SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Ini adalah cetusan hati rintihan naluri orang kecewa tetapi tiada upaya bibir untuk menuturkan kalam, lalu melalui pelantaq ini rintihan diluah....

Dan aku memberi komen seperti dibawah.

Ikhlaskah kj dalam berpolitik? Kini segala peluru umpama boomerang!

Cerdik? Cerdik kena kat dia!!! Itulah bahaya bila menggunakan modus operandi yang dicopycat dari Blader Anvar Bin Iblahem.

Dolu bulehla.....pak metua ada, bolehlah dia merton pak metua! La ni sapa pula dia nak merton?

*************************************************************************************
Ishhhh....lama betoi aku tak guna istilah tu(yg dimerahkan). Hangpa tau dak apa makna merton? he he he...... Sapa besa guna merton?

JUST AS SIMPLE AS IS IT
TAK PAYAH BUSH JACKET DAN BUNGA
SEHINGGA MENUTUPI SEBAHAGIAN MUKA

AKU BERHARAP SANGAT BRO NAJIB MAHU
DUDUK MELEPAK BERSAMA MAKCIK-MAKCIK
NI SAMBIL PEKENA BIHUN BERSIN DAN AYAQ KOTAK
ITU BARU TURBA!
AKU TANGKAP GAMBAQ ORANG TANGKAP GAMBAQ

KADANG2 UNTUNG KADANG2 RUGI(ULANG 20X CEPAT2)



BETUL KE RETORIK JER?


TEMPAT BERLANGSUNGNYA MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

KERETA KEBANGGAAN NEGARA

Diatas adalah gambar-gambar spontan yang aku ambil dgn kamera cap ayam aku. Gambaq masa rasmi bangunan persekutuan dan gambaq makan malam aku tak dak.....maklumlah marhaen....

Lawatan ini adalah merupakan lawatan yang pertama DSNTR sebagai PM kenegeri-negeri selepas 100 tahun menjadi PM....eh eh....100 hari(maaf, aku dah manyau).

Sebenarnya ada banyak gambaq yg aku snap, tapi biasalah, dgn guna kamera cap ayam, ada yg kelabu dan ada yg tersasar. Ada juga yg elok tapi pasai ada muka JB dan DK, maka aku buat keputusan untuk jadikan koleksi peribadi aku sahaja.....

Agak menjadi kesalan kerana semasa Dato' JK pulun dok cerita pasai BORAQ, ramai pula yang hadir tu terus seronok BERBORAK.

Dan ada seorang lagi tu perangai suka sergah orang lain macam budak-budak terus diamalkan bila menyergah sekumpulan wartawan/jurugambar yang bertugas kerana menghalang pandangannya.....hai....tegurlah elok-elok, kamu tu Ketua Bahagian! Dan Ketua Bahagian aku pula seperti biasa.....suka duduk belakang....tak macam ADUN aku, kalau ada kerusi sebaris lagi didepan, sahih dia pi duduk kat kerusi baris depan.

Dan secara ikhlas, DSNTR kena cari formula yang labih baik bagaimana hendak memaku punggong hadirin kekerusi sehingga selesai ucapan macam TDM..... Tapi kalu Blader Anvar Bin Iblahim lagi syok, kalau ada org tak bagi tumpuan masa dia dok klentong ataih pentaih mahunya dia bebai sampai kesuboh!!!

Apapun aku saliut kat NAJIB kerana memilih Kedah sebagai destinasi pertamanya....ada juga menguntum rasa bangga sebagai anak Kedah.

Pada hari yang sama ketika aku melalui jalan raya yang luas lagi selesa menuju MRSM, ada perkara yang menarik perhatian aku, namun aku terpaksa meneruskan pemanduan aku menuju keMRSM Merbuk untuk menemani anak-anak aku.

Dalam perjalanan pulang sewaktu tengahari, aku singgah sekejap untuk melihat apa yang sebenarnya belaku dikawasan itu, kerana pada seimbas pertama aku lihat bungkusan plastik jernih yang aku rasa mengikat sisa buah kelapa muda yang telah diambil airnya. Bila aku jejakkan kaki aku menghampiri khemah-khemah yang dibina, aku terpana! Rupa-rupanya ia adalah kerja-kerja arkeologi!

Dan plastik pembungkus itu sebenarnya membungkus ketulan batu-bata yang aku rasa usianya amatlah tua. Aku mengelilingi tapak bersejarah berkenaan dan berasa amat bertuah kerana inilah kali pertama dalam seumur hidup aku berpeluang melihat dengan mata kepala aku sendiri kerja-kerja arkeoligis. Betapa teliti dan tekunnya mereka menjalani kajian mereka. Ramai anak-anak muda dipanggil untuk membantu arkelogis berkenaan bagi meneroka tapak berkenaan disamping mengambil tinggalan-tinggalan bernilai ditapak yang bersejarah berkenaan. Aku hampiri salah seorang dari mereka dan bertanya berapa anggaran usia tinggalan binaan yang sedang dia bersihkan dengan penuh teliti. Sambil memberi salam aku bertanya berapaa anggaran usia binaan batu-bata berkenaan. Dia berkata binaan batu-bata berkenaan dianggarkan ujud pada kurun ke2! Ini bermakna keujudan kerajaan Kedah Tua bukanlah baru, malah amat lama dan bererti keujudan kerajaan Melayu juga ujud sangat lama diTANAH MELAYU ini. Dan kemudiannya aku bersua pula dengan ahli arkeologi yang baru keluar dari makmal beliau dan sempat juga aku bertukar pandangan dengan beliau dan beliau mengesahkan apa yang telah dipertuturkan oleh petugas beliau. Pengkaji tapak bersejarah berkenaan adalah dari USM Pulau Pinang.

Ini aku cNp dari wikipedia:

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Keda Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

*************************************************************************************
Maka dengan penemuan ini maka ianya adalah bukti menunjukkan keujudan orang Melayu adalah lebih lama dari apa yang telah dicatatkan sebelum ini. SEJARAH TERBUKTI!












Antara tetamu yang hadir termsuk Bang Man Kg Pinang, Sdr Jahan
dan wakil Dato' Mokhzani, Saiful.






MRSM Merbuk, hasil usaha pemimpin
UMNO Merbuk untuk anak-anak terbilang Melayu
yang dibina oleh kerajaan "Zalim", kununnya!

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, Kelab TKD Storm dibawah naungan Dato' Mokhzani Tun Dr Mahathir telah mengadakan satu pertandingan TKD sukan antara sekolah-sekolah dalam Parlimen Merbuk yang turut disedrtai oleh anak-anak aku.

Walaupun baru menyertai Kelab TKD disekolah masing-masing, mereka cepat dan rajin berlatih serta 'enjoy' dengan aktiviti ini. Seperti juga aku dulu yang amat gemar menyertai aktiviti sukan dan persatuan, kini mereka juga tanpa perlu dipaksa menggemari aktiviti-aktiviti bermanfaat begini. Pengakap, sepaktakraw, bolasepak, ragbi, pingpong, bolatampar adalah antara kegiatan yang aku ikuti. Ada yang aku menjadi wakil sekolah dan wakil IPT dulu. La ni pakcik dah tuo.... dok main sepakraga tuju jer.....golf eden tak minat. hmmm rindu nak aktif balik main sepakraga tuju, dah 4 bulan tak bermain kerana kecederaan ditangan belum pulih sepenuhnya lagi.

Aku nak ucapkan tahniah kepada Dato' Mokhzani dan pengiat Kelab Storm kerana berjaya menganjurkan "KEJOHANAN TERTUTUP BERSAMA STORM TAE KWAN DO CLUB-MRSM" bagi kali pertama. Sebagai penganjur untuk kali pertama, tidak dapat dinafikan ada sedikit sebanyak cacat-cela dan kelemahannya seperti susunatur jadual perlawanan dan juga prasarana, tetapi melihat keceriaan kepada para peserta aku amat menyokong pihak Storm jika mereka bercadang untuk mengadakan aktiviti seperti ini. BRAVO!

Aku buat poll ini setelah ada sahabat-sahabat aku menyatakan keresahan tentang kehadiran kerap khairy yang juga Ketua Pemuda Setiakawan dalam kempen PRK Manek Urai. Pelawat boleh buat undian dikotak sebelah atas.

Prosess undian akan ditamatkan pada sebelum tengahmalam 13/07/2009


Pasti ramai yang baca berita ini:

1.6b ASM bertukar tangan?

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sikap suka bertangguh dalam melabur kini menyaksikan 1.6 bilion unit amanah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukan kepada bumiputera akan dijual kepada kaum lain.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) hari ini sekali lagi mengulangi kenyataannya kerana jualan ASM itu gagal mendapat sambutan.

Katanya, ASM yang mempunyai saiz 3.3 bilion unit, telah habis dijual untuk kuota kaum Cina manakala bagi India pula sehingga kini kuota mereka semakin habis dilanggani.

"Cuma yang tinggal adalah peruntukan Bumiputera sahaja dan jika ia tidak dapat dijual PNB mengambil keputusan untuk menjual kuota Bumiputera kepada kaum lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buku Sajak 30 Tahun PNB yang dilancarkan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, di sini hari ini.

Menurut Hamad Kama, terdapat enam bilion baki unit saham amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang diperuntukkan untuk Bumiputera masih lagi boleh dilanggan.

Katanya, antara baki saham amanah untuk Bumiputera yang masih boleh dilanggan ialah Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Nasional 2.

Manakala, Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dananya terbuka adalah terhad kepada 200,000 unit bagi setiap pelabur.

"PNB masih mengharapkan agar Bumiputera mengambil kesempatan terhadap baki yang tinggal untuk melabur," katanya.

Hamad Kama berkata, setakat ini peluang untuk bumiputera melabur masih lagi terbuka dan berharap peluang itu segera diambil berdasarkan pulangan yang diberikan adalah kompetetif berbanding pelaburan dalam dana lain.

Dalam pada itu katanya, PNB tidak menafikan akan memperkenalkan dana-dana baru pada masa depan namun ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.

"Kita tengok dari segi keperluan dan ia akan diumumkan apabila kita merasakan dana baru perlu diperkenalkan kepada umum nanti," katanya ketika merujuk kepada satu laporan akhbar yang menyatakan PNB akan memperkenalkan dana baru tidak lama lagi.

Hamad Kama berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum satu-satu dana itu diperkenalkan kerana ketika ini masyarakat lebih berminat kepada dana-dana yang berharga tetap.

Beliau berkata, sehingga kini Bumiputera telah melabur dalam semua unit amanah PNB sebanyak 77 bilion dan angka itu jika dilihat merupakan satu peningkatan positif.

Bagaimanapun katanya, angka itu boleh meningkat lagi jika kesedaran pelabur Bumiputera terhadap dana-dana PNB yang dilihat berdaya saing dan menawarkan pulangan tinggi berbanding instrumen pelaburan lain di negara ini.

**************************************************************************************

Inilah antara instrumen-instrumen yang pihak kerajaan sediakan kepada rakyat, terutamanya bumiputera. Bagi aku peluang ini adalah peluang yang sampai terus kepada marhaen, dan tiada lagi sepatutnya semboyan prejudis terhadap usaha berterusan kerajaan dalam membantu rrrrakyat. Malangnya pihak yang berkokok tidak kira ketika tidak pula mahu berkokok untuk berkempen supaya kuota ini segera disambar, balik-balik kokokan hanya melibatkan melemparkan kesalahan kepada orang lain. Dan jangan pula selepas ini kerajaan terus disalahkan jika kuota ini terlepas tangan! Laburlah walau sedikit.

Aku sempat mendengar ucapan DSNTR bersempena 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Isi ucapan beliau juga boleh dibaca dalam portal beliau, iaitu 1Malaysia. Berkenaan visi beliau, aku harap dapatlah ianya dijayakan dengan baik walaupun tidak 100%.

Seperti biasa selepas ucapan diadakan sedutan wawancara dengan rakyat untuk mendapatkan pandangan dan harapan mereka. Rata-rata yang melepasi tapisan semuanya memuji langkah yang beliau ambil. Aku sendiri juga mengambil pandangan sederhana tentang pengumuman beliau itu.

Aku juga berharap ianya bukanlah retorik semata kerana masih aku ingat ttg seorang pemimpin yang sungguh idealis pada permulaan penjawatannya. Dia mencari dua orang manusia hebat (yang telah tiada) dan sehinggalah dihujung pencariannya, beliau tidak berjumpa. Apa yang beliau temui ialah pintu keluar dari jawatannya. Dia juga menggesa untuk bekerja bersama-sama beliau, padahal sebelah petang begitu sibuk dengan golf dan semasa mesyuarat kerap tertidur menyebabkan banyak keputusan eksekutif dan eksklusif dibuat oleh orang lain dan tugas sebenar beliau hanya membuat endosmen.

Aku juga terkenang akan pemimpin itu yang terus bersajak diawal penjawatannya, dan aku harap DSNTR tidak menjadi seperti itu, dimana sajak beliau hanyalah untuk dideklamasikan bukan sajak yang berpijak.

Harapan

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar

Di hati murni mereka terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesama

Andai kerakusan menguasai kita

Ke manakan tumpah harapan mereka

Kerna,

Di bahu kitalah terpikul segunung amanah

Di jemala kita terjunjung selaut ikrar

Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,

Rakan dan taulan, sahabat dan saingan

Lupakan beda lebihkan menerima

Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan

1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia

***************************************************************************************
Apakah sajak DSNTR akan menjadi sebuah sajak yang berpijak?

Baru sebentar aku terperasan bahawa pihak pemilik logo PPSMI iaitu Maxis telah membatalkan urlnya, kerana bila aku membuat editing, urlnya tidak ujud lagi. So merayau sekejap, dapatlah aku logo statik dari gagauan aku. Dan aku akan bincang dengan kawan-kawan untuk fikir pasal logo baru kepada yang terus menyokong gagasan jangka panjang demi anak-anak Melayu.

Lihat sahaja berita ini:

Bakat luar biasa Gloson tarik perhatian PM, isteri


Najib Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor melihat bakat yang ditunjukkan Gloson Teh You Haeng di kediaman mereka di Taman Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Julai - Jika tidak mengenalinya, Gloson Teh You Haeng, 11, mungkin dianggap seorang budak lelaki yang biasa.

Tetapi, pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan USJ Subang Jaya ini sebenarnya mempunyai cerita yang sangat menarik.

Kebolehannya menulis puisi dan blog serta menjadi pereka laman web pada usia semuda itu, menjadikannya seorang pelajar yang mempunyai bakat unik.

Gloson merupakan pengendali dan penulis blog berbahasa Inggeris paling muda di Malaysia serta telah menghasilkan buku puisi kanak-kanaknya sendiri berjudul Creative Funny Poetry For Kids.

Kemampuan Gloson itu menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu pertemuan peribadi di kediaman pemimpin itu di sini hari ini.

Sambil ditemani ibunya, Grace Khoong Sau Leng dan bapa, Wilson Teh, Gloson berpeluang menunjukkan bakatnya itu kepada Najib dan Rosmah.

Melihat kepada kebolehan Gloson, Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara (Permata) terpegun dengan apa yang mampu dilakukan kanak-kanak itu.

"Ini contoh apa yang Permata mahu lahirkan di dalam masyarakat kita. Bakat seperti Gloson ini perlu digilap sejak awal pembesaran kanak-kanak lagi," kata Rosmah ringkas ketika pertemuan itu.

Najib dan Rosmah meluangkan masa melihat dan membaca sendiri hasil tulisan Gloson berkaitan panduan mengenai dunia penulisan puisi kanak-kanak di blognya, www.glosonblog.com.

Dalam pada itu, Grace berkata, anak sulungnya itu sudah mampu menyanyi, menari dan mengingat abjad pada usianya satu tahun lagi.

"Saya dan suami mula menyedari bahawa dia mempunyai bakat unik apabila dia mula mampu melakukan semua itu seawal satu tahun lagi.

"Jadi saya mula melatih dia dengan lebih jauh sehingga dia berusia tiga tahun. Selepas itu dia melakukan semuanya dengan sendiri," katanya.

Sejak itu, Grace berkata, pembangunan minda Gloson terus menunjukkan perkembangan luar biasa apabila dia mampu membaca dan menulis serta mengingat dengan begitu baik.

Katanya, adik Gloson yang berumur tujuh tahun juga mempunyai kebolehan luar biasa iaitu bermain muzik sejak usia setahun lagi.

Gloson ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, dia amat meminati dunia penulisan puisi dan blog di Internet.

"Saya menulis puisi kerana ia menyeronokkan. Sudah tentu bakat yang saya miliki ini akan digunakan untuk kebaikan generasi yang seusia dengan saya," katanya.

**************************************************************************************

Fuhh....Melayu hoi! Kenapa masih nak mimpikan era persekolahan zaman penjajah dimana bangsa Melayu dipinggirkan dari "EDUKASI KELAS PERTAMA"(terjemahan dari First Class Education). Marilah kita enkorej anak-anak kita belajar bahasa inggeris secara sendirian....oooppsss aku silap!!! Sebenarnya depa nak cerita pasal puisi dalam bahasa inggeris. Kalau puisi dalam bahasa inggeris tak apa, pasal ia berkaitan dengan sastera, kena digalakkan! Tetapi sains dan matematik tidak menitik beratkan sastera, tu yang depa tentang. Baru aku dapat menangkap perjuangan sebenar GMP, ianya bukan berkisar pasal sains dan matematik sebenarnya, tetapi kerana sastera! Sastera senang hendak diterjemah! Sains dan matematik mana depa gheti terjemah, tu yang termengah!

**************************************************************************************

Selepas ini tugas PERMATA adalah mencari dan memberi publisiti kepada kanak-kanak pintar dari kalangan Melayu dan India pula. Tidak kiralah apa bidangpun yang membawa kebaikan dan boleh ditauladani.

Dan bukannya memberi publisiti kepada "mereka yang sudah terkenal" sahaja.


Tahniah kerana berjaya mengharungi seratus hari berkerja sebagai Perdana Menteri Malaysia. Untuk berlaku adil aku secara peribadi berpandangan bahawa DSNTR telah berusaha semampu mungkin untuk menunjukkan prestasinya, namun sebagai hamba Allah yang tidak sesempurna AlKhalik, maka ada juga sisi-sisi gagal yang jelas dilihat(pada pandangan akulah).

Antara kejayaan beliau adalah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan dari Abdullah Ahmad Bedawi yang secara umum rrrakyat mengakui kegagalan serta kelemahan mengatasi sedikit kebaikan dan kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Beliau juga dengan segera telah berjaya mencipta slogan baru bagi menggantikan slogan lama, iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan bagi menggantikan cemerlang..... lang....lang. Seterusnya berjaya memperbaharui kabinet bagi menggantikan kabinet lama yang telah rosak. Cuma dalam kabinet baru ni masih ada pintu-pintu dan laci(drawer) lama yang diubah tempat untuk memberi perubahan kosmetik(benda ni kgd2 perlu). Dan dimaklumkan juga laci kabinet bertingkat empat pula telah berjaya disusun dibeberapa bahagian baru agar tidak 'berapa nampak sangat'. Dan ada juga laci tu hendak di pasang kepada kabinet rumah lain yang diketahui tuanrumahnya adalah pengusaha minyak. Dan sehingga kini beliau telah berjaya menerima elaun sebanyak 3 bulan atas tugas sebagai perdana Menteri. Berapapun nilainya aku redho kerana beliau layak menerimanya atas tugasnya sebagai Perdana Menteri. Hangpa toksah dok dengki!

DSNTR juga berjaya melayan dengan baik LKY semasa menjadi tetamu istimewa yang boleh masuk sampai kedapur tuan rumah dan melawat keseluruh pelusuk rumah dengan bebas. Dan selepas itu dia menerima 'pujian' dari Berek Obama yang telah menaliponnya dari Amerika. 'Pujian' yang ada makna tersirat dan sudahpun tersurat.

Beliau juga telah berjaya mengengahkan dalam bentuk cadangan ilham terbaru mengenai jambatan ke3 dengan Sing N Pork dan telah di'sambut 'secara panas' oleh Sultan Johor dan rrrrakyatt Johor. Tahniah. Dan sebagai imbalan dari pembinaan berkenaan pihak sing N pork akan menderma pasir Malaysia dan ruang udara Malaysia kepada diri mereka sendiri diatas kebaikan Malaysia dibawah DSNTR sebagai Perdana Menteri. Hmmm kebijaksanaan kita dalam berniaga dgn sing N pork inipun satu hal juga. Air mentah kita telah berjaya di'beku'kan oleh mereka sehingga kini. Hebat betul teknologi politik mereka. Dengan teknologi politik jugalah mereka berjaya memutarkan garis sempadan dari merintangi selat teberau kepada memanjang seiring dengan tambak Johor sehingga satu kenyataan telah dikeluarkan oleh seorang menteri anak Johor yang kini sudah menjadi bekas bahawa tambak tersebut milik bersama dan kita tidak bebas untuk mendaulatkan tambak johor sebagai milik Malaysia. Begitu juga dengan Batu Putih yang berjaya dijelmakan sebagai Piadra Branca lalu mereka mendapat Piadra Branca dan kita hilang Batu Putih.

Manakala TDM pula menggredkan 'fail' kpd Najib.....fuhhh....brutal tu! Berbanding dengan aku, aku masih lagi mengharapkan Najib bangkit mengatasi kemelut dengan langkah kependekaran. Kerana aku nampak kejaguhannya lebih banyak berpencak dalam gelanggang Felda sahaja selain sikit-sikit mengatur langkah silat ala-ala silat pulut dilain-lain gelanggang.

**************************************************************************************
Ini pandangan dari akhbar rasmi:

Gambaran Keseluruhan 100 Hari Najib Sebagai Pm Dari Perspektif Pekerja

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bagi pergerakan pekerja di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sama seperti Allahyarham bapanya yang "sangat rapat dan bertimbang rasa dengan golongan pekerja."

Bekas Presiden Cuepacs A. Ragunathan berkata Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, "sentiasa meletakkan kepentingan para pekerja dekat di hatinya dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan masalah mereka."

"Tun sering mempelawa kami ke kediaman rasminya untuk makan malam di mana para pemimpin kesatuan boleh berbincang isu penting dengan beliau secara tidak rasmi dan dalam suasana yang santai," katanya.

"Hubungan baik dan peribadi yang dijalin beliau sejak beberapa tahun telah banyak membantu memperbaiki keadaan hubungan industri di negara ini," katanya.

Begitu juga, hari ini Najib sebagai Perdana Menteri Keenam telah "mewarisi sifat-sifat keperibadian itu" dan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan, telah membawa banyak kegembiraan dan harapan kepada para pekerja terutama dalam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam.

Keputusan kerajaan di bawah pentadbiran Najib, bagi melaksanakan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan kepada 300,000 pekerja kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam merupakan keputusan besar bagi meningkatkan moral dan keyakinan mereka.

"Kenaikan pangkat bagi pekerja dalam kategori ini adalah isu "penting" yang diperjuangkan oleh Cuepacs dan kesatuan di bawah gabungannya sejak beberapa tahun tanpa banyak kejayaan.

"Walaupun begitu, hanya dalam tempoh sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib mampu menyelesaikan masalah ini, yang kini membenarkan mereka yang berada di dalam kumpulan itu dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh tahun perkhidmatan mereka," kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd. Zin kepada Bernama.

Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun dan masih berada pada tangga gaji maksimum selama beberapa tahun layak dinaikkan pangkat bermula bulan ini.

"Langkah ini akan memberi faedah kepada kepada kira-kira 105,000 petugas perkhidmatan awam," katanya.

Ahmad Shah berkata Perdana Menteri juga telah membayangkan bahawa beliau akan bertemu Cuepacs bagi mendengar rungutan daripada anggota kongres.

"Bagi 100 hari yang akan datang, Cuepacs berharap bahawa Najib akan dapat menyelesaikan lebih banyak isu bagi mendorong petugas awam bekerja kuat dan memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh kerajaan untuk orang ramai," katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Malaysia (MTSU), Samuel Davadason, berkata keputusan Najib untuk melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, merupakan "keputusan yang amat baik bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam."

Bagi para pekerja sektor swasta, pentadbiran Najib telah memberi jaminan bahawa kehilangan kerja berada pada tahap minimum dan bagi mereka yang diberhentikan disediakan peluang untuk mendapat pekerjaan alternatif.

Pentadbiran Najib telah mencadangkan kenaikan gaji bagi para pekerja melalui budaya kerja yang lebih baik dan berinovatif.

"Cadangan Perdana Menteri adalah amat menarik dan sepatutnya diberi keutamaan dan perlu dikaji dengan mendalam," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata kenaikan pendapatan boleh dibelanjakan memang dialu-alukan oleh masyarakat peniaga kerana ia boleh memacu perniagaan mereka dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata selaras dengan cadangan itu, kongres itu telah mencadangkan gaji minimum RM900 bagi 10 juta pekerja sektor swasta.

"Kami berharap untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

-- BERNAMA
*************************************************************************************
Ini dari utusasn:

Najib yang mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April lalu akan genap 100 hari mentadbir negara esok.

Memperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Perdana Menteri sepanjang 100 hari pentadbiran beliau antaranya telah mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan bagi menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat diteruskan, beliau turut mengarahkan supaya langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur selain mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.

Dalam aspek perjuangan hak asasi manusia, Najib turut mengumumkan akan mengkaji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Menurut sumber itu, beberapa pengumuman yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat dijangka dibuat secara berperingkat menjelang dan semasa pembentangan Bajet 2010 Oktober ini.

Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat diteruskan, beliau turut mengarahkan supaya langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur selain mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.

Dalam aspek perjuangan hak asasi manusia, Najib turut mengumumkan akan mengkaji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Menurut sumber itu, beberapa pengumuman yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat dijangka dibuat secara berperingkat menjelang dan semasa pembentangan Bajet 2010 Oktober ini.

***************************************************************************************
Ini pula pandangan dari seorang cendikiawan:

Kuda Kepang.

Wednesday, July 08, 2009

Renungan sempena 100 hari kepimpinan Najib

Ruhanie Ahmad

Pada Sabtu,11 Julai 2009, jam 10.30 pagi, di KLCC, Kuala Lumpur, akan berlangsung majlis “100 hari Najib bersama rakyat.” Daripada jemputan yang saya terima, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga dijangka turut hadir.

Sempena majlis berkenaan, saya ada beberapa catatan buat renungan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam merangkap Presiden UMNO Malaysia.

Satu: Segolongan orang Melayu kini berasa cemas terhadap beberapa pengumuman kerajaan mengenai liberalisasi baru-baru ini. Perkara ini perlu dijelaskan hingga ke peringkat akar umbi jika kerajaan mahukan kemenangan dalam PRU 13. Ada pihak mengatakan kesemuanya baik dan selaras dengan tuntutan global. Tapi banyak pihak juga yang merasakan kerajaan seolah-olah memberikan terlalu banyak muka kepada pihak bukan Melayu dan kelompok asing.

Dua: Konsep 1Malaysia perlu mempunyai satu dokumen yang rasmi dan komprehensif. Ini perlu dikeluarkan dengan seberapa segera untuk mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh pihak oportunis yang mahu memesongkan rakyat kononnya konsep 1Malaysia adalah sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang dihebahkan oleh PAP serta Malaysian Solidarity Council di Singapura pada 6 Jun 1965, dan diumumkan oleh DAP menerusi Deklarasi Setapak, di Kuala Lumpur, menjelang PRU pada tahun 1969.

Tiga: Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh kerajaan atas dasar meritokrasi cukup menarik. Tetapi, belum pasti ianya diterima baik oleh pribumi, iaitu orang Melayu dan Bumiputera, terutama sekali bila soal biasiswa adalah soal yang termaktub dan dilindungi oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Untuk merincikan polemik ini kajilah maksud dan semangat Perkara 153 dengan tenang dan terbuka. Pihak bukan Melayu yang asyik mendesak dengan tuntutan demi tuntutan mengenai soal biasiswa juga perlu memahami semangat Perkara 153 ini. Menurut Leong (2003:91), penganugerahan hak-hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu (pada 1957) adalah sebagai pertukaran kepada pengiktirafan bukan Melayu pada ketika itu terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan). Oleh itu, kerajaan sewajarnya mempertahankan semangat dan maksud Perkara 153 tanpa sebarang kompromi.

Empat: Pengumuman kerajaan mengenai jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura kurang disenangi oleh sebilangan rakyat, terutamanya rakyat Johor Darul Takzim. Sebaliknya, kerajaan akan terbukti bijaksana jika Projek Jambatan Bengkok dapat diteruskan pembinaannya.

Lima: Adakah UMNO sudah benar-benar pulih dan kembali perkasa? Bukankah UMNO masih lagi dipalit dan dicalit dengan beberapa kontroversi membabitkan beberapa individu yang terbukti terlibat dengan rasuah politik? Apakah tindakan tegas sudah dikenakan ke atas mereka? Atau, masihkah UMNO mahu meneruskan patronage ke atas individu-individu ini? Persoalan-persoalan ini perlu dihayati demi kelangsungan UMNO dan kerajaan dalam PRU13.

Demikian lima perkara khusus buat renungan Najib dan Muhyiddin serta seluruh anggota kabinetnya sempena majlis “100 hari Najib bersama rakyat” pada 11 Julai 2009. Saya akan artikulasikan seluruh perkara ini satu per satu tidak lama lagi.

Mudah-mudahan kepimpinan Najib-Muhyiddin akan mampu memberikan sinar harapan serta keunggulan realiti kepada orang Melayu, Bumiputera dan bukan Melayu seluruhnya berasaskan semangat dan maksud perkara-perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan khusus demi negara yang majmuk dan kelangsungannya di hari muka. KEPADA ALLAH BERSERAH!
*************************************************************************************
##Sebagai pandangan pertama terakhir untuk posting ini, lagi sekali aku nak Najib tahu bahawasanya publisiti berlebih-lebihan terhadap isteri beliau tidak akan kemana. Ramai dari kalangan rrrakyattt kureng selesa dengan approach Rosmah.

Dan sebagai pandangan kedua terakhir, secara ikhlas aku mahu Dato Seri Najib Tun Razak melangkah lebih jitu dan 'remarkable' untuk kebaikan parti dan kerajaan kerana anda adalah Perdana Menteri aku dan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Berbaik dengan jiran tak salah, bukan mengalah tetapi berhemah dengan penuh kebijaksanaan. Belajar dari orang yang lebih pandai dan berpengalaman akan dipandang mulia, jauhkan retorik dekati keikhlasan.


Aku secara peribadi akan berusaha untuk terus memperjuangkan PPSMI secara mikro, iaitu terhadap anak-anak aku. Ilham sebegini bagi aku sukar untuk aku lepaskan peluangnya. Kalau setakat otak aku yang nak terfikir, jauhlah gamaknya. Namun sebagai rakyat aku akur akan perubahan polisi ini. Buat apa nak bising-bising dan berdemo, bia kak demo la kalu bak demo nih.

Cuma yang menjadi kehairanan aku dalam GMP berjuang untuk memansuhkan PPSMI samada mereka sedar atau tidak NGO-NGO Cina dan India tidak perlu bersusah payah kehadapan, sekadar bergayut dengan GMP mereka juga mendapat apa yang mereka hajati. Malah bukannya mereka hendak berterimakasih, tetapi terus mendesak agar dihentikan serta-merta. Itulah perangai bangsa yang tidak pernah mahu berterimakasih, tidak mahu bertolak-ansur dan kurang ajar.

Seperti yang Duke katakan, aku juga suka untuk membuat cabaran ini, tetapi tidak hanya kepada samad sahaja , malah juga kepada seluruh pasukan GMP termasuklah GAPENA yang didalamnya terisi oleh Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim dan ramai lagi.

Ini termasuklah juga ahli-ahli politik yang berjaya mencari dan mencuri peluang seperti Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan ramai lagi.

Mulai hari ini tajuk-tajuk bantahan terhadap PPSMI wajar dihalakan pula kepada SRJK Cina dan Tamil oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu. Aku turut menyokong 100% dan akan menyertai mereka dalam perjuangan ini.

1. Tingkatkan bantahan, perjuangkan Bahasa Melayu! - Pemuda PAS
Tajuk diatas sekarang sepatutnya menjadi Tingkatkan bantahan penggunaan bahasa Cina dan Tamil dalam mata pelajaran-mata pelajaran lain kecuali matapelajaran bahasa ibunda masing-masing-Pemuda PAS.

2. Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu
Sepatutnya dikembalikan secara mutlak atas dasar ianya bahasa resmi Malaysia. Kenapa pula ia hanya kembali kepada sekolah kebangsaan, ia sepatutnya juga diseragamkan kesekolah-sekolah SRJK Cina dan Tamil.

3. 'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras
Dan tajuk diatas sekarang ini wajib menjadi Satu Pengkhianatan Rakyat jika tidak berjuang menentang penggunaan bahasa Ibunda dalam matapelajaran lain kecuali mata pelajaran bahasa ibunda - Teras!

Bagi aku GAPENA dan gabungannya kena terus berjuang dan berdemo selagi matapelajaran-matapelajaran seperti matematik dan sains tidak diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya tidak kira aliran sekolah apa. Dan slogan SELAMATKAN BAHASA MELAYU sewajibnya dibuat banner secara "massive" dan digantung dipagar-pagar SRJK-SRJK agar mereka terkesan dengan kempen terbaru yang aku syorkan ini. Jika sebelum ini, pihak pembangkang seperti DAP boleh duduk berdemo bersama-sama , aku nak tengok siapa dahulu yang akan merentap banner-banner berkenaan dari pagar SRJK-SRJK sambil melaungkan GAPENA RASIS!!!

Keranda-keranda yang ditulis 152 juga boleh dibuat banyak-banyak dan terus sahaja letakkan diperkarangan SRJK-SRJK . Aku jamin, sehingga reput keranda-keranda itu tidak akan ada perubahan terhadap tindakan ini.

**GAPENA dan Samad wajib berjuang tanpa sempadan!!!!

AK-47
RPG-7

Sedang kita sibuk memperkatakan tentang PRK Man U dan kes liwat Brader Anvar, tiba-tiba aku terserempak dengan berita ini. Kita sedia maklum bahawa Amerika sentiasa mencari, mencipta dan merebut peluang untuk membuli kerajaan Malaysia dari luar dan dalam. Semenjak peralihan kuasa dari TDM yang tidak langsung bagi muka kat Amerika kepada si'lembut' lagi berhemah TAAB Amerika sentiasa terus mencari peluang untuk mengucar-kacirkan Malaysia dan berkesan dengan bAntuan dalaman oleh rakyat Malaysia sendiri(pembangkang) dan dibantu pula oleh sikap negatif pemimpin UMNO/BN sendiri.

Dan aku tidak mahu berita ini menjadi senjata untuk kuda tunggangan yahudi itu sewenang-wenangnya masuk kedalam rumah kita untuk selongkar dapur kita secara sembrono setelah mendapat kunci yang mereka idam-idamkan selama ini. Sudah pastinya pihak pembangkang akan mengeksploitasikan isu ini secara tidak berhemah bagi menghitamkan perkara yang belum pastipun hujung pangkalnya.

Kerajaan Malaysia sewajarnya dengan segera mengumumkan kedudukan sebenar kerana rakyat seperti aku yang menyokong mereka wajar mendapat penjelasan rasmi.

**
N.K. using Malaysian bank to deal weapons with Myanmar
North Korea sought payment through a bank in Malaysia for its suspected shipment of weapons to Myanmar that is being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, a source said Saturday, according to Yonhap News.

The visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction for the cargo from the bank in Malaysia to North Korean leader Kim Jong-il, the source said.

"Kim will have a hard time collecting his money," the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity. The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon by phone.

It also comes as North Korea's Kang Nam freighter is apparently returning home after being tracked by a U.S. Navy destroyer that suspects it is carrying cargo banned under the resolution.

Resolution 1874, which reinforced sanctions that were imposed after North Korea conducted its first nuclear test in 2006, bans Pyongyang from exporting any type of weapons -- light or heavy.

According to another source in Seoul, the Kang Nam is believed to be carrying small Soviet-era arms such as AK-47 rifles and RPG-7 anti-tank launchers.

AK-47s and RPG-7s are two of the most widely traded Soviet-era weapon types that North Korea is capable of producing on its own.

"Kim appears to have received earnest money for the shipment, but it is a small sum compared to the payment held up in Malaysia," the source said.



2009.07.04


*************************************************************************************
Aku pasti sebagai kerajaan yang berwibawa, tentu ada jawapan jelas mengenainya. Dan sehingga saat ini aku tidak akan termakan cerita dari pihak lain.

DAHSYAT! Satu kejadian ribut yang kuat telah berlaku pada petang 4/07/2009 yang lalu. Kira-kira 35 buah rumah telah mengalami kerosakan dimana ada sesetengahnya ranap terus dan ada pula bumbungnya langsung tidak boleh diguna kembali kerana diterbangkan jauh lalu berkecai. Secara pantas Ketua UMNO Cawangan Setia Jaya dan ahli-ahlinya menghulurkan pertolongan awal seperti memaklumkan kepada UBJ dan pihak berkuasa seperti membantu mangsa untuk membuat lapuran awal kepada pihak berkuasa dan agensi bantuan seperti Pejabat Pembangunan Negeri(untuk menilai kos kerosakan dan bantuan segera) begitu juga dengan Jabatan Pertahanan Awam yang membantu menguruskan pokok-pokok yang tumbang serta menghantar mangsa yang cedera kehospital. Kebetulan juga ada seorang pegawai dari Yayasan MARA turut berada di kawasan kejadian bagi meninjau bantuan yang perlu.

1. Sekitar Kampung Setia Jaya

KETUA UBJ SEDANG MENINJAU SEBUAH RUMAH YANG RANAP TERUS.
TANDA BULATAN MERAH MENUNJUKKAN TIANG BERSAMA
PELAPIKNYA YANG MENGHALA KEATAS!

TIADA APA LAGI YANG BOLEH DISELAMATKAN

DIBELAKANG ADALAH KESAN TAPAK YANG DI'BERSIH'KAN
OLEH RIBUT YANG MELANDA.

SETOR SIMPANAN UNTUK USAHA KOLAM KELI INI
JUGA SENGET MENUNGGU MASA.

DATO' SHUHAIMI, KETUA BAHAGIAN UMNO JERAI
SEDANG DITEMURAMAH OLEH RTM KEDAH.

BELIAU SEDANG MEMBERI KATA PERANGSANG KEPADA
ANAK-ANAK MANGSA RIBUT. KAKAK BERBAJU MERAH YANG
KELIHATAN MASIH KEBINGUNGAN ADALAH
MANGSA YANG RUMAHNYA RANAP SAMA SEKALI.

TUAN RUMAH YANG KESELURUHAN BUMBUNG
RUMAHNYA DI'PINDAH'KAN KEBAWAH
OLEH RIBUT.
JABATAN PERTAHAN AWAM YANG TURUT TURUN MEMBANTU

RUMAH YANG SEBAHAGIAN BUMBUNGNYA TERBANG
DIBAWA RIBUT
DISINILAH BUMBUNG RUMAH 'MENDARAT'.
BERSAMA KETUA CAWANGAN UMNO SETIA JAYA, BANG NON
SEDANG MENELITI KEROSAKAN
RUMAH INI AKAN BERBUMBUNGKAN LANGIT UNTUK BEBERAPA HARI.

INILAH HASIL KERJA TANGAN MANGSA UNTUK MEMBIAYAI
SEBAHAGIAN KOS ELEKTRIK DAN AIR BERSIH.
ALAHAI.......


MANGSA YANG MASIH SUGUL DAN HILANG KATA-KATA

MANA BUMBUNGNYA?

'PULAU' SEBEGINI BOLEH SEDIKIT SEBANYAK MENGURANGKAN RISIKO
KEROSAKAN BESAR SETIAP KALI KAWASAN
RUMAH DILANDA RIBUT
RUMAH INI DILINDUNGI ZON PENAMPAN DAN
HANYA MENGALAMI SEDIKIT KEROSAKAN.

DATO' KETUA UBJ SEMPAT JUGA MENGHULURKAN
SUMBANGAN PERIBADI KEPADA NENEK INI.

2. Sekitar Guar Chempedak.

RUMAH PAK SU DIN

Dato' Shuhaimi sedang meninjau rumah setiausaha UMNO cawangan
Kg Tok Kau.
Kawasan yang dilanda ribut dikawasan sekitar Guar Chempedak tidak seteruk kawasan Setia Jaya dan Sedaka. Antara rumah yang turut ditimpa bencana ialah rumah bekas ADUN GUAQ, Dato' Haji Abdul Razak Hashim yang tercabut beberapa keping perabung dan rumah Arwah Pak Su Din yang juga ayahnda kepada Saudara Aziz (AJK UMNO UBJ) dan Izham, Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Guar Chempedak. Manakala rumah Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Tok Kau agak teruk dimana bumbong rumahnya juga telah di'pindah'kan kekawasan jiran sebelah(lihat gambar).

***
Kedapatan beberapa rumah yang tak sempat dikunjungi oleh Ketua Bahagian UMNO JERAI tetapi dalam makluman pihak UBJ dan pihak pemberi bantuan(agensi kerajaan berkaitan) harap dapat bersabar untuk dilawati bagi tujuan penilaian terhadap kerosakan.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ