SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

KEMBALI UNTUK KESEKIAN KALINYA

Posted by Detguaq Monday, June 30, 2008

Tarikh 22/06/2008 hingga 30/06/2008 berlalu begitu pantas. Jedanya selama 8 hari telah Allah isikan dengan bilangan peristiwa yang tidak tergambar jika ingin aku kutip satu-persatu. Dalam tempoh ini juga gelojak untuk aku menulis dalam blog aku begitu bergelora......namun apakan daya, hambatan hidup diluar sana semakin mencabar dan merentap masa aku untuk menarikan jari jemariku diatas papan kekunci, manakala tetikus akupun semakin liar dari aku pada mulanya, namun kembali mesramanja bila mengetahui dan merasai bahang tangan tuannya....tak lah menikus sangat tetikus aku tu.......

Banyak peritiwa telah kabur dari inbox aku, dan tinggal hanya beberapa memori yang masih dapat aku recall.

Dibawah nanti akan aku bahagi kepada beberapa segmen sebagai catatan peribadi dan umum.

Yang umum dulu........

Aku baru sahaja tergerak untuk melayari blog UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO Jerai. Secara ikhlas aku tidak mengenali mereka-mereka yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian blog-blog berkenaan. Secara peribadi kau amat seronok melihat politik parlimen Jerai sudah mula ditumbuhi blog-blog setelah aku memulakannya selepas PRU 12 yang lalu.

Hmmm......jika dilihat blog UMNO Jerai, aku macam terbau sesuatu......
Gambar Tok Mi Ji Lah besaq.......gambaq Tok Bad pula kuncup skit......ada baulah..... Kot-kot,... kot-kot saja ni(ghasa syak dalam ati aku).....blog yang bersponsor kot???? Mengkalu tak sponsor ngan fulus, sponsor ngan smangat......

Blog Pemuda lak macam diurus oleh salah sorang AJK PB UMNO Jerai jer.... tapi kedua-dua blog tu aku nampak agak 'decent'....

Dan aku baru saja dihubungi oleh kengkawan yang sedaq siapa sebenaqnya pemudaujungjulai. Terima kasih atas ingatan hampa. Aku freelance yang tidak memihak kepada sesiapa, tetapi yang betul-betul sayangkan UMNO dari dalam Qalbu aku. Aku adalah rasionalist yang aku tahu dalam politik UMNO tiada tempat untuk aku menapak keatas. Peduli apa!!!

Perjuangan aku adalah kelangsungan dari aruah datuk(tokwan) aku semasa zaman pra-merdeka dah jadi ketua cawangan. Ayah aku yang juga dah aruah juga adalah pendokong kuat Perikatan dan BN. Politik kedua-dua 'senior' aku itu menjadi acuan aku untuk bergerak dan mencorak pemikiran politik aku. Sebab itulah aku agak kritis dalam menyuarakan politism aku. Dan yang paling penting aku tidak suka terikat dan diikat dalam meluahkan pandangan poltik aku.

Yang rapat dengan aku tahu cara aku. Kalah dalam pertandingan?? Kalau orang lain mungkin dah seghot teguih......aku? Dah ku katakan bukan jawatan yang penting, tetapi sumbangan. Ini kata-kata dari marhein seperti aku adalah kata-kata yang diluahkan seiring dengan hati. Bukan kata-kata penuh retorik dari pemimpin yang dah berjayakaya hasil kedudukan politik mereka namun apabila bangun berucap dengan airmata berderai mengaku bahawa dia sanggup bergadai harta dan keringat demi memperjuangkan nasib Melayu UMNO Jerai. Ahli yang miskin, tetap juga miskin......ntah-ntah depa teghuih dok pesiap bungalow anak beranak depa setelah 'Istana' mereka siap berdiri megah diluar kawasan mereka. Tapi oghang lein pula kata, takkan pemimpin nak dok di dangau pula......betul bukan nak suruh dok dangau, tapi tak patutlah pula dok dalam ghumah macam istana......kita bukan raja, bukan sultan. Bersederahanalah.....

Depa yang ghapat ngan calon yang satu lagi tu pula kata, dia tu kaya dah.... belum aktif dalam peringkat tertinggi dibahagianpun dia dah kaya.......betoi....memang dia dah kaya. Tapi kalu dia betandin dan menang, mauka dia balik dok begelumang dengan marhein Jerai? Sapa nak jaga empayar peniagaan dia yang dah menjangkau bilionan dollar tu??? Lagi satu pasai orang-orang yang dok promote calon yang satu lagi ni....rata-rata yang aku jumpa kurang senang dengan personaliti mereka. Jadi calon ni kenalah berhati-hati dengan mereka yang menawarkan diri untuk promote dia tu sebagai KB. Kalu tanya aku??? Calon ni tak payahlah dok pakai orghang tengah untuk promote dia. Keupayaan dan kredbiliti dia dah cukup untuk meyakinkan marhein UMNo Jerai. Harap-harap depa yang dok kalut tolong promote dia tak jadi macam tupai baiki labu......

YB baru di DUN aku? Ada sekali dua saja aku dapat berhubung dengan dia melalui tipon, aku tak tau pasai apa, tetapi sejak dia menang tempoh hari sebelah matapun aku tak sempat tengok dia. Mungkin belum jodoh.....tapi kau ghasa lepaih ni dia kena jumpa juga ngan aku......pemilihan dah dekat. Tu pun kalu cawangan aku pilih aku jadi perwakilan. kalu tak akulah yang kena tipon dia untuk jumpa jika aku ada keperluan, maklumlah rakyat kasta marhien saja....

Tapi secara peribadi aku lebih rapat dengan YB lama yang sentiasa berkincah dengan oghang kampung tak kigha masa.....dan amat sederahana dalam menonjolkan kehidupan beliau kepada masyarakat.

Bab peribadi?......hmm nantilah. Namapun peribadi.

0 Responses to KEMBALI UNTUK KESEKIAN KALINYA

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO