Rasanya hari ini aku ada masa sikit untuk tulis mengenai pertemuan tertutup YB Ismail Sabri dengan kononnya NGO belia dan sukan Negeri Kedah.
Apa yang dapat aku kutip ialah mengenai hala-tuju kementeriannya yang amat penting bagi menarik kembali golongan saluran 4, bukan budak kanyiaq tingkat 4.
Yang menarik ialah:
1. Golongan belia Melayu yang tidak hiraukan lagi Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dala m dasar kesihatan negara, pendidikan negara, pengagihan projek bumi/nonbumi dan lain-lain lagi yang berkaitan keistimewaan orang Melayu/bumiputera.
Soalannya mengapa? Dia sendiri tidak boleh/mahu menjawab. Hanya melontarkan soalan. Tidak mungkin seorang yang bertaraf menteri tidak dapat mengupas kecenderongan orang muda ini. Pada saya ianya mudah dan jelas, kerana golongan muda bukanlah golongan yang kompleks seperti kanak-kanak ataupun orang tua yang tidur bangun mereka dalah politik. Begini, golongan ini adalah antara golongan yang tidak benar-benar merasai apa itu kelebihan sebagai rakyat bumiputera Malaysia. Mereka bukannya kontraktor, mereka bukannya pembekal kepada kerajaan, mereka hanyalah samada golongan bawahan yang tahap SPM bekerja dikilang-kilang yang tiadapun keistimewaan kepada bumiputera. Begitu juga golongan yang mempunyai tahap pelajaran tertiary, mereka juga kebanyakannya bekerja dengan syarikat yang tidak meninjolkan apa-apa status bangsa, yang hanya mengiktiraf meritokarasi dalam organisasi mereka. Tambahan pula dengan semakin kurangnya pelajar melayu yang mendapat kemudahan biasiswa, maka itulah mereka tidak lagi mengerti apa itu keistimewaan sebagai bumiputera ataupun merasai kelebihan dengan adanya taraf itu pada mereka.
Golongan yang amat merasai aya yang YB Ismail rasa ialah mereka-mereka yang 'berniaga' dengan kerajaan. Mereka inilah yang berasa tergugat. Meraka inilah yang resah gelisah. Mereka inilah yang gundah gulana. Bedudak apedehal...........
2. Bilamanpula disentuh mengenai kelesuan pada tiap-tiap aktiviti sukan ayng dianjurkan oleh pertubuhan belia, yang juga menjadi tandatanya kepada yb Ismail, pada saya juga ada jawapannya. Apabila pertubuhan-pertubuhan belia dan pertubuhan-pertubuhan sukan ini disuntik dengan kehadiran orang-orang yang gila berpolitik tidak kira pema dalam kepimpinan mereka, mereka jadi jemu, jadi meluat, jadi yorn....... Mereka-mereka merasakan pemimpin-pemimpin ini hanya menjadikan pertubuhan mereka sebagai 'jumping stone' untuk mendapatkan mileage politik. Lalu penghayatan dan pengorbanan mereka bukanlah ikhlas semata-mata kerana belia dan kerana sukan.
Walaupun terdapat banyak desakan dan syor-syor supaya badan-badan ini diurus oleh mereka yang berkebolehan serta berpengalaman serta tidak terlibat secara aktif dalam politik peringkat kepimpinan, baik diperingkat bahagian, negeri mahupun pusat. Biarlah belia-belia yang menyertai pertubuhan-pertubuhan ini dapat merasakan angin segar tanpa 'bau politik'.
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
PERTEMUAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DENGAN ORANG KEDAH PART II
Posted by
Detguaq
Saturday, June 14, 2008
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2008
(166)
-
▼
June
(16)
- pm WAKIL(AGENT)
- IMAM MAZHAB HADHARI KELUAR FATWA LAGI
- ALU-ALUAN UNTUK INFORMASI POLITIK JERAI
- MUSAng BERBULU AYAM
- TINGGALKAN PETROL DAN GUNAKAN AIR
- APA YANG BOLEH KITA BUAT BERSAMA-SAMA?
- MENYELAK SEJARAH
- PERTEMUAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DENGAN ORANG KEDAH
- PERTEMUAN MENTERI BELIA DAN SUKAN DENGAN ORANG KED...
- INI AKU TIDAK SETUJU
- PANGGILAN TIPON YANG MENARIK PERHATIAN AKU
- UNTUK DIUNDI
- TINJU POLITIK UNTUK AYAH LAH
- INI PULA DARI.......
- JEJAK ILMU
- KEMBALI UNTUK KESEKIAN KALINYA
-
▼
June
(16)
Salam hormat
Apa yang dikupas oleh saudara amat tepat sekali mencerminkan kelesuan golongan muda di dalam aspek kesukanan kesan penglibatan politik.
Golongan muda sekarang walaupun sekadar lepasan SPM mampu untuk berfikiran secara kognatif.
Tidak hairanlah banyak gejala sosial melibatkan golongan muda kerana mereka tidak mempunyai halatuju dan pembimbing yang betul.
Pembimbing yang ada pun hanyalah untuk menjadikan mereka sebagai batu loncatan demi kepentingan peribadi.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: Apa-apa pun, saya masih tercari-cari Ah Cong Rempit atau/dan Maniam Rempit. Yang dok jumpa Mat Rempit jua.