Setelah pagi tadi khutbah dibaca oleh khatib alfadhal sharir ibni johriah mengenai jangkaan kenaikan minyak pada bulan ogos, maka aku seperti orang lain juga, masih sempat menghela nafas sambil mencongak hitungan hari sambil memikirkan strategi yang paling sesuai sebelum tiba hari yang dinanti.......umpama menanti surat peringatan dari bank.......
Tup-tup meletup.....eh..eh....tup meletup, tup meletup, tap melatap, tip meletip pm ayah lah dengan muka selambakera mengumumkan kenaikan mendadak harga minyak petrol dari RM1.98 kepada RM 2.70, kenaikan sebanyak hanya 0.78sen......bukan sampai sehinggit!!!! Bagi dia kenaikan mendadak ini WAJAR(bagi dia apapun wajar.....). tapi kenapa flip-flop? Tak kan dia tak dapat bezakan bulan JUN dengan bulan OGOS? Atau dia dah datang bulan?
Mungkin siShahrir tu kot yang pandai-pandai mendahului imamnya? Atau imamnya sengaja nak tunjuk bahawa sayalah pm malaysia, pemegang kuasa politik mutlak dimalaysia ni. Depa yang buat pengumuman awai tu bukannya ada apa-apa kuasa, aku suruh kata A, dia kata A, bila aku kata B, dia setakat BIRUUUUU........kah kah kah!!!!
Atau adakah ini strategi tokey supermarket oleh ayah lah? Lambung harga tinggi-tinggi, kemdian tu bagi potonga harga gila-gila kononnya. Padahal harga tu dah dimainkan keuntungannya pada awal lagi, dimana peratus potongan tu hanyalah tayangan dikertas tanpa makna walaupun tulisannya penuh muka kertas manila. Pandu kemarahan orang keperingkat tertinggi, kemudian henyakpujuk keperingkat tersejuk. mainan sakailogi(maaf, tidak kena mengena dengan sesiapa atau bangsa).
Kalau mainan ini berjaya, memuncaklah nama ayah lah dipersada pujian. dan sebaliknya kubur politiknya akan semakin luas dan dalam menunggu untuk dia terjun!!!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to IMAM MAZHAB HADHARI KELUAR FATWA LAGI