup Siang dan Ustaz Ling Gam Ang. Dan yang paling kuat kena kutukan Mursyidul Am Dee Ay Pee ini ialah sekutu berlainan mazhab dari Pee Kay arrR iaitu AlShiekh Al Jubree nuat berahien.
Ye lah......kalau aku jadi mursyidul Am pun aku marah......fatwa aku dah jadi tawar, dah tak mustajab untuk dipakai sebagai pedoman. Dalam igama undang-undang dialah antara sahibul samahah yang teragung diMalaysia ini. Tahap dia sebagai ulama undang-undang dirasakan lebih tinggi dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak sendiri! Hari ini kenyataannya lebih keras dari hari semalam, malah mencabar kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk bertelingkah secara undang-undang dimana-mana mahakamah diMalaysia ini.
Wah begitulah hebatnya pendeta undang-undang dan juga Mursyidul Am sebauh parti politik pembangkang ini. Nampaknya beliau sudah seperti berkeputusan untuk bertindak sendirian dalam kemelut yang asalnya dicipta oleh imam Pee Kay arrR, tetapi kini nampaknya bukan sahaja menjadi boomerang kepada imam Pee Kay arrR malahan kesannya sehingga mencederakan moral sekutu-sekutu yang lain dalam pakatan rapuh mereka......begitulah hebatnya ceo stor kunyit peringkat global itu.
Apakah bara amarahnya akan menajdi api mebakar tali-temali reput yang mengikat mereka secara simpul 'sempoi'? Dapatkah kita bayangkan atau kita duga episod seterusnya novela politik pakatan rapuh???? Hanya Allah yang tahu yang Ghaib....
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to MURSYIDUL AM DAP NAIK ANGIN!!!!