Ini cerita kawan aku. dia memang macam aku juga, berpendirian yang sama macam aku. Dia juga sayang UMNO macamana aku sayang UMNO. Dia tak berjawatan besar dalam UMNO....macam aku juga.... Tetapi dalam dok kalut-kalut pasai kecelaruan politik, namun kesempatan untuk menolong insan kurang bernasib baik sempat juga dilakukan secara beramai-ramai dengan bantuan yang amat bermakna dari salah seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia(EPUM).
Ceritanya begini, tadi baru dia ceritakan pada aku. Dia ceritatupun bukanlah nak apa-apa pablisiti. Dia kata kau nak ceritapun kat blog aku ni, toksahlah dok tonjolkan diri dia. So akupun setuju.
Satu pagi dia didatangi oleh kenalan yang duduk diPPR Paya Nahu yang memang terkenal disini sebagai 'Ghetto Area'. Masalah sosial seperti dadah, rempit, bohsia n bohjan, bersekedudukan, malah apa sahaja gejala negatif, disini kamusnya penuh dengan terma-terma tersebut termasuklah keciciran dalam pembelajaran(KDP).
Jadi, dia kata untuk terma-terma yang lain tu, bukan dia tak berminat, tetapi tak 'peraya' nak buat apa. Bukan tahap dia nak bendung benda tu, tapi bab KDP tu dia amat berminat jika yang KDP tu berminat dan ada daya usaha sendiri. Maka dalam kes ni diapun tolonglah perpanjangkan kepada kawan kita yang dok dalam EPUMtu. Dan-dan Exco tupun bagi respon yang positif. Dan dalam masa 2hari masalah untuk kes itupun selesailah.... Alhamdulillah.....
Dan budak KDP tu yang baru berumur 10tahun(perempuan) dapatlah meneruskan persekolahan atas usaha dan tindakan pantas si Exco ni........ Dan atas usaha peribadi, budak KDP ini disedekahkan satu set alatan persekolahan, manakala kawan dia yang duduk kat salah satu flat diPaya Nahu tupun dengan sukarela membantu dari segi penjagaan budak tu seperti urusan 'transport' budak tu, duit poket persekolahan dan unifom.
Dan EPUM tu pula berminat untuk meneruskan usaha murni ini dan memperluaskan keseluruh pelusuk negara tanpa mengira batasan kaum dan ideologi politik mereka.
Namun apa yang aku harapkan biarlah usaha ini dijalankan diatas platform ikhlas. Baik kawan dia yang dok PPR Paya Nahu tu ataupun EPUM yang cargas tu mahupun sesiapa sahaja yang ingin membantu dalam kes KDP ini...........semuga JEJAK ILMU ini akan mendapat keberkatan dari Allah, InsyaAllah.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to JEJAK ILMU