SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Ternyata percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan Majlis yang telah dirancang sebegitu rapi nampaknya gagal, malahan kehadiran rakyat Kedah hampir mencecah 45,000 orang semasa Majlis Sambutan Merdeka-Raya peringakt UMNO Neggeri Kedah yang diadakan diStadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti pada 20/09/2011 yang lepas.

Dari blog UMNO Kedah:


UMNO KEDAH KESAL CUBAAN GAGALKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

UMNO Kedah kesal dengan “tangan-tangan jahat” yang cuba mengagalkanmajlis rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakan pada Selasa, 20 September 2011, di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata “tangan-tangan jahat” berkenaan cuba melagakan UMNO Kedah dengan kerajaan negeri dengan harapan kerajaan negeri membatalkan tempahan terhadap Stadium Sultan Abdul.
“Ada pihak telah meletakkan kain rentang sempena majlis aidilfitri yang diadakan PKR di Stadium Sultan Abdul Halim semalam (Ahad). Saya percaya kain rentang itu sengaja diletakkan agar penyokong pembangkang marah kepada UMNO dan seterusnya mendesak kerajaan negeri membatalkan tempahan UMNO terhadap stadium berkenaan”.
“Saya tegaskan bahawa pihak kita tidak melakukan sebarang usaha untuk meletak kain rentang mengkritik pemimpin pembangkang berkenaan kerana kita tahu ia adalah majlis Aidilfitri dimana kita mengeratkan silatulrahim sesama kita,” katanya.
“Masa berpolitik kita berpolitik tetapi masa Aidilfitri kita lupakan sebentar soal politik,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.
Menurut laporan akhbar hari ini, kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat di Stadium Suka Menanti semalam disambut dengan beberapa kain rentang yang mengutuk Anwar.
Akibat pemasangan kain rentang itu wujud perasaan tidak puas hati dikalangan penyokong PKR sehingga mendesak kerajaan negeri membatalkan tempahan yang dibuat oleh UMNO bagi menggunakan stadium berkenaan.
Ahmad Bashah berkata pihak yang mempunyai kain rentang berkenaan diminta membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Kedah kerana terus membenarkan kita mengadakan jamuan berkenaan, yang terbuka kepada semua orang tanpa mengira agama dan pegangan politik,” kata Ahmad Bashah..

Pada sebelah malam aku sempat  merakamkan video mengenai pengakuan seorang awam yang keliru mengapa ada naskah berbentuk provokasi telah di edarkan sesudah perjumpaan hari raya peringkat negeri Kedah oleh pkr yang turut dihadiri oleh ANUwat Brahiem.





BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?


Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.
Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.
Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.
Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?
Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.
Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?
Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!
Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.
Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.
Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.

**Kalau insan seni juga sudah tidak mampu mengungkap secara seni lagi gelodak yang menggelojak dalam  kalbu, aptah lagi insan aggresif seperti aku.  Janganlah kerana Namewee BABI seekor ini....

ramai hati-hati seni insan bernama Melayu terhiris
dan darahnya menitis
diatas kertas undi yang mereka sendiri tidak redho dalam memilih
 tetapi terpaksa dek pedih yang dalam merintih....

Depa ni mana ada gaduh betul-betul.  Seglalanya diperolok-olokkan hanya untuk melihat sejauh mana akal rakyat dapat menangkap permainan politik mereka.  Baik N.Ajis mahupun Kapal Sink apaptah lagi Hamba Sex yang dilabelak nsebagao ANUgerah tuhan, semua mereka hanya hendak menguji sejauh mana kelentong mereka dapat mempengaruhi rakyat kerana sebenarnya mereka tidak layakpun untuk terajui negara

Dari malASSnyakini:

PERKASA mendakwa "pergaduhan" Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hudud cuma lakonan dan sandiwara supaya PAS meraih sokongan Melayu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, "gimik politik" itu cuba menunjukkan ketegasan PAS yang dianggap pak turut atau tentera upahan kepada DAP "untuk menghancurkan kepentingan orang Islam".

"Kenyataan tegas olok-olok dan gertak olok-olok Nik Aziz itu merujuk kepada bantahan awal Karpal Singh yang berkata, kenapa PAS timbul semula hukum hudud. 

"Bantahan Karpal itu juga adalah bantatan olok-olok untuk menzahirkan kepada orang Melayu bahawa mereka sedang bergaduh kerana hukum hudud. 

"Sifir mereka pasti orang Melayu akan sokong PAS, dan PAS sesungguhnya tidak sekali-kali akan bertanding di jawasan majoriti bukan Melayu," katanya.



Seperti yang dikupas oleh blog Gelombang Wangsa Maju:



BREAKING NEWS ... Nik Aziz NAFIKAN Mahu Laksana HUDUD!?

Thursday, September 22, 2011

Angin Senggugut Nik Aziz datang lagi. Yang cantiknya, penyakit yang cukup mustahil dihidapi kaum lelaki boleh berlaku kepada Nik Aziz ... Amazing!

Malahan, angin senggugut Nik Aziz datang di kala waktu pilihanraya umum semakin hampir untuk berdetik.

Agak PRU semakin hampir, angin senggugut Nik Aziz datang ... agak PRU semakin hampir, angin senggugut Nik Aziz datang! ... Tak makan obat ke Nik Aziz! 

Dan bermulalah episod merepek merapu meraban Nik Aziz mahu melaksanakan hukum hudud secepat mungkin dengan pelbagai alasan dan konotasi baru ... ubudiyah! itqan! masuliyah! Setan beranak tiap-tiap hari! Tun Dr Mahathir tak bagi! Demokrasi ... Demo Bagi, Demo Mati!



SEJARAH ANGIN SENGGUGUT NIK AZIZ
Sebenarnya elok juga GWM lakarkan kembali sejarah tonggeng terbalik Nik Aziz dengan hududnya. Tuan-tuan dan puan-puan sudah mampu menilai dengan baik pendirian dan motif sebenar juak-juak Pakatan Rakyat ... 


Tobat Lahom! bukan GWM yang cakap ni! Nik Aziz yang membuat kenyataan rasmi ...









Apa pula pandangan para pemimpin Pakatan Rakyat mengenai Hudud









Aaaahh ... inilah kenyataan rasmi Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat!



Eehhh ... Pening la Nik Aziz!

Hadi Bawang kata faktor ekonomi! ... Lu kata kata tak payah paksa! ... Daud Iraqi kata bukan agenda utama parti! ... Singh is The King kata nak buat langkah mayat dia dulu! ... Nizar Komunis pulak kata tak janji pun! Al Jubs terang terang kata tak ada dalam agenda Pakatan Rakyat!

Mana satu ni! ... Satu puak hamPAS beria ria, satu puak hamPAS juga kata tak yah! ... DAP lagi ler bantah! ...PKR play safe (macam pakai kondom) !!!



Tup, Tup tahun 2011 ... 







Al Jubs sokong sama lu! ... Kit Siang Ikan & Singh is The King mengamuk! ... Macam iklan biskut Choc Fudge! ... Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada! ... Come On! ... Make Up Your Mind! 

Perhimpunan ini telah diadakan pada Jumaat lepas, tetapi baru hari ini aku ada kesempatan untuk buat posting. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap kenyataan biadap oleh Mat Sab(p)u yang mengagung-agungkan komunis sebaliknya menghina dan memperlekeh anggota keselamatan termasuklah polis dan terpalit juga sukarelawan yang di sebut sebagai 'home guard'.





 Mesyuarat berkaitan perhimpunan telah diadakan pada
7/9/2011





















Perhimpunan secara aman ini pula telah diadakan selepassembahyang Jumaat pada 16/9/2011, kira-kira pukul 3.00ptg dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian sebagai menghormati arahan oleh pihak Polis Daerah Kuala Muda.  Perhimpunan telah diadakan ditapak 'Ground Zero' berhadapan dengan kompleks Pejabat Daerah Kuala Muda.





Huda dan shyfool adalah anak kepada Timbalan Presiden PASrael. Kerana BOREKnya BAPA dalam politik, rintik politiknya jelas kini telah lempias kepada kedua-dauanya, iaitu seorang yang telah 'potong stim' bapanya sehingga terkulai tak dapat dipujuk-pujuk lagi (Nor)Mah........


Tuduh polis dalangi bakar rumah:Timbalan Ketua Polis Negara ‘ balon’ anak Mat Sabu

khalid-polis"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan.”
Itu kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar terhadap Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka di Shah Alam.
Beliau mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.
Di dalam kejadian yang berlaku pada 12.40 tengah malam tiga hari lalu , rumah teres dua tingkat Mohamad Sabu dilaporkan dilontar "Molotov Cocktail" oleh individu tidak dikenali tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil di bahagian pintu pagar.
Bercakap kepada wartawan selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, Khamis Khalid menyifatkan dakwaan Ahmad Saiful sebagai menghairankan dan tidak masuk akal.
Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan di dalam laman sosialnya untuk menukar Jalur Gemilang, Khalid berkata, polis masih mengkaji tentang kes itu.
"Kita akan tengok apa yang perlu kita buat. Kita sudah cakap sebelum ini, jangan cakap sesuka hati yang boleh mengguris orang lain atau menimbulkan  keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya.
Beliau yang meminta semua pihak supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, berkata tidak pasti tentang bilangan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kenyataan kontroversi Manoharan itu.
"Fikirlah dulu sebelum bercakap. Ini yang bercakap semua terpelajar bukan bodoh-bodoh belaka. Fikirlah dulu sebelum keluarkan pandangan, kritikan dan sebagainya," kata Khalid.-22/9/2011



PDRM nafi dakwaan polis jadi dalang bakar rumah Mat Sabu


ismailomar

Polis  Diraja Malaysia (PDRM) Rabu  menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis bersifat profesional dalam menjalankan kerja mereka.
"Orang menuduh polis macam-macam jadi timbanglah sendiri, pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang, bahawa we are professional agency.
"Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers Rabu.
Bernama melaporkan media hari ini melaporkan kediaman Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah, tengah malam semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat di Jalan Belat 19/32C, Seksyen 19 di sini tidak mengalami kerosakan teruk, sebaliknya hanya sebahagian daripada pintu pagar yang terjejas.
Anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda Mohamad, 28, berkata ketika kejadian bapanya tiada di rumah kerana menghadiri program di Pulau Pinang manakala ibunya, Normah Alwi, 57, berada di Perlis kerana sedang menjaga datuk dan neneknya yang sedang sakit.-20/9/2011


Esok akan diadakan konvensyen BN untuk Negeri Kedah selepas berlangsungnya konvensyen BN Selangor dan permukiman ADUN-ADUN BN di Selangor.

Apakah panduan?

Apakah halatuju

Apakah harapan?

Apakah ramuan?

Apakah kesimpulan?

Apakah penghayatan?

Apakah BN Kedah mampu melakar kemenangan?

Adakah panduan?

Adakah halatuju?

Adakah harapan?

Adakah ramuan

Adakah kesimpulan?

Adakah penghayatan

Adakah keinsafan?

Adakah pengajaran ?

Adakah BN kedah mahu melakar kemenangan?





ALOR SETAR, 27 Jun – Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan Konvensyen BN Negeri pada 24 Sept ini yang akan dihadiri lebih 15,000 anggota daripada semua parti komponen.

Pengerusi BN Kedah,  Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pelbagai isu akan dibincangkan pada konvensyen berkenaan tetapi tumpuan sudah pasti kepada persiapan dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Konvensyen itu diadakan bagi membincangkan perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat BN Kedah yang diadakan malam tadi yang telah dihadiri oleh semua pemimpin parti komponen BN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata mesyuarat BN itu juga meluluskan penubuhan satu jawatankuasa kerja berkaitan pengurusan isu yang melibatkan penyertaan wakil semua parti komponen.
“Tanggungjawab jawatankuasa itu ialah koordinasi isu-isu dan perkara berkaitan di kalangan parti komponen kerana selama ini setiap parti bergerak secara sendirian,” katanya.
Jawatankuasa khas itu akan diketuai Setiausaha BN Kedah,  Datuk Md Rozai Safian.
Konvensyen BN Negeri akan diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Mu?adzam Shah, Anak Bukit di sini selama satu hari dan pada hari itu juga akan turut diadakan rumah terbuka Aidilfitri BN Kedah.

Hai, panas lagi hari ini bertambah panas pula dengan pendedahan mengenai satu lagi video sex yang didakwa lakonan secara percuma seorang ayah yang bekerja dengan Jabatan Kastam dengan seorang warga Russia.  Janganlah kita menyalahkan Jabatan Kastam kerana pelakunya ialah individu yang tak tahan menghidu enaknya bau duit haram dan tanah tiga penjuru yang agak luas.....



ALAHAIIIII.....SUAMI SIAPA LAH AGAKNYA NI????



Aku tertarik dengan posting oleh bro Paneh Miang yang mengungkap secara ringkas tetapi jelas mengenai pasaran ayam diMalaysia.  Beliau bukan sahaja setakat mengkritik dan sedikit kondem YB  Ismail Sabri, Menteri KPDNKK, malah juga memberi idea macamana untuk mengatasi secara jangka panjang monopoli komoditi berupa ayam daging agar dengan cara ini dapat menstabilkan harga ayam dan menundukkan sedikit ego kapitalis-kapitalis cina diMalaysia ini.

Menraik untuk dibaca dan difikirkan.....silalah baca diPaneh Miang dalam satu posting bertajuk Ismail Sabri Bapak Ayam Uzbekistan.

Antara komen-komen yang boleh diketengahkan ialah:

A.  KOMEN TERBAIK:  Masa untuk ladang ternak 1Malaysia, kita hapuskan monopoli ternakan dari mereka seperti yang dilakukan oleh Kedai 1Malaysia.

_________________________________________________________________________________
B.


1. Kalau kat America ada 'tukang lobby', maka adake 'tukang lobby' tokey ayam2 malaysia yang duk lobby you ha?? jawab jangan tak jawab.

2. Setuju sangat, break the cartel, cartel ayam, cartel ikan, cartel sayor malah cartel beras sekalipun...

3. Sementara waktu, impot, tapi apa bodoh sangat impot dari uzbek, ooi...pengeluar ayam (export) terbesar Thailand....halal cert pun ada....jangan bagi kat kroni dah...

4. Ismail Sabri, ingat, bahan makanan jadi darah daging tau, biar telus dan amanah, nanti berjawab teruk u....

Sekian, saya yang suka ayam.....ayam kfc, ayam pop, ayam berempah dll.
 ________________________________________________________________________________





Ucapan muluk-muluk dari mulok busok:

Napoknyo ambo nge rakyak kelate meraso banggo tok leh nok ghoyak nge mulok.  Buke sene tepak-tepak layei nok muleh teng kelate bak keh-keh rogo nge iads ni...demo kaloh sie-sie lagi: N.ajis.


Dari Utusan Malaysia


Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

KOTA BHARU 15 Sept. - Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.
Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.
Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).
"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.
"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.
Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.
Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.
Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.
"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.
"Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara," katanya.


Dari Berita Harian

Kadar jangkitan HIV tertinggi di Kelantan


2010/12/06

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.
“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

“Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.
Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

“Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

“Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.




Mari kita tengok komen-komen mereka yang sudah dapat menghidu gam bejenama KOMUNIS MAT SABU.

1.  Masa ceramah pun sapu duit rakyat.., buat program pun sapu duit orang ramai.., sekarang ni nak jamin diri sendiri pun sapu duit penyokong sendiri ke? Memang confirm Mat Sabu dah tukar jadi Mat Sapu !!!

2.

  • Do not be fooled by the game of the sympathy of the malay Communist PAS has enough money to pay bail of RM 15,000?. Dap Penang State Government may help? Pas Pusat does not want to help?
    In Selangor Khalid GaGap sell three new government buildings, including the PKNS Complex and SACC Mall, there must be millions of Khalid money today. Indeed, We can not believe it is Mat Sabu?
    Pas Kedah Government Mercz new car at RM800, 000 with plate number RM60, 000, why not give some assistance to him

  • lagi terok baham duit rakyat upenye puak pr ni
  • Apasal tak amik duit tabung Memali?
  • Metallica13ify 1 day ago       

AKu pula nak tanya mana pi elaun buan-bulan sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Air Pulai Pinang?  Wow....BERKUASA tuuu....Bukankah ianya menjangkau 5 angka???  Lakonan Mat Sabu semakin MEMUALKAN!!!!

Dari Blog Sanusi Junid.

 PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI

AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE 2

1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.

2. Saya telah bertanya kepada menantu saya yang berada di situ pada waktu itu atas sebab-sebabnya, yang dia pelajari, Amerika Syarikat bertindak mengebom dua buah kota di Jepun ini.

3. Jawabnya ialah kerana dua buah kota ini ialah kota industri yang terbesar di Jepun yang semestinya menjadi tempat pengeluaran kapal-terbang atau pesawat dan keperluan perang angkatan bersenjata Jepun.

4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.

5. Tetapi, apakah sebab yang diajar dalam semua sekolah di dunia ini merupakan sebab yang sebenar?

6. Lee Iacocca dalam salah sebuah bukunya telah menceritakan bagaimana, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, General Dwight Eisenhower dengan isterinya telah berbulan madu di Jepun dan bersama dengan Hirota Koki, Perdana Menteri Jepun di waktu itu, telah melawat kota Kyoto.

7. Keindahan kota Kyoto begitu mempersonakan Eisenhower dan isterinya sehingga apabila perang tercetus antara Amerika Syarikat dan Jepun General Eisenhower telah mengarahkan supaya angkatan udara Amerika Syarikat mencari tempat industri perang berada di Jepun untuk dibomkan. Seterusnya Eisenhower juga mengarahkan supaya Angkatan Udara Amerika mengebom mana saja tempat yang patut dibom asalkan mereka tidak mengebom kota Kyoto, iaitu kota di mana beliau dan isterinya telah pergi untuk berbulan madu.

8. Apabila perang tamat, setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, General Eisenhower dan isterinya telah melawat Jepun sekali lagi. Bersama dengan Hirota Koki mereka telah melawat kota Kyoto.
9. Eisenhower gembira kerana tidak ada kesan perang di kota Kyoto.

10. Eisenhower bertanya kepada Hirota Koki samada terdapat apa-apa pembangunan atau perubahan di sekitar kota Kyoto sejak peperangan berlaku.

11. Hirota Koki memberitahu bahawa di Kyotolah mereka telah membina industri untuk mengeluarkan keperluan angkatan bersenjata Jepun seperti bom, roket dan kapal-terbang atau pesawat perang.

12. Eisenhower lantas bertanya kenapa industri itu dibina di Kyoto.

13. Hirota Koki menjawab kerana Eisenhower telah mengarahkan supaya kota Kyoto tidak dibom oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat.

14. Ini bererti bahawa 'bulan madu' Eisenhowerlah yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Jepun mati atau cedera, dan harta mereka musnah, di Hiroshima dan Nagasaki sedangkan tanpa arahan Eisenhower supaya tidak mengebom Kyoto sudah tentu risikan Amerika Syarikat akan menemui tempat industri perang Jepun dan tempat yang dibom berdekatan dengan Kyoto yang penduduk sekitar industri perang tidak begitu ramai.

15. Jelaslah akibat dari keputusan Eisenhower, untuk tidak mengebom Kyoto, begitu besar sedangkan alasannya hanyalah kecil, iaitu gara-gara beliau berbulan madu di Kyoto.

LEAGUE OF NATIONS MENGUTUK JEPUN KERANA MENYERANG MANCHURIA

16. Satu kisah lagi melibatkan Thailand.

17. Di waktu Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Pandang Ke Timor saya dan beberapa orang kawan termasuk Allahyarham Tun Ghazali Shafie telah berbincang-bincang sambil minum kopi.

18. Tiba-tiba Tun Ghazali Shafie menyatakan 'Buat apa kita berkawan dengan Jepun dan belajar dari mereka dengan dasar Pandang Ke Timur? Mereka tidak berperikemanusiaan. Lihat saja dalam perang dulu mereka boleh berunding dengan Thailand, dan tidak dengan kita, untuk melalui negara itu, tanpa merosakkan harta-benda atau membunuh seorang pun rakyat Thailand kerana mereka sedang menuju ke Singapura untuk menyerang pengkalan tentera British di Singapura. Mereka juga boleh mengelak dari merosak atau membunuh rakyat Malaya.'

19. Sementara Tun Ghazali Shafie memandang Jepun sebagai tidak berperikemanusiaan saya pula pernah mendengar orang Kedah mengatakan orang Thailand perut hijau; mungkin atas sebab yang sama. Pihak Thailand telah berunding dengan British supaya negaranya selamat dan tidak dicerobohi oleh Jepun dalam perjalanan ke pengkalan tentera British di Singapura.

20. Tetapi saya pernah terbaca dalam sebuah buku lagi mengenai sikap Duta Thailand yang berkecuali dalam pengundian di League of Nations di Den Haag ( The Hague ), Belanda waktu cadangan dibuat untuk mengutuk Jepun kerana telah menyerang Manchuria.

21. Sebelum pengundian untuk mengutuk Jepun dibuat duta Thailand di League of Nations telah cuba menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap negaranya.

22. Oleh kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand telah rosak, pada waktu itu, maka duta Thailand telah gagal menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap Thailand dalam pengundian untuk mengutuk Jepun kerana menyerang Manchuria.

23. Waktu mengundi duta Thailand telah berkecuali sehingga hasil pengundiannya ialah 51-1 atau 52-1 (angkanya saya kurang pasti) bersetuju mengutuk Jepun.

24. Sikap Thailand yang berkecuali inilah memungkinkan Thailand berunding dengan Jepun supaya tidak merosakkan negaranya dalam perjalanan tentera Jepun, melalui Thailand, menuju Malaya untuk ke Singapura di mana terletaknya pengkalan tentera British.

25. Di sini kita dapat melihat betapa kerosakan 'wireless set' di kedutaan Thailand di Den Haag telah menyelamatkan negara Thailand dari dimusnahkan dan rakyat Thailand dibunuh oleh Jepun.

26. Jika 'wireless set' tidak rosak sudah pasti kerajaan Thailand akan mengarahkan dutanya supaya mengundi bersama dengan anggota League of Nations yang lain untuk menyokong usul mengutuk Jepun; dan akibatnya akan dideritai oleh Thailand.

27. Ini adalah satu lagi contoh yang hampir dengan 'Eisenhower berbulan madu' yang menyelamatkan kota Kyoto.

28. Thailand telah selamat kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand rosak.

29. Satu contoh di mana perkara kecil tetapi besar akibatnya.

HARTA MAYC DI JALAN KE WATERFALL GARDEN PULAU PINANG

30. Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar beberapa desakan supaya Dr. Koh Tsu Koon meletak jawatannya dalam kabinet. Saya juga terbaca bagaimana Presiden Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping, mengutuk Dr. Koh dan menyokong Lim Guan Eng dalam satu wawancara dalam akhbar The Star. Tan Sri Tan Kok Ping, dan ahli-ahli Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, dulunya menyokong Barisan Nasional.

31. Saya, sebagai Presiden MAYC di waktu itu, di satu masa dulu, ada satu pengalaman dengan Dr. Koh Soo Koon.

32. Pada waktu Tunku Abdullah menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Mahathir menjadi Naib-Presidennya mereka telah memperolehi sebidang tanah untuk tapak hostel MAYC di Waterfall Garden, Penang. Walau pun hostel tidak dibina tetapi rumah yang ada di tapak tanah itu telah diguna untuk kegiatan MAYC Pulau Pinang.

33. Walau pun tidak ada bangunan mencakar langit atas tanah ini tetapi ia merupakan simbol kebanggaan atas kewujudan MAYC di Pulau Mutiara itu.

34. Di waktu saya menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang 'lease' atau tempoh penggunaan tanah ini telah tamat dan kami telah meminta supaya 'lease' ini diperpanjangkan.

35. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula mencadangkan untuk membina 'skating rink' di tempat yang sama.

36. Dalam pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Chong Eu beliau telah berjanji untuk memberi tanah ganti berdekatan dengan jembatan Pulau Pinang. Pada waktu itu Dr. Koh Tsu Koon adalah setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu. Beliau turut hadir dalam pertemuan itu. Kelihatan pada saya watak Dr. Koh agak menarik dan mungkin lebih senang saya berunding dengannya, atau melaluinya, untuk mendapatkan perpanjangan 'lease' tanah di Jalan Waterfall Gargen, selepas to'kong Hindu yang ada di sekitar kawasan itu

37. Satelah beberapa lama berlalu 'lease' tanah di Waterfall Garden telah tidak diperpanjangkan juga sementara tanah ganti dekat jambatan Pulau Pinang juga tidak diperolehi.

38. Apabila Dr. Koh Tsu Koon mengganti Tun Dr. Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang MAYC, khususnya bahagian negeri Pulau Pinang, begitu gembira kerana merasakan perpanjangan 'lease' atau penggantian tanah akan berjaya memandang kepada watak Dr. Koh Tsu Koon yang kelihatan begitu simpati terhadap permintaan MAYC.

38. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sikap Dr. Koh apabila berkuasa adalah berbeza dengan sikapnya sebagai setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu.

39. Beberapa minggu setelah Dr. Koh Tsu Kun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ibu pejabat MAYC menerima surat rasmi dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan permohonan kami untuk memperpanjang 'lease' telah tidak berjaya tanpa menyebut sepatah pun tawaran tanah ganti di jambatan Pulau Pinang.

40. Sekitar lebih 18,000 ahli MAYC Pulau Pinang begitu marah kepada Dr. Koh Tsu Kun dan ratusan ribu ahli MAYC di seluruh negara berasa kecewa.

41. Sikap Dr. Koh jelas 'deceptive'. Manis di mulutnya tidak dapat diharapkan.

42. Beberapa waktu setelah menerima surat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, seorang dari wakil rakyat telah meninggal dunia.

43. Dalam pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian itu ahli-ahli MAYC Pulau Pinang tanpa mengira parti dan kaum, telah bekerja kuat untuk memenangkan calon DAP.

44. Sebahagian yang cukup besar ahli-ahli MAYC Pulau Pinang terdiri dari kaum bukan Melayu. Oleh itu jika Dr. Koh Tsu Koon mengharapkan ahli-ahli MAYC Pulau Pinang dari kalangan Melayu akan lupa pada dosanya kepada mereka, kerana Melayu mudah lupa, ahli-ahli MAYC dari keturunan India dan China sukar melupakannya.

45. Tanah di Waterfall Garden masih terbiar hingga hari ini dan Dr. Koh Tsu Koon dikatakan adalah punca kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Saya yakin dakwaan ini banyak benarnya. Ahli-ahli MAYC tidak faham kenapa 'lease' tanah ini tidak dapat diperpanjangkan sedangkan tanah ini terbiar begitu sahaja dan tidak dipakai sebagaimana yang maklumkan.
46. Apakah orang lain, atau badan-badan lain, juga telah kecewa dengan Dr. Koh, sebagaimana MAYC. Inilah satu contoh di mana mula-mula Barisan Nasional menghadapi masalah kecil, dengan  kekalahan hanya satu kerusi, kemudiannya, kerana tidak ada analisa yang tepat dan tindakan yang tegas oleh pucuk pimpinan, masalah Barisan Nasional menjadi besar, dengan kehilangan kerajaan negeri.

47. Jika jumlah ahli MAYC di seluruh negara, yang muda dan yang veteran, adalah sekitar 500,000 orang, dan jika 100,000 dari jumlah ini telah meninggal dunia sekali pun, ada sekitar 400,000 yang pasti tidak gembira apabila melihat tokoh yang mengecewakan mereka berlagak pandai di kaca TV.

MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DI KAWASAN KUBU PAS - JERLUN

48. Watak seperti Dr. Koh Tsu Koon juga ada di Jerlun, Kedah.

49. Beliau terkenal dengan nama gelaran Pak Mat Kudong.

50. Pak Mat Kudong tinggal di salah sebuah Pida ( feeder atau taliair yang ada dalam kawasan MADA di Kedah) di Jerlun dalam sebuah kawasan pilihanraya Jerlun yang mempunyai pengaruh PAS yang paling kuat di Kedah. Itulah sebabnya Ketua PAS Kedah, Dato' Abu Bakar Umar, bertanding berkali-kali dalam kawasan Jerlun.

51. Sabagaimana yang selalu saya katakan bahawa PAS, dahulunya, wujud dalam kawasan yang banyak pondok, dan pondok pula wujud dalam kawasan penanaman padi kerana penanam padi terkenal dengan amalan membayar zakat kepada alim ulama di pondok-pondok. Saya namakan hipotesis ini sebagai 3P iaitu Padi, Pondok dan Pas. Wang zakat inilah yang membiayai kegiatan pondok. Kecuali di Kemaman, Terengganu, yang tiada paDI, tetapi ada HaDI, didapati pondok maju di kawasan penanaman padi.

52. Dengan kehadiran saya sebagai wakil rakyat untuk Jerlun-Langkawi pengaruh Barisan Nasional di Jerlun bertambah bersemarak tetapi Barisan Nasional tetap kalah di Jerlun dan kemenangan saya untuk kawasan Parlimen sangat bergantung kepada undi dari Langkawi. Walau bagaimana pun kemenangan PAS, walau pun yang bertanding itu ialah Pengerusi Perhubungan PAS, Dato' Abu Bakar Omar, adalah dengan undi yang tidak begitu banyak.

53. Selaku Ahli Parlimen kawasan Jerlun-Langkawi saya berazam untuk Barisan Nasional menawan Jerlun pada pilihanraya berikutnya. Oleh itu satu kajian yang teliti telah saya buat dan saya dapati satu keanehan di kawasan UMNO pimpinan Pak Mat Kudong.

54. Di situ jumlah ahli-ahli UMNO cukup ramai dan Pak Mat Kudong sangat bangga dengan jumlah ahlinya yang banyak yang, katanya, berjumlah lebih 500 orang. Sebahagian dari ahli UMNO ini datang dari luar Pida berkenaan.

55. Pak Mat Kudong selalu menceritakan dengan bangganya bagaimana beliau telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 1946 dan telah memimpin UMNO cawangannya sejak Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO.

56. Apa yang aneh ialah dalam pilihanraya peti undi yang termasuk undi cawangan UMNO Pida Pak Mat Kudong selalu kalah. Saya diberitahu tahu hanya 10% dari ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong yang memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya.

57. Sebabnya ialah ahli-ahli UMNO di situ benci pada Pak Mat Kudong tetapi tidak sanggup untuk menentangnya dalam pemilihan UMNO. Katanya mereka 'segan' dengan Pak Mat Kudong. Ahli-ahli UMNO mengharapkan supaya pihak ibu-pejabat UMNO dapat melihat fenomena ini dan bertindak untuk memperbaikinya. Untuk beberapa kali pilihanraya ahli-ahli UMNO di situ telah membuat undi protes terhadap Pak Mat Kudong dengan mengundi PAS.

58. Dalam pilihanraya berikutnya saya telah memaklumkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian bahawa ibu pejabat UMNO telah memecat Pak Mat Kudong dari menjadi ahli UMNO dan saya nasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya merahsiakan tindakan ini kerana kita tidak mahu ada kekecohan dalam cawangan yang boleh mengganggu pilihanraya. Dengan nasihat begini maka bertambah cepatlah cerita Pak Mat Kudong dipecat telah heboh di seluruh bahagian kecuali Pak Mat Kudong sahaja yang tidak mengetahui kerana tidak ada yang berani memaklumkan padanya.

59. Maka kalahlah PAS di Jerlun kerana hampir 100% dari sekitar 500 undi ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong telah mengundi Barisan Nasional.

KESIMPULAN

60. Rata-rata terdapat pemimpin di kalangan orang Melayu, China dan India yang telah mengecewakan pengundi setempat. Ada yang seperti Dr. Koh Tsu Koon yang mula memegang jawatan dengan harapan yang cukup tinggi di kalangan rakyat; ada juga yang seperti Pak Mat Kudong yang kerana benci ahli parti, dan rakyat setempat, maka kepentingan parti terkorban.

61. Nasib baiklah ada watak seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim yang imejnya terus tercemar, dan ada Mat Sabu yang lawaknya di pentas politik tidak menghibur lagi. Tetapi, beranikah pemimpin Barisan Nasional bertindak cepat ke atas watak-watak seperti Dr. Koh Tsu Koon dan Pak Mat Kudong, di semua peringkat kepimpinan dalam parti?

62. Insya Allah, jika berani, Barisan Nasional akan menang dengan cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13, yang akan datang.


Komen-komen:


Anonymous said...
Salam Tan Sri,
Saya melihat Kerajaan Ds Najib condong kepada popularity votes. Hanya kerana hendakan undi kaum Cina, Ds Najib sanggup berikan apa saja, sanggup menjilat, tetapi sudh terang lagi bersuloh, kaum Cina akan mengundi DAP. Kenapa ds Najib masih belum sedar2 lagi. Tidak ada guna nak mencurahkan air di daun keladi, dan mereka tidak akan berterimakasih pun. Satu lagi kita tahun sisa2 dan penjilat2 Anwar dan budak2 tingkat 4 yg menjadi duri dalam daging masih kuat dalam UMNO dan memegang jawatan. Apakah Ds Najib masih tidor bdengkur dalam kekenyangan, di buai mimpi yg indah2. Sudah semestinya parasit2 ini sisih jauh dan harus dilakukan tanpa segan silu, be a surgeon, cut and throw the virus sebelum merebak menjadi parah. Harap Ds Najib tidak mengalami nasib seperti Tun Tdolah di sepak teranjang dalam kehinaan. Wakeup Ds Najib!!!! Wakeup!!
Anonymous said...
Hanya pemimpin yg tegas, berani dan amanah akan di kenang selama lamanya. Kita harap Ds Najib dapat menonjolkan prinsip tersebut, saya khuatir kerana yg menonjol sifat playsafe, tidak tegas, lemah lembut yg mengingatkan kembali zaman Tun Tdolah. Apakah Ds Najib tidak belajar dari kesilapan? Pemimpin yg lemah lembut, tidak ada ketegasan dan kejantanan, tidak akan pergi jauh. Belajar lah dan contohi lah Tun Dr Mahathir, tegas, berani dan amanah.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ