Kelamarin ada kawan sms aku bertujuan untuk memperpanjangkan jemputan oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir untuk hadir dalam majlis tahlil dipadang sera. Antara agenda dalam majlis tahlil itu ialah ucapan DMM yang aku percaya berunsur politik.
Secara peribadi aku tidak setuju. Namun aku tidak pula menolak sekiranya disetiap majlis yang membawa kebaikan dimulai dengan doa. Bagi aku menggunakan platform seperti ini adalah kurang wajar, seolah-olah kita memperkudakan yang lebih mulia untuk memperolehi faedah yang lain.
Atas tidak kesetujuan saya itu, adalah tidak adil jika saya tidak pula memberi pendapat bagaimana yang sebaiknya(pada saya) untuk dilakukan. Seperti yang saya katakan sebelumnya, iaitu jika majlis itu majlis yang membawa kebaikan, just 'straight to the point'. Jika majlis tahlil, biarlah ianya sebagai majlis tahlil, kerana ianya adalah acara keagamaan(?). Dan disusuli dengan pengumuman untu mengadakan hari yang lain dan tempat yang lain satu majlis yang misalnya ceramah politik, biarlah nampak ada 'pengasingan'. Takkan nak letak semua dalam satu poket.... Tetapi jika hendak mengadakan majlis yang menjurus kepada politik misalnya, berpadananlah dengan dimulakan dengan doa.
Cukup pada saya, pihak yang selama ini selesa memperdagangkan agama bagi tujuan politik, tetapi dalam masa yang sama mereka menaburkan kotoran politik atas kemurnian agama. Baik PAS mahupun Hadhari.
Lagi pula bekenaan tahlil(arwah?) ini pada aku ujud kesamaran dari segi syari'ah.
Kesimpulan: Sokongang aku Terhadap DMM sebagai calon KP UMNO Pusat TATAP tidak berubah. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!Hidup TDM!!!, Hidup DMM!!!.
*Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to INI AKU TIDAK SETUJU