BERITA INI DIPETIK DARI BERITA KALIMULLAH HARIAN :
Presiden SAPP bayangkan wakil campuran bebas
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti itu hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai “wakil rakyat” bebas.
Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan “wakil rakyat” bebas ini terdiri Ahli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.
Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah “tidak popular” berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di Semenanjung.
“Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya,” katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.
“Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung),” katanya.
Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.
“Kita tunggu dan lihat,” kata Yong, yang mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.
Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai “campuran wakil bebas”.
“Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar Ahli Parlimen dan Adun, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang,” kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.
Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan Adun Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan “sekumpulan wakil bebas” dalam masa beberapa hari saja.
“Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik,” kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.
Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini. — Bernama
Natijahnya disini, siapakah yang akan benar-benar terpukul dengan ombak tsunami dari tanah borneo ini??? Aku yang membaca ni pun dah menggigil kegeraman melihat sikap ayah lah yang selama ini seperti menelan ubat tidur yang berlebihan..... ataupun seperti terlebih suntikan ubat kebas.....
Langkah DS Anuar ka Putrajaya semakin hampir sama-sama lah kita tunggu..........