Semalam aku jugha bekesempatan mendengar hal berkenaan pemilihan UBJ untuk sesi kali ini. Untuk ketiga-tiga kerusi teratas, masing-masing yang menawarkan diri aku difahamkna telah melepasi kuota yang telah ditetapkan.
Fasa selepas ini mereka perlu bergerak lebih acap untuk mempengaruhi cawangan-cawangan dalam menentukan pilihan mereka. Disinilah G7 cawangan berperanan dan bermain peranan. Masa inilah apa yang diputuskan oleh ahli-ahli cawangan akan menjadi sebaliknya ditangan G7 cawangan. Mana-mana cawagna yang ahlinya tak ambil 'pot', hal G7 bukan lah isu, tetapi bagi cawangan yang ahli-ahlinya berpengatahuan, maka kebelotan G7 terhadap apa yang diputuskan dlm mesyaurat cawangan akan menghiris perasaan ahli cawangan yang berkorban masa demi menunuaikan tanggungjawab sebagai ahli, sedangkan kehadiran mereka hanya dinilai dari sudut mencukupkan korum, manakala agenda lain seperti sudah ditetapkan acuannya oleh si ketua.
Besarlah harapanaku agar mesyuarat cawangan aku nanti tidak pengaruhi unsur-unsur yang menjadi peracun kepada amalan demokrasi yang sentiasa subur dalam cawangan kami. Tabik pada tok ketua yang sentiasa terbuka dengan ahli-ahlinya. HIDUP UMNO!!!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to HAWA PEMILIHAN