Basikal pengayuh Jerit dibakar |
Athi Veranggan | Dec 7, 08 9:00pm |
Peserta kempen mengayuh untuk perubahan anjuran Jerit berdepan dengan masalah lagi - kali ini basikal mereka dibakar di Penanti, Pulau Pinang awal pagi tadi. Sekurang-kurangnya lapan basikal rosak, tiga daripadanya rosak teruk, apabila dibakar pada kira-kira jam 3 pagi tadi di bangunan Yayasan Aman. Kumpulan berbasikal Jerit itu berhenti bermalam di bangunan tersebut selepas mengayuh sejauh hampir 100km dari kedah dan di Pulau Pinang. Nasib baik penyelaras Jerit, Liew Shin Siong, 40, yang tidur di tingkat bawah bangunan tersebut, sempat memadamnya sebelum api merosakkan ke semua basikal. Beliau dikejutkan oleh bunyi letupan, yang dipercayai dari tayar yang terbakar. Ketika sedang memadam api, mereka terdengar bunyi suara lelaki menjerit - 'hidup atau mati, tak peduli' - dari sebuah kereta yang diletak berhampiran bangunan tersebut. Mereka tidak dapat mengenal pasti lelaki tersebut, dan beberapa orang lagi, kerana keadaan gelap. Kumpulan itu beredar sejurus kemudian. Penyelaras Jerit, R Mohana Rani tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut bermotif politik untuk mensabotaj kempen mengayuh untuk perubahan itu, yang berlepas dari Alor Star pada 2 Disember. |
Apa itu JERIT dan apa yang mereka dok jerit sambil kayuh gekhek? Kononnya mereka ini adalah pembela rakyat yang tertindas. Siapa mereka? Mereka kata mereka memperjuangkan pekara seperti
- Isu Pekerja Kilang ( 11 items ) Kenyataan media JERIT dalam mengutarakan isu pekerja kilang seperti gaji minima, pembentukan kesatuan, penggubalan akta dan perjuangan pekerja untuk hak!
- Isu Peneroka Bandar ( 0 items )
Kenyataan media JERIT dalam mengutarakan isu peneroka bandar yang tertindas akibat polisi setinggan sifar kerajaan serta perjuangan berani mereka untuk mempertahankan hak perumahan!
- Isu Anak Muda dan Pelajar ( 1 items )
- Perjanjian Perdagangan Bebas(FTA) ( 4 items )
- Isu Pekerja Ladang
Masaalahnya apakah mereka ini pertubuhan berdaftar? Dan kenapakah kempen mereka ini mula mendapat tindakbalas negatif dari masyarakat? Adakah kempen mereka ini releven dengan senario kehidupan kita? Benarkah apa yang mereka kata?
Jika dilihat dari foto yang ada anda akan dapati yang terlibat adalah majoritinya etnik India dari golongan pelajar sekolah menengah keatas. Mereka ini dibekalkan(?) dengan pakaian dan mungkin juga basikal. Jadi benarkah keadaan dimalaysia benar-benar seperti apa yang mereka jeritkan, ataupun mereka hanya mewakili kes-kes terpencil yang sebenarnya tidak perlupun publisiti peringkat kebangsaan dan boleh diselesaikan secara setempat.
Dan bagi saya apa yang mereka perjuangkan ini jika didalangi oleh pembangkang, maka rasional mereka akan dipertikaikan oleh majoriti rakyat. Dan tindakan membakar basikal mereka adalah natijah dari perasaan tidak senang segolongan masyarakat.
Atau berlaku permainan politik disini bagi mendapatkan publisiti terhadap kempen mereka yang tidakpun diketahui oleh majoriti rakyat sebelum ini!!! Saya berandaian bahawa berlakunya kebakaran ini adalah skrip yang mereka reka sendiri bagi menarik perhatian terhadap kempen mereka yang mana kesemuanya telahpun diperjuangkan oleh beberapa pihak lain, lama dari pertubuhan mereka. Anda boleh berandaian sebaliknya...........
0 Responses to APA YANG DEPA DOK JERIT TU?