Debaran semasa awal minit permainan apatah lagi ketika Selangor mendahului 'kita' amatlah menyesakkan dada sehngga aku terpaksa mencari 'seksafon' aku untuk meniupkan lagu yang dapat melapangkan saluran pernafasan aku.
Tetapi selepas pertengahan babak pertama, setelah Kedah mendapat rentak 'cintasayang'nya dengan sokongan padu penonton(hu hu hu...aku mengadap skrin besaq dikedai makan jer....)termasuklah keBawah Duli yang Mulia Al Sultan Abd Halim yang sentiasa bersemangat untuk memberi semangat kepada pasukan Kenari Hijau Kuning, akhirnya kemenangan trebel(depa kata macam tu ka?)menjadi kenyataan.........
Tuan Ustad Azizan Tak istihar cuti ka esok???
Aku percaya yang paling layak selepas Sultan untuk menerima kemenangan ini ialah tidak lain tidak bukan Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil yang semasa hidupnya sentiasa berwawasan apabila berbicara mengenai pembangunan Bolasepak Kedah..... Teringat juga aku kat Cikgu Ahmad Shafie, antara jurulatih yang bersama-sama Dato' pada satu ketika dahulu mula mengangkat Kedah dari pasukan tikus cencorot kepada pasukan Gergasi.
Hari ni Gergasi Hijau Kuning mengungguli takhta bolasepaki tempatan dengan menge'daih kaki gasi merah kuning............3 - 2.
Congrat to Kedah.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to KEDAH 3 SELANGOR 2