Setelah meneliti titah ucapan Duli Yang Teramat Mulia Yang diPetuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, maka bagi aku suhu 'politikking' Malaysia dengan sendirinya telah turun ketahap yang rasional. Pada aku tidak perlulah DS Najib terlalu 'pedo' dalam apa-apa tindakan bagi mengembalikan kedudukan UMNO dan BN ketempat yang lebih baik dari sebelum ini semenjak selesainya PRU12 yang meninggalkan kesan yang amat 'hitam' kepada suasana politik Malaysia.
Beliau sudah boleh bagi aku untuk memberi isyarat yang lebih jelas kepada rakyat siapa yang beliau mahu untuk menjadi regunya didalam kepimpinan UMNO Pusat. Dan tidak perlulah bagi aku lain-lain pemimpin yang juga mengidamkan untuk menjadi regunya terus-terusan memperomosikan diri baik melalui muka tengah akhbar ataupun sepanduk sebesar layar kapal digantung disempadan negeri......sudah sampai masanya lain-lain calon berlapang otak unutk menyokong regu pilihan DS Najib. Perwakilanpun bagi aku dah dapat rasakan bayu yang menjamah tubuh datang dari arah mana tiupannya.....kecualilah mereka ini cuba mengangguk diAir Keruh atau menahan lukah diBatang Kali, ikan diambil lukah ditinggalkan, tangguk dibiarkan......alahailah perwakilan..........
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to MULALAH MENGORAK LANGKAH WAHAI BAKAL PERDANA MENTERI