Tahniah kpd DMM kerana terus dimercu pencalonan, manakala tahniah juga harus diberi kpd DSKT yang memecut melepasi garis kelayakan pada hari ini dengan pencalonan yang mendadak dari Pemuda-Pemuda Bahagian yang bermesyuarat hari ini, menjadikan ramalan bahawa akan berlaku pertandingan 3 penjuru satu realiti. Siapa yang menjadikan ramalan sebelum ini sebagai realiti??? Tentunya ahlul akaq umbi. Natijahnya, bukan pemimpin mempunyai kuasa, tetapi diberi kuasa. Sapa bagi??? Sekali lagi ahlul akaq umbi. Jadi??? Sandri mau ingat la......
Apakah yang akan berlaku dalam tempoh berkempen yang agak panjang ini??? Semuga Allah sentiasa membuka hati dan aqal ahlul yang diberi mandat oleh ahlul akaq umbi untuk mewakili mereka pi ke PAU nanti agar tetap memilih calon yang telah diputuskan oleh MPPUB masing-masing.
Manakala DSNTR terus selesa tanpa tentangan sehingga kini, manakala begitu juga dengan TSMY yang jauh dihadapan meninggalkan Ali bollywood, Melayu asli yang tak tau berbahasa Inggeris(macam aku juga) dan juga anak mat bulat(tarik diri)....
NPU......no komen. Tetapi secara peribadi aku kurang berminat kerana kelibat mereka-meeka yang bertanding tu kureng ummph!
The Rise of Manufacturing Hubs in Southeast Asia
21 hours ago
ini bukan panazzzzz beb..,tapi rezekiiii..rezeki buat semua perwakilan pemuda yang nak pi PAU nanti.pasai apa aku kata rezeki?? hang pi check tengok wakil-wakil yang pi tu semua orang yang macam mana? banyak yang jenih tak dak apa,banyak yang jenih boleh ataih bawah,banyak yang boleh ada pi ada mai..
Salam,
Betul kata cucupakkasim.
Ini rezeki besar buat para perwakilan, sebab semua calon adalah orang yang "berkemampuan".
Hanya harap-harap yang terpilih biarlah calon yang paling berkalibar dan berkarisma.
Nampaknya idea untuk menghapuskan rasuah dalam UMNO hanyalah idea yang terlalu ideal(???)