Sungguh tertarik aku dengan kiasan yang diberi oleh rais yatim yang dulunya telah membakar jambatan(kayu) dengan UMNO(lama) tetapi kini membina jambatan konkrit bertetulang besi yang lebih kukuh sebagai penghubung antara dia dan UMNO.
Bekas YB yg juga ketua cawangan akupun memberi hujah yang sama semasa aku berdialog bersama -sama dengannya melalui talipon malam tadi. Biasalah..... bekas yb jer....
Kata beliau(dan itu juga yang aku fikirkan, dah lama dahh....) patik-patik yang dikeliling ayah lah terus berusaha dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk terus Chong, Gelembong dan Temberang imam mazhab hadhari itu bahawa:
- Pengundi yang telah memangkah pr akan kembali memangkah bn pada pru 13.
- rakyat dah tak marah lagi dengan ayah lah
- cerita umno yang berpecah belah telah kembali bersatu, kerana setiap pengerusi negeri telahpun menyatakan taat setia tak berbelahbagi dengan duli baginda ayah lah
- pembangkang dalaman tidak banyak dan raungan mereka semakin serak dan pelahan
- ketua2 bahagianpun dah menjunjung duli bahawa mereka tatap badiri teguh dibelakang baginda ayah lah
- buatlah apa saja tindakan, rakyat hingaq sat saja, lepaih tu depa diam laaa....
Dan setelah patik-patik itu mendapati baginda ayah lah TIDO, lalu merekapun bertebaranlah keseluruh kementerian-kementerian bagi menyelongkar segala apa yang boleh diraup untuk anak-cucu mereka 7 keturunan dengan kerjasama menantu baginda yang bermuka dua(atau lebih) sebelum baginda ayah lah bangun dan tersedar. manakala anaknda bagindalah yang mengetuai pakatan patik-patik ini untuk mematuk. dialah raja patuk, patik-patik tu hanya dapat patuk seghedak saja, tapi seghedak-seghedakpun tatap tak habih tujuh kreturun.
patik-patik hina ini bergerak dengan begitu gelojoh kerana takut baginda ayah lah terbagun dengan bangun yang sedar. la nipun kalau terbangun, hanyalah kerana mamai yang endah-endah..... patik-patik ini amat-amatlah berharap ayah lah bangun sambil tersedar dengan sebenar-benar sedar apabila raupan mereka telah maksimum. itulah harapan mereka yang menggunung demi bangsa(baca: diri sendiri) mereka.
dan jika selepas itu emapayar ayah lah nak ranappun, ranaplah........depa dah tak habih makan 7 keturun. ayah lahpun bukannya akan susah, pencen ada....... yang akan merana adalah anak-cucu kita yang akan hidup diatas tanah 'kita' tapi milik orang.........
Saudara,
Biarlah mereka tidor, biarlah mereka berdodoi-dodoi, kita akan terus hingaq sampai mereka terjaga...
Salam hormat...
Betui kata Karpal Singh...
Biar mereka berdodoi, biar mereka tidur, biar mereka dengan labu-labunya.
Senang nak sapu semua kerusi dalam PRU13.
Kalau depa terjaga, susah pulak PR nak rentap mereka turun.