Ini yang aku petik dari Malaysiakini:
Usul tidak percaya terhadap PM |
Jun 18, 08 2:04pm |
Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri. "Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM. Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu. Manakala Majimbun pula dalam kenyataan berkata: "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,s aya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri." Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu tidak akan keluar pada masa ini dari BN yang dipimpin oleh Abdullah, tetapi statusnya akan disemak pada hujung minggu ini. Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan. "Itulah sebabnya kita perlu membuat segera pengisytiharan tidak percaya kepada PM dan kerajaan, untuk memberitahu kerajaan BN bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang amat serius di Sabah," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu pada jam 2 petang tadi. Keputusan Jumaat ini? Pengumuman hari ini dilihat sebagai satu tindakan pertama oleh parti komponen BN itu untuk meninggalkan BN. "Hari ini hanyalah langkah pertama. Mungkin tidak ada yang melompat sekarang," kata satu sumber. Sementara itu, tinjauan pendapat dalam blog SAPP juga menunjukkan sikap di peringkat akar umbi mengenai perkara tersebut. Tinjauan itu bertanya kepada orang ramai sama ada parti itu perlu kekal dalam BN, meninggalkan BN tetapi menjadi parti bebas, atau menyertai Pakatan Rakyat. Daripada 2,052 orang yang melayari blog itu sehingga tengahari tadi, seramai 85 peratus atau 1,749 orang, mahu SAPP menyertai Pakatan, 242 atau 11 peratus (tinggalkan BN dan jadi bebas) . Hanya 2 peratus (61) mahu SAPP kekal dalam BN. |
Dan Ini dari Utusan:
SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah
KOTA KINABALU 18 Jun - Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Nak kata lagiiiii..........MALU MALU MALU!!!!
0 Responses to TINJU POLITIK UNTUK AYAH LAH