SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Kesan bekas bedah jantung
Ibu yang uzur hanya setakat dapat melemparkan senyuman tawar dan kosong
Slip penerimaan permohonan JKM dan Kad OKU
Setelah hampir setengah jam melilau, akhirnya aku temui rumahnya. Salam yang aku beri dijawab oleh emak beliau yang hanya mampu duduk dikerusi lusuh kerana masih lagi belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kainya yang patah kedua-dua belah. Kemudian aku menanyakan mengenai Abang Shariff. Ternyata dia ada dirumah, dan tertidur, mungkin keletihan selepas menjalani latihan fisio tadi. Setelah tiga empat kali digerak oleh suara ibunya barulah belia bingkas bangun dan keluar menyambut aku dengan perasaan haran.
Akupun ceritakan niat sebenar aku mencari beliau sehingga keteratak beliau. Dari satu cerita kesatu cerita beliau luahkan pada aku. Aku hendak mulakan dengan kisah permohonan beliau dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Premohonan beliau untuk mendapatkan saraan tetap sehingga kini telah memasuki 10 bulan tetapi tiada apa-apa jawapan lagi. Sebenarnya selepas membuat permohonan, beliau ada membuat susulan selepas sebulan, namun pihak JKM mengatakan permohona beliau masih baharu dan belum lagi disemak. Begitulah beliau lakukan sehinggalah bulan ketiga dengan jawapan yang sama. Ini menyebabkan beliau berdiam diri sehingga kini, takut-takut langkah susulan seterusnya akan membuatkan mereka meluat dengan beliau. Dan kerana khuatir takut-takut JKM tidak memperoses permohonan beliau, sedar tak sedar kini sudah 10 bulan beliau menunggu jawapan......Walaupun beliau telah mendapat pengesahan sebagai OKU, namun kad yang ada hanya boleh membantu beliau untuk mendapatkan rawatan percuma, diskaun tiket pengangkutan awam dan beberapa kemudahan lain. Yang ini beliau mengucapkan terimakasih kepada kerajaan, tetapi memandangkan beliau merupakan pencari rezeki tunggal yang menganggung ibu yang uzur serta anak-anak buah yag dibela umpama anak sendiri dan keadaaan diri beliau yang juga tidak sihat, aku terpanggil untuk menyuarakan bagi pihak beliau jeritan hati yang beliau tanggungi selama ini. Beliau juga mengalami kencing manis dan simptom sakit buah pinggang juga telah ada isyaratnya.
**Artikel ini sepatutnya aku siarkansemalam, 11/09/09, tetai tidak berkesempatan, lalu aku tunda kehari ini.
Tragedi baju raya
Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my
|
|
GUA MUSANG: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mencuba pakaian baru dibeli bapanya sempena Aidilfitri yang bakal tiba, bertukar tragedi menyayat hati apabila dia mati ditikam bapa saudara sendiri di Kampung Melayu di sini, semalam.
Mohd Adam Azrai Rosman, sedang asyik menunjukkan baju raya sambil menonton televisyen bersama nenek saudaranya di ruang tamu rumah keluarganya sebelum ditikam secara tiba-tiba oleh bapa saudaranya berusia 22 tahun dengan sebilah pisau di rusuk kanan menyebabkan mangsa terus rebah dan menjerit kesakitan. Baca seterusnya diSINI.
**************************************************************************************
SEBAK AKU MELIHAT WAJAH KERIANGAN ANAK INI, yang hanya mengerti dunia dikelilingnya sahaja. Yang sedang menunggu saat gembira menjelang SYAWAL......Aku juga ada anak sebayanya yang aku memberi harapan bahawa masa depan mereka akan tetap terbela walau sekarang nampak seperti haru, tetapi InsyaAllah aku yakin akan kembali stabil bila seluruh rakyat kembali normal, kembali rasional.
Anak ini tentunya tidak menyangka bahawa baju raya yang sedang dipakainya walau Syawal akan hanya menjelang lagi sebelas atau duabelas hari lagi adalah menjadi saksi terakrab sebelum beliau manghembuskan nafas akhir lalu diambil kembali oleh Allah dek kerana seorang manusia yang bergelar bapa saudara tetapi menyembah BERHALA bernama DADAH!
Wajarkah penyembah berhala ini dibiarkan lepas? Atau wajarkah juga sipenyembah berhala ini diadili sebagai manusia biasa kerana pada pendapat peribadi aku beliau sedang menurut perintah berhala berkenaan untuk menyembahnya. Demi menurut perintah berhalanya, maka sebagai penganut yang taat, maka pertalian darah bukanlah lagi penentu kemanusiaan bila spesis ini merindui berhalanya. Mungkin ada yang berkata bahawa spesis ini melakukannya ketika tidak siuman atau kerana diluar kawalan perasaan manusiawinya. Nah, jika dia ada perasaan sebagai INSAN, tentunya dia tidak akan mencari berhala bernama dadah dan meletakkan hidup matinya dengan dadah sebagai tuhan. Dan sebagai illah selain Dia, Allah sentiasa berkata bahawa sembahan selain dariNya hanya membawa kejurang narr.
27:63. Atau, siapakah yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka menyekutukan.
37:161. Tetapi bagi kamu, dan apa yang kamu sembah,
37:162. Tidaklah kamu memperdayakan sesuatu terhadap-Nya,
37:163. Melainkan orang yang akan dipanggang di dalam Jahim.
Hukuman yang layak diterima oleh spesis ini ialah Qisas (percayakah mereka dengan Allah?)sekiranya bersalah. Selebihnya biar Allah menentukannya.
2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
Desakan dan lobi yang kuat kononnya dari KBU beberapa bahagian diseluruh Negeri Sembilan menjadi tajuk yang kuat sebagai penyokong agenda untuk memaksa pucuk pimpinan parti memilih TS Isa Samad, bekas Naib Presiden yang dipecat dan juga digantung keahliannya selama dua tahun.
Benar!!! Sekarang mereka hanya berdiam diri, tetapi mereka bukan tidur!!!! Mereka hanya menunggu untuk memasang lukah dipergentian. Kenapa? Adakah kita sudah lupa lukah yang mereka pasang digenting milik mereka diPermatang Pasir? Mereka menggambarkan seolah-olah naif pada masa sebelum gelung pencalonan dibuka, tetapi apabila gelung pencalonan tidak lagi dapat ditutup alirannya, maka merekapun mula menahan lukah, lagi deras deruannya lagi banyak lukah yang dipasang, labih laju alirannya lebih kukuh lukah dipasak. Kerana apa? Kerana kita yang memberi umpan, kita yang memberi ikan.
Dan Post Mortem oleh Ahmad Maslan ternyata satu post mortem yang sangat 'tinggi' nilainya yang hanya boleh dibuat analisis begitu oleh sesatunya yang bernama Ahmad Maslan dan eh eh...rupanya ramai lagi yang boleh kata macam Ahmad Maslan, dan belambak juga ahli-ahli UMNO Permatang yang boleh kata macam Jalil kata kat Rohaizad.....pengundi atas pagarpun dah menterjemahkan kata-kata mereka diatas kertas undi!!!
Aku tidak keseorangan untuk mendesak DSNTR sebagai Presiden UMNO untuk tidak tergopoh-gapah memilih calon untuk DUN Bagan Pinang hanya kerana kepala-kepala yang bekepentingan mula menyanyi secara koir irama dan senikata yang sama, mungkin senikata tu buka nmereka yang sediakan, tetapi telah di'kompos' oleh punggubah dan mereka hanya mendendang umpama burung tiong yang bercakap keran diupah kekacang kerana 'boleh bercakap'.
Buat masa ini blog ini dan ini juga senada dengan aku. Dan kita lihat bagaimana pula selepas ini. Adakah pihak-pihak lain akan turut senada dengan kami.
Link mengenai TS Isa Samad:
1. Malaysiakini
2. DMIAB
3. Malaysiainstinct
Link pembangkang yang tergiur bila mendengar nama Isa Samad bakal dicalonkan:
1. PIS Permatang Sg Dua
*Aku akan tambah link-link yan kritis terhadap cadangan mencalonkan TS Isa Samad.
**Letaklah muka baru yang bukan sahaja kelihatan bersih, tetapi sewajarnya bersih.
Baru sebentar tadi aku dengar TV3 mengumukan kematian ADUN Bagan Pinang, dalam Parlimen Telok Kemang. Yang Berhormat Bagan Pinang adalah dari Barisan Nasional(UMNO). Dibawah adalah berita yang aku petik dari Malaysiakini.
| ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal | ||
|
Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
![]() |
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.
BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.
Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.
"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.
Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.
Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.
Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.
"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.
Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.
Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).
"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.
####################################################################
Pertama kali aku baca blog UMNO Bagan Pinang, aku ingat DUN ni ada dalam Negeri Pulau Pinang, rupanya DUN 31 ini berada dalam Negeri Sembilan dimana blog berkenaan walaupun menggunakan nama resmi UMNO Bagan Pinang namun ianya sebenarnya adalah milik peribadi seorang blogger pu3 UMNO, Roshatika. Komen aku pernah tidak disiarkan oleh pengendali blog mungkin kerana fakta yang aku beri sukar ditangkis. Tetapi bukan itu yang aku nak sentuh.
SEBENARNYA AKU NAK INGATKAN PRESIDEN PARTI, DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DAN TIMBALAN PRESIDEN, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU MENGENAI CALON YANG BAKAL DIPILIH UNTUK N31 NANTI.
JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH LAPAN KALI!!!!
DAN SESIAPA SAHAJA YANG DIANGGAP LIABILITI DALAM UMNO JANGAN TURUT SERTA DALAM KEMPEN KALI INI. KALAU DIBUKIT GANTANG KITA BOLEH INGATKAN LIABILITI-LIABILTI DALAM UMNO AGAR TIDAK MENONJOLKAN DIRI, AKU HARAP IA JUGA BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH UMNO DALAM PRK N31 NANTI.
LAKSANAKANLAH DEMI KEMENANGAN UMNO!!!!
BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Apakah sekali lagi medan PRK ini sekali lagi dijadikan gelanggang untuk membunuh karekter dan peribadi calon? Diharap pembangkang tidak memulakan serangan peribadi terhadap calon.
03 September, 2009 14:46 PM
Kontrak Tan Sri Musa Hassan Sebagai Ketua Polis Negara Dilanjutkan Setahun Lagi
Kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 Sept ini hingga 12 Sept 2010, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Khamis.
-- BERNAMA

Aku mula mengetahui keujudan insan hebat bernama Musa Hassan sebelum beliau menjadi IGP lagi kerana abang ipar aku juga anggota polis yang memberitahu aku bahawa Musa Hassan ada kaitan dengan Jalaluddin Hassan, aktor sebaboleh yang aku minati. Dan dari pandangan beliau Musa Hassan bakal menjadi barisan hadapan dalam setor kepolisian Negara suatu hari nanti. Dan hari ini beliau membuktikan bahawa beliau memang layak menjadi KPN seperti dugaan abang ipar aku.
Dan apabila beliau menjadi pegawai siasatan yang paling penting dalam kes siasatan Brader Anvar Bin Ibrahim dulu, aku telah menjangkakan dia akan pergi sejauh KPN pada suatu hari nanti, dan kini beliau masih lagi seorang KPN yang ketokohannya menjadi sanjungan pencinta kedaulatan undang-undang tetapi menjadi igauan buruk para penjahat baik penjahat jenayah mahupun penjahat politik.
Aku tidak hairan jika Brader Anvar Bin Ibrahim mendendami beliau
Aku tidak hairan jika MahmPus memusuhi beliau
Aku tidak hairan jika LKS mencerca beliau
Aku tidak hairan jka LGE mencemuh beliau
Aku tidak hairan jika DAP Gangster mengugut beliau
Aku tidak hairan jika Hindraf menghina beliau
Aku tidak hairan jika samseng PKR gertak beliau......
Kerana jika Allah kata Kun maka Kunlah Tan Sri Musa Hassan sebagai KPN
Walau Brader Anvar Bin Ibrahim memburukkan
Walau Mahmpus memfitnah
Walau LKS memanipulasi
Walau LGE mendesak
Walau DAP Gangster menjegil
Walau Hindraf menggertap
Walau samseng PKR menghuru-hara
KUN FAYA KUN!!!!


Aku masih ingat ketika DSNTR baharu sahaja menduduki kerusi Perdana Menteri, antara temapt-tempat yang beliau lawati adalah Plaza Rakyat yang bersebelahan Puduraya. Jika tak salah aku DSNTR ada membuat kenyataan bahawa kerja-kerja pembinaan Plaza Rakyat mungkin akan disambung semua setelah kontraktor baru dipilih dalam bulan Ogos lepas. Manakala penambahbaikan Puduraya dibuat dengan segera bagi membolehkan pengguna dan peniaga disitu mendapat keselesaan sementara Plaza Rakyat dapat disiapkan sepenuhnya dan operasi berkaitan dapat dipindahkan kesitu sepenuhnya. Kemudian aku terbaca pula mengenai satu peruntukan telah disediakan untuk menaiktaraf terminal diBandar Tasik Selatan untuk mengurangkan kesesakan dipusat bandar bagi orangramai yang datang dari selatan tanahair yang menggunakan pengangkutan awam.
Dan menurut utusan online bertarikh 10/06/2003, kerajaan telah mengumumkan Plaza Rakyat akan disambung semula pembinaannya. Namun hanya nyamuk-nyamuk, tikus-tikus, pepijat dan penagih tegar yang berjaya menyiapkan binaan mereka didalam tapak Plaza Rakyat sehingga kini.
Manakala Raja Nong Chik memaklumkan bahawa masa 3 bulan telah diberi untuk pemaju berbincang dengan DBKL yang berakhir pada Julai lalu. Dan kemudiannya Kontraktor baru pula akan diumumkan dalam bulan Ogos 2009 yang mempunyai masa 3 bulan untuk mengumukkan samada menerima atau menolak pelawaan tender berkenaan yang bermakna hanya dalam bulan November baharulah kontraktor baru akan memberi jawapan. Jika jawapannya Ya, bilakah kontraktor ini akan memulakan kerja. Manakala jika jawapannya tidak, berapa lama pula kontraktor baru akan dipelawa?
Bagaimana pula dengan pemajunya iaitu Global Upline kepunyaan Ting Phek Keng? Adakah mereka masih mahu terus bersandiwara dengan pelbagai alasan? Jika mereka memberi alasan bahawa kontraktor lama telah lari dan kontraktor baru belum memberi jawapan dan jika jawapannya negatif, apa pula alasan oleh pemilik Global Upline yang dituduh penipu ini?
Dan aku menajdi bertambah keliru bila pada satu berita lain mengatakan yang Global Upline bukanlah pemaju, tetapi kontraktor. Lalu kalau Global Upline ini kontraktor, nyatalah ia kontraktor yang gagal dan sewajarnya sudah dikenakan tindakan senarai hitam. Dan kalau ya pun Global Upline ini bertindak sebagai pemaju bukankah kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menyenara hitamkan syarikat berkenaan yang telah gagal untuk menyiapkan projek yang menjadi harapan rakyat untuk membantu meningkatkan mutu industri pengangkutan awam diKuala Lumpur walaupun peluang telah diberi selama lebih dari sepuluh tahun?
Kini dengan memasuki bulan September 2009, aku harap Dato' Seri Najib Tun Razak merujuk kembali segala kenyataan beliau mengenai Plaza Rakyat dan dengan segera membuat satu pengumuman baru yang boleh meyakinkan SATU MALAYSIA. Bagi aku projek Plaza Rakyat amat dekat dihati aku sebagai marhaen yang sudah letih melihat keadaan Puduraya yang sudah melepasi zamannya untuk terus berkhidmat. Puduraya memerlukan bantuan Plaza Rakyat untuk terus menabur bakti!
MERDEKAKAH KITA?
Tengahmalam nanti tepat jam 12.00 tengahmalam sepatutnya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sudah 52 tahun merdeka. Pukul 12.00 selepas tengahmalam(awal pagi) 31/08/1957 seluruh rakyat Malaysia melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Tanyalah Tok Maniam, tanyalah apek Long See tanyalah datuk kita yang apapun nama mereka, tok tam ka, tok din ka, tok arq ka(tok det led dan tok joe barrom budak-budak lagi) apakah semua mereka turut melaungkan Merdeka atau hanya tok-tok Melayu sahaja yang melaungkan gema kemerdekaan semasa itu. Pasti jawapannya semua mereka tidak kira bangsa, majoriti atau manoriti meghenggah sampai tersemboi ughat ayam tang leheaq kerana akhirnya Tanah Melayu merdeka juga akhirnya setelah runtuhnya(gagal) Malayan Union. Aku percaya saki-baki mereka yang kehidupan mereka masih Allah beri hayat untuk menggambarkan peristiwa itu. Tanya mereka "Benarkah mereka bersetuju dengan kontrak sosial?" Malah tentunya mereka berterimakasih yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tokwan-towan dan toknek-toknek kita orang Melayu menerima mereka sebagai rakyat Tanah Melayu dengan sungguh mudah sebagai pemilik asal tanah bertuah ini.
Dan bila sampai ketika ini dikala Malaysia sudah boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai, kemakmuran yang telah dirasai, keamanan yang sedang dikecapi apakah kaum-kaum lain terus menghargai apa yang dihargai oleh datok-nenek mereka semasa mula-mula merdeka dahulu?
Lalu bila aku baca artikel panjang Dr Ridhuan Tee yang bertajuk BERSALAH PADA NENEK MOYANG, lalu saya berpandangan bahawa saya wajar mengutarakan pandangan saya pula. Pada saya walaupun dari segi susur galur bangsa, memang benar meraka tetap terus mempunyai pertalian dengan umbi mereka ditanah besar cina dan india walaupun kita tahu mengikut sejarah, bangsa yang merempat keTanah Melayu adalah bangsa yang dipinggir oleh suku kaum yang lain, yang lebih berkuasa dari suku kaum yang merempat keTanah Melayu. Dan memang benar orang inggeris mengimpot orang cina keMalaysia untuk bekerja disyarikat-syarikat milik mereka terutama dalam industri perlombongan serta orang india untuk sektor perladangan, tetapi ada juga yang menyelinap kesini untuk berniaga kerana sistem kerajaan Tanah Melayu dari dahulu lagi mengamalkan sistem terbuka.
Lalu apabila mereka telah berhijrah kesini, generasi terdahulu dari perempat berbangsa cina dan indialah sewajibnya dianggap sebagai satu titik/garis mula peradapan mereka ditempat baru. Mereka inilah yang sepatutnya dianggap datuk nenek yang perlu dihormati dan dijungjung serta disanjung, bukan mereka yang tinggal ditanah asal mereka. Kerana apa? Kerana hanya generasi pra-merdeka dari bangsa cina dan india yang terbabit dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Yang ada ditanah asal mereka tidak terbabit. Tiada pertanggungjawaban. Lalu jika mereka akur dengan dengan syarat-syarat yang digariskan sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah selepas Tanah Melayu merdeka sehinggakan generasi berkenaan dengan begitu mudah mendapat kerakyatan secara Jus Soli, maka mereka inilah DATUK NENEK yang wajib bangsa cina Malaysia sekarang hormati. Dan apa yang jelas sekarang, bukan Dr Ridhuan Tee yang bersalah kepada DATUK NENEK yang bagi saya sudah terputus pertalian pertanggungjawapan kerana jauhnya mereka dengan tanah asal mereka tetapi mereka yang terus meminta-minta hak orang secara kurang ajar inilah yang telah bersalah kepada DATUK NENEK mereka yang bukan sahaja akur dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh Bangsa Melayu pada ketika hendak merdeka dahulu, malah berterimakasih kerana dengan kebaikan budi serta lembut hati Bangsa Melayu yang menerima mereka tanpa curiga.
Kesimpulannya SEGELINTIR orang cina Malaysia dan orang India Malaysialah yang telah MENDERHAKA KEPADA DATUK NENEK MEREKA!!!

Semalam aku dengan beberapa orang kawan aku mengadakan majlis perpisahan kecil dengan blogger yang juga kawan kami iaitu Duke Of UMNO yang akan bertukar tempat kerja kerana kenaikan pangkat. Beliau akan bekerja diKuala Lumpur, iaitu diHQ majikan beliau entah sehingga berapa lama. Tahniah! Alhamdulillah.
Kami menggunakan Restoran 8 beradik sebagai vanue untuk majlis berkenaan yang di'organize' oleh spanar bengkok yang selalu singgah di'kedai kopi' duke(shoutbox!). Duke ditemani oleh isteri begitu juga spanar bengkok. Aku dan 2 orang kawan lagi iaitu armG2 dan AbusgBelida hanya bertemankan kesejukan malam.
Kerana tidak rujuk balik dgn sms spanar, aku tiba awal. Jadi aku guna masa yang ada untuk kehujung jeti dan duduk menghadap jambatan semeling yang tidak pernah sunyi dari deruan jentera kenderaan yang melintasi sungai merbok. Aku lihat ditebing bersebelahan rstoran ada banyak sampan-sampan dan bot pemancing ditambat dikayu bakau yang menjadi penambat agar sampan-sampan dan bot pemancing tidak hanyut menurut arus. SEJUK!!!!
Akhirnya spanar bengkok tiba bersama anaknya yang sedang lena dan isterinya yang bernama lampu depan. "Tu yang aku malaih nak berghenkaey tu...." aku sapa spanar sebagai salam. "Aku sayang bini". "Hang tak sayang bini, tu yang hang tak bawa!". PANG!!! kata-kata dia menampar pipi hati aku. "Aku bukan tak sayang bini, tapi anak-anak ada yang nak mai ada yang tak mau, jadi aku tinggaikan mesyuarat kat depa dan biaq depa buat keputusan sendiri." "majoriti kata tak mau mai, aku akurlah."
Lepaih spanar mai barulah Duke mai dengan bini dia. Kami tukaq ke meja yang lebih besaq kerana lepaih ni dua orang lagi nak mai. Bini spanar yang dok dododi anak dlm kheta, keluaq mai dan dududk disebelah bini Duke dan terus borak macma lama dah kenai. Tang ni bini aku kalah. Dia jenih penyengap. Bukan macam aku. Dok tak lama hat dua orang lagipun sampai.
Teruih kami pakat-pakat order menu. Aku suggest ikan goreng jer, sebab aku kenyang lagi. Spanar pula tambah menu dnegan dua ekor ikan masak steam dan udang goreng tepong. Duke pesan tomyam dan kailan goreng. Pendek ceghita sampai saja pesanan, masing-masing balun sajian dengan penuh persaan hiba kerana duke yang akan berpindah ke KeyEl.
Sambil tu kami dok ceghitalah pasai politik semasa baik tempatan, mahupun nasional. Dari cegita Merbok timbul ceghita Jerai dari Jerai timbul Aloq Setaq dan tidak ketinggalan Luas dan Kota Seputih. Tak sah juga kalau tak mengimbau kembali PRK Permatang Pasir. Pengajaran yang cukup berguna untuk dijadikan ubat politik. Ceghita parpu bergambar dgn kj juga tersembur dari mulut aku menyebabkan duke tersembur ayaq yg dia dok minum. Dan bila armG2 timbulkan ceghita pasal Brader Anvar Bin Ibrahim, aku dan kengkawan yang lain secara spontan membetulkan posisi dikerusi masing-masing.....kami ghasa singkaey pungkoq bila dengaq nama sekoq ni.
Spana yang aktif diMerbok dok imbau ceghita bagaimana dia seolah terkena 'getah' bila diserempakkan dengan rombongan kempen kj semasa PRK Permtg Pasir hari tu. Nak mufarakah, dia pi dgn kawan. Nak tak nak ikuuuuttt je lah walau hati bagai bara. Aku, armG2 dan Abu pula dok sembang pasai Jerai.....hmmm....pakat dok meghungut pasai KB pulak dah...Ghamai dok kata KB Jerai la ni tak macam KB dulu, nampaknya pendekatan ala-ala koperat dan profesional menjadi sesuatu yang luar biasa bagi ahli UMNO Jerai. Yang tahap 'marah kari berapi' pun dah ada. KB Jerai tak boleh lewa, mungkin kena ubah pendekatan dengan ahli-ahli. TKB Jeraipun tak boleh loy. Terkecuali NKB Jerai yang terus pulun dengan kerja-kerja turba saban minggu dgn tidak mengira siapa untuk dibantu dan ditemui, rata-rata yang didengaq NKB Jerai menjadi buahmulut rakyat diJerai tak kira DUN, tak kira parti. Aku harap NKB Jerai meneruskan momentum yang ada dan bukan sahaja mengekal, malah memacu momentum yang sedia ada dengan lebih daya kecepatan agar impak yang dihasilkan adalah maksima.......untuk UMNO!!! ANDA SEDANG DINILAI(dengan nilaian yang positif!). Tak terkecuali kami juga berbincang mengenai ADUN guaq. Abu ada pengalaman, kerana dia Ketua Cawangan. ADUN Guaq katanya ghajin lawat DUN dia, itulah tanggungjawab. Aku tak banyak benda nak diperkatakan kerana aku tak berapa rapat dengan belia sebagaimana aku rapat dengan bekas ADUN yang dulu. He he he, tak ketinggalan kami juga berbincang mengenai Jamil Khir dan hala tuju beliau. Hmm....orang baru ni susah juga aku nak beri komen kerana sehingga kini aku belum berpeluang bertemu secara langsung dan bercakap dari hati kehati dengan dia. Namun aku berharap dia bersungguh-sungguh untuk membantu Najib diPutrajaya, UMNO Kedah sebagai Ketua Penerangan dan UMNO Jerai sebagai tanah tempat lahir beliau. Aku? Aku boleh sokong sesiapa sahaja jika mereka mahu memberi sumbangan terbaik kepada UMNO Jerai kerana aku bukan fanatik kepada individu tertentu. Jika bagus aku sokong, jika tidak menunjukkan prestasi dan kesungguhan aku tegur dan jika tidak 'perform'( No perfomance) kenalah berundur.
Tengah rancak dok berwacana, mailah pula staff restoran 8 beradik bagi tau restoran dah nak ditutup. Aik awai lagi, baru pukoi 12.45 t/mlm dah nak tutup? Hmm.....tak pa lah. Lalu kami pakat 'tontong' bayaq bil yang kami makan tadi dan kamipun bersalaman dengan duke sebelum bersurai.......duke kata, "Kalau aku dah disana nanti, tugaih hangpa-hangpalah untuk kongsi maklumat dengan aku". Aku sengih sahaja. Sebab aku nak kata macam ni kat dia:
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL







