Jika pengumuman menggunakan pembesar suarapun dikatakan tidak efisien, apakah cara lagi yang sesuai? Aku memangnya bersimpati dengan mangsa yang kebanyakannya kaya raya dan berstatus profesional, tetapi dengan omelan mereka seperti anak kecil minta disusukan, aku menjadi tertanya-tanya.
Apakah mereka ini masih lagi dibuai kenangan bahawa kerana status dan harta mereka, maka mereka harus dilayan secara eksklusif. Apakah setiap perkembangan mesti diumumkna kepada mereka secara individu, baru mereka akan berterima kasih? Apakah mereka tidak melihat pengajaran disebalik kejadian ini bahawa Allah tidak mengira siapa jika Dia hendak menurunkan balaNya?
Dalam keadaan sekarang ini, mereka sudah mula berubah suara mengadu mengenai kesukaran mengeluarkan khetameghedak depa dari Bungalow mewah mereka dan mengadu pula bahawa terdapat kecurian!!! Sudahlah, jangan difikirkan sangat harta dunia yang hanya pinjaman ini..... bekerjasamalah dengan pihak berkuasa bagi melicinkan tugas mereka yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, bukannya menyelamatkan khetameghedak depa. Depa ni patutnya pihak berkuasa menayangkan tayangan bagaimana rakyat yang sudahlah susah malah hanya berbekalkan keperluan asas ketika mereka ditimpa bencana.... bersyukurlah yang nyawa anda masih Allah panjangkan.
Dengan darjat anda, anda boleh memulakan hidup baru anda ditempat lain yang lebih selamat. Tetapi saya tidak pula menafikan bahawa sesiapa yang tergamak mencuri tatkala malapetaka itu wajar. Mereka ini sudah tentunya lebih hina dari Bubby sekandang!!! Janganlah ganggu pihak berkuasa yang fokus utama mereka menyelamat nyawa dalam keadan yang masih bahaya ini..... Buatnya dok kalut selongkar rumah sendiri untuk mencari dan mengeluarkan wang irnggit, emas permata anda kendiannya dengan kehendakNya diruntuhkan lagi lereng yang sedia lemah itu, maka jadilah anda seperti Khorun..... TERKUBUR BERSAMA KHETAMEGHEDAK YANG FANA.....
LU FIKIR LAH SENDIRI!
0 Responses to TREGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA