Apakah gambaran dari kecenderungan PUB-PUB di seluruh Malaysia yang telah bermesyuarat??? Masih lagikah kita tidak dapat mengagak??? Apakah yang tersurat akan dengan sengaja dijadikan yang tersirat(kekotoran dalam politik boleh menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil bila musTAHIL ditukar dengan musKILOGRAM......janji SETIA KAT WANG!!!
Dari 167 PUB Malaysia(mohon betulkan fakta, jika silap), sebanyak 157 telahpun mengadakan mesyuarat(YB DMM=66,YB kj=47,YB DSKT=43 dan YB DZZA=1). Apakah perbezaan yang ketara antara pemilik no wahid dan pemilik no ithnain juga pemilik nombor thalatha(hat nombor Arba'a dah tarik diri) tidak memberi isyarat yang jelas kepada UMNO keseluruhannya tentang hasrat sebenar angka umbi sehinggakan apa-apa yang tersurat tidak akan sama dengan tersirat?
Apakah sekali lagi(entah berapa kali da...)metamatik dalam politik akan dipermainkan formulanya sehingga apa yang dicampur tidak akan sama dengan apa yang dijumlahkan, manakala jumlahnya walaupun salah akan diangkat sebagai jumlah yang benar???
Kalau inilah yang masih berlaku, UMNOlah yang menyeret keseluruhan institusinya kejurang kehancuran yang sekiranya berlaku tiada siapa(orang luar) yang patut dipersalahkan.
Dengan hanya tinggal lagi sepuluh PUB(semasa aku menaip ini) tidak dapat dinafikan lagi DMM akan terus berada dinombor wahid dalam carta pencalonan: inilah kehendak majoriti ahlul akaq umbi, tetapi jika elit UMNO mahukan ahlul akaq umbi memberontak secara undi protes pada PRU13 nanti, janganlah pula disalahkan mereka kerana asyik masyhuk dengan permainan politik gaya 2000an anda. Ini bukan ugutan, tetapi peringatan, kerana walaupun sebelum ini, isyarat-isyarat yang dihantar oleh akaq umbi melalui pelbagai saluran dipandang enteng oleh elit UMNO. DAH TERANTUKPUN MASIH TAK MAU TENGADAH LAGI??? Nak tunggu sampai tengkorak pecah dan tak boleh tampung otak lagi baru nak tunduk merunduk padi?
Apakah hasil tinggalan bapa-bapa(baca: KEPALA BAPAK!!!) UMNO yang dulu termasuklah yang dah dihumban dari UMNO dan sedang gila talak nak duduk di sri perdana) hendak kita sebagai generasi perwaris(bunyi macam prowaris pulak!) terus amalkan walaupun kita tahu ianya berdosa, tidak bermoral, hina, najis dan memberi segala mamcam kesan negatif jangka panjang(sekarangpun dah tererlah kesannya kepada institusi UMNO dari cawangan hinggalah pusat), iaitu rasuah wang bagi membeli kedudukan untuk mendapatkan kuasa lalu disalahgunakan pula kuasa itu?! Sendri mau ingat la..... HAPUSKAN GEJALA yang MENJADI JELAGA HINA yang menyelubungi UMNO.
Wahai generasi muda, marilah kita kembalikan semangat sebenar UMNO yang perlu kita pupuk dan semai agar terus subur merentas masa agar wadah ini terus diterima sebagai pelantaq untuk Melayu terus mendominasi politik tanah ini keran ini tanah kita, nusantara keseluruhannya adalah Melayu, rumpunan Melayu Nusantara adalah terlalu besar untuk senang-senang diperkotak-katikkan!!!
AKU SAYANG UMNO!
0 Responses to YANG TERSIRAT???(PT 1)