• Home
  • DSNTR
  • TDM
  • KEDAH TIMES
  • KCD
  • MyKMU.NET
  • DETGUAQ

PELANTAQ HUJAH

  • Subscribe to News
  • Subscribe to Comments
  • IBSBINA
  • Dato' Bashah
  • MUKHRIZ
  • DETGUAQ
  • PARENT TITLE

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

Follow this blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ULASAN AKU DARI KENYATAAN AIR ASIA -LCCT2

Jangan politikkan isu LCCT

Cadangan Air Asia untuk membina sebuah lagi Terminal Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT)di Labu, Negeri Sembilan tidak harus dipolitikkan kerana ia bertujuan semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Ini bukan setakat soal politik, tetapi soal keperluan, apakah perlu sebuah lagi LCCT, padahal selain sudah ada satu LCCT, keupayan untuk pembesaran KLIA bagi tujuan yang sama masih ada. Dan dengan menggunakan simpanan tanah yang ada bagi tujuan berkenaan tetap juga akan memberi keselasaan kpd rakyat dan untuk peningkatan ekonomi.

Apa yang nak kecoh? Kami bukannya guna duit kerajaan, kami hanya mahukan kebenaran membina satu lagi kemudahan pengangkutan, kata pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar apabila diajukan pendapatnya mengenai cadangan syarikat itu dipersoalkan beberapa pihak.

Kecoh? Fuhhh....soalan berbentuk macam ni memberi gambaran penanya hanyalah setahap hero kedai kopi yang gunakan sekerat hari untuk habehkan secawen kopi. Duit? lupakah yang SD dan Air Asia adalah GLC atau sekurang-kurangnya ada saham dari kerajaan yang dilaburkan, jadi duit kerajaan tu duit sapa, dari mana datangnya sumber duit tu?....Angkuh betul cakapan yang begitu dan seperti perenggan diatas, tidak perlupun satu lagi kemudahan pengangkutan dibina tambah-tambah lagi untuk kawasan yang sangat berdekatan, buat sahaja tambahan diatas tanah simpanan yagn sediada jika benar ianya begitu mendesak.

"Kami bukan hanya mahu membina LCCT, tetapi menjadikan Labu sebuah hub pengangkutan dan "Airport Cituy (Bandar Lapangan Terbang) yang serba canggih dan lengkap dengan kawasan perumahan, sekolah, hospital, hotel, sistem pengangkutan yang tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Yang HOSPITAL tu aku amat bersetuju, benar benar bersetuju ianya dibina diLabu. JADIKAN HOSPITAL ITU SEBAGAI PUSAT RAWATAN PAKAR JANTUNG dari dok gatai nak ambil alih IJN kalau dah hangpa kata hangpa banyak duit!!! Jadikan ianya IJN ke2. Buatkanlah ia serba canggih jadikan ia satu hub kesihatan terunggul dan boleh memberi sokongan kepada IJN, disamping tu lain-lain rancangan seperti membangunkan kawasan perumahan, hotel dan sistem pengangkutan tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong juga boleh diteruskan. Ajak AA untuk turut melabur. Jadikan AA sebagai rakan pengangkutan udara disamping menyediakan pekej menarik kepada pelanggan IJN ke2 anda. Oleh kerana sistem pengangkutan sudah tersusun, susunkan ia sekali supaya dapat dihubungkan dengan LCCT sediada dan KLIA yang di'upgrade'kan tanah simpanannya bagi menampung sektor tambang murah.......kan cantik gitu....


"Yang pasti, projek ini akan melahirkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, dan ini secara langsung dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Ia juga adalah inisiatif kami untuk memenuhi tanggungjawab sebagai syarikat swasta bagi menyokong pakej ransangan yang diumumkan kerajaan," katanya.

Ya.....peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia(?) juga dapat diadakan walaupun tanpa LCCT ke2 yang anda igaukan. Tidaklah ianya menjadi retorik seperti kononnya hanya LCCT ke2 sahaja yang dapat bantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara. Itulah inisiatif terbaik SD yang sewajarnya. Ho ho ho....rupanya anda hendak menyokong pakej ransangan rupanya...nak sumbat tembolok le tu!!!!

Datuk Aziz berkata terminal lapangan terbang di Labu itu dijangka siap pada 2011 sementara projek "Airport City", jika diluluskan akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan akan mengambil masa 10 tahun.

Pelan rancangan dan jangkamasa ini boleh diaplikasi untuk IJN ke2, tukar Airport City kepada Heart City atau Kota Jantung Hati.....hmmm manis dan bermakna. Taman temanya bolehlah menggunakan Jantung dan Hati sebagai tema. Janganlah biarkan rakyat "makan jantung berulam hati" kerana rancangan SD yang nampak begitu tamak dengan "hidden agenda"nya

Menurutnya kos projek membina terminal di Labu itu dianggarkan RM1.6 billion dan Air Asia telah bersetuju untuk menjadikan Sime Darby sebagai rakan niaganya.

Kos ini boleh dikaji semula untuk disesuaikan dengan rancangan IJN ke2 dengan mengekalkan entiti perkongsian.

Mengenai cadangan mengadakan satu lagi LCCT di Batu Berendam, Melaka, Aziz berkata pihaknya telahpun berunding dengan Kerajaan Negeri Melaka.- 19/1/2009

Ini boleh ajak Dato' Shah Rukh Khan untuk kongsi modal........

FULL STORY
0 comments

DAH BERBUIH.........

Inilah kata-kata bakal presiden UMNO:

Ubah budaya dan imej UMNO, kata Najib

20/01/2009 6:13pm

PUTRAJAYA 20 Jan. - Imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.

“Pemimpin UMNO di semua peringkat mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. - Bernama


Mari kita lihat bagaimana reaksi elitis UMNO bila bakal tok ketua depa mula berkata-kata. Aku berani jamin mereka akan mengangguk didepan orang tetapi tetap juga meneruskan perangai lama depa. Marhien seperti aku ni dah berbuih mulut(baca: lenguh tangan dok petik kekunci papan komputer) dok kheyau kat depa baik diBahagian mahupun dipusat.

Yang pm yang dah pmpun bagi aku dah patut berundur, begitu juga menantu beliau. Sudah-sudahLAH tu.....Bagilah peluang DSNTR untuk pulihkan UMNO, bagi peluang juga kepada calon pemuda yang dipilih oleh 'floor' secara majoriti dari dok pengaruh perwakilan yang aku nampak semakin kebuloq. PRK Pmtg Pauh dan PRK KT dah cukup sebagai bukti untuk anda berundur.

Jangan dok dalam 'denial syndrome' lagi... Hangpa berdua kata apapun depan hangpa je orang angguk, belakang hangpa orang kutuk rapat.

Pemimpin di Bahagian juga kena bertindak pantas....Kemarin kebetulan aku ada kaitkan isu ini. hari ini pula DSNTR kheyau benda tu juga.

FULL STORY
2 comments

PERUBAHAN SECARA HOLISTIK SUDAH WAJIB DIMULAKAN

Selepas membeku selama 13hari aku berjanji pada diri akan kembali aktif jika tidak sibuk dengan komitmen lain untuk terus bersuara sebagai akar umbi yang tidak mahu UMNO berkubur dari persada politik Malaysia. Dan apakah wakil-wakil rakyat dari UMNO mahu menjadi pembangkang diperingkat nasional? Jika mahu, maka teruskanlah sikap anda untuk meranapkan UMNO yang amat kami sayangi ini, jika itulah takdir yang elitis UMNO ingin jemput, InsyaAllah akan Allah izinkan. Begitu julah sebaliknya, jika anda ingin merubah UMNO agar kembali disayangi maka perubahan secara holistik(pinjam istilah yang dipolularkan oleh DSNTR) perlulah diamali dengan segera.

Aku ingin menyentuh kembali kepada urusan UMNO tempatan, iaitu UBJ. Aku ingin menyeru Dato' KBUJ, TKBUJ, NKBUJ dan seterusnya barisan AJKUBJ, Ketau Wanita dan AJKWanita UBJ, Ketua Pemuda UBJ dan Ketua Puteri UBJ agar tidak lengah dan alpa dalam menggerakkan aktiviti yang paling dekat dengan hati rakyat Jerai secara keseluruhannya.

Kepada Tok Mi, Dato' sudah sewajarnya memulakan tugas mendampingi rakyat walaupun tanpa jawatan sebagai AP ataupun ADUN. Tugasan ini janganlah menjadi tugasan bermusim sekiranya Dato' benar-benar mahu UMNO dihormati semula. Jangan terlalu bergantung kepada pihak ketiga dalam menyelami hasrat, kehendak dan masaalah rakyat Jerai. Biarlah pihak ketiga hanya sebagai penyalur maklumat, manakala Dato' serta Timbalan dan Naib berhubung terus dengan mereka yang perlukan kehadiran Dato' bertiga. Amalkan secara berterusan 'personal contact' terhadap mereka yang berkenaan atas apa juga hal. Jika ada masaalah yang diadukan, dengar sendiri akan masaalah mereka dan cubalah selesaikan dengan bijaksana sekiranya masaalah mahupun aduan itu adalah berasas(genuine). Perilaku sebagai wakil kepada rakyat sudah semestinya dipraktikkan dari sekarang agar tidak dikatakan sebagai pemimpin bermusim yang sudah sinonim dengan sikap pemimpin UMNO masa kini. Biasa-biasakan lah diri dengan terus mendampingi rakyat marhien.

Sibuk? Ha ha ha!!! Janganlah sibuk dengan urusan perniagaan dijadikan alasan untuk menjarangkan jadual Dato' bertiga dengan rakyat tempatan. Janganlah dialog bahawa "Anda semua kena faham yang saya juga sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan saya diKuala Lumpur" atau Saya sibuk dengan urusan diluar negara", menjadi alasan stereotype kerana rata-rata rakyat faham dan anda yang menawarkan diri untuk memimpin kami juga tentunya lebih faham akan keadaan kehidupan anda berbanding kami yang hanya nampak apa yang zahir sahaja mengenai Dato' bertiga. Ikhtiarkanlah satu jadual yang membolehkan kehadiran Dato' bertiga terus dirasai. Saya mohon agar kerjasama Dato' bertiga dengan ADUN tunggal UMNO, iaitu YB Dato' Dr Ku Rahman terus dijalinkan supaya UMNO terus mantap. Janganlah boikot memboikot terus dijadikan amalan dalaman sesama ahli UMNO. Tak baik untuk kesihatan UMNO yang dah sakit ini!!! JANGAN NAFIKAN!!!! Tapi berubahlah demi kami ahli UMNO akar umbi. Janganlah dihasut ahli-ahli agar boikot sesama pemimpn UMNO. Itu taktik lapuk yang membuatkan rakyat tak berparti meluat dan menjauhkan diri. Buangkan sikap sombong. Basuhlah wajah sombong dari muka dan hati,soleklah wajah agar raut mesra terpampang dan dizahirkan terus dari hati kerana wajah yang cuba dirobah tanpa merobah hati akan menampakkan ianya hanya satu lakonan.

Lihatlah bagaimana calon UMNO di KT yang cuba menukar karektor disaat akhir tetapi tidak dapat menyembunyikan karektor sebenar, kerana hatinya tidak selaras dengan perubahan pada wajah, akhirnya kalah(INI ADALAH SALAH SATU FAKTOR dari banyak faktor yang menyebabkan UMNO tewas).

Pakat-pakatlah Dato' bertiga berserta YB ADUN GC berubah demi UMNO dan rakyat Jerai khasnya dan BN Malaysia amnya!!! Sahutlah seruan ini dengan hati terbuka kerana RAKYAT TELAH MULA BERSUARA!!!

FULL STORY
0 comments

AKU JUGA MENENTANG KLIA@EAST


Tak nak tuleh panjang-panjang. Semua pakat tau dah. Majoriti rakyat menentang termasuklah aku!!!! Jangan terus memperbodohkan rakyat!!!!

FULL STORY
0 comments

TAMATNYA TEMPOH PROTES DALAMAN.

Hari ini telah masuk 13 hari aku menyepi dari berblog. Kenapa? Diam aku kerana memperotes calon BN/UMNO bagi P036 walaupun aku tidak layak membuang undi disana. Aku dapat merasakan apa yang pengundi-pengundi tak berparti di KT bakal menghukum kelobaan paklah yang menjadi boneka menantunya sehinggalah keakhir saat beliau berundur dari menjadi pm Mac nanti.

Walaupun suara ahli UMNO KT mahukan calon lain untuk P036, tetapi kerana ego atas kapasiti beliau sebagai 'pm yang telahpun pm' tetap mahukan pilihan peribadi beliau dan menghantunya sebagai calon dengan menjadikan DSNTR dan BN KT sebagai 'kerbau tenggala' yang terpaksa menggala tanah gersang untuk menanam kemenangan yang akhirnya terbukti mati kerana dalam pilihanraya bukan parti yang berupaya membaja kemenangan, tetapi keseluruhan rakyat pengundi. Ditangan merekalah letaknya baja kemenangan.

Yang ditabur oleh BN hanyalah habuk tak berkhasiat ditambah lagi dengan calun yang beracun sehingga benih kemenangan kucup layu pucuknya. Dan rakyat KT telah menunjukkan bahawa baja kemenangan adalah ditangan mereka sebagaimana rakyat di 5 buah negeri tunjukkan semasa PRU12 yang lalu. Rupa-rupanya paklah ternyata sombong tak boleh ditegur bodoh tak boleh diajar, lalu cuba berselindung disebalik alasan bahawa BN dibawah Najib sebagai Pengerusi Jentera BN perlu menang sebagai memberi gambaran persepsi rakyat telah menerima kembali UMNO, kononnya. Tidak ke serba salah jadinya?

Wahai Najib, kekalahan ini bukanlah kekalahan UMNO, bukanlah kekalahan BN. Tetapi kekalahan paklah n da gang. one parit bukanlah calon pilihan BN/UMNO, tetapi pilihan parti paklah yang menumpang logo BN/UMNO sahaja seperti Ibrahin Ali yang menumpang logo PAS, tetapi Ibrahim Ali lebih berani kerana tidak perlu menggunakan proksi ketika menumpang, manakala paklah meletakkan proksi ketika menumpang logo pati BN/UMNO.

Seperti kata TDM, PRK ini sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap kalah menangnya parti-parti bertanding, kerana keputusannya tidak akan mengubah struktur kerajaan yang ada ketika ini. PRU13 nantilah yang perlu difokuskan.

FULL STORY
0 comments

AKU MEMBANTAH CUBAAN PENSWASTAAN IJN!!!!


FULL STORY
0 comments

MENJELANG 2009

Ketika aku memulakan ketukan pada papan kekunci in jam menunjukkan 11.39 malam....hanya tinggal lebih kurang 20minit lagi untuk kita melangkah ketahun 2009......

Harapan? Masing-masing ada menaruh harapan dihati masing-masing dengan pelbagai harapan. Aku juga tak terkecuali. Namun biarlah harapan yang peribadi aku tidak ceritakan disini. Namun harapan yang paling menggunung ialah agar Malaysia terus aman, terus maju dan terus berjaya. Berdiri megah tanpa ada tangan luar yang menjadi dalang yang menarikan tali supaya kita bergerak dan menari mengikut tali yang digerak.

UMNO perlu kembali kepada landasan yang kukuh dan dihormati oleh rakan BN dan pembangkang!!!




Dan SHOUT BOX aku disebelah kanan telah aku tukarkan tajuknya kepada ADUAN RAKYAT JERAI agar jika ada perkara yang hendak disampaikan baik kepada wakil rakyat mahupun kepada UMNO Jerai dapat aku tolong salurkan kepada pihak yang berkenaan InsyaAllah.

FULL STORY
2 comments

NYAWA + MINYAK = HARGA(UP)

Petikan dari Utusan Malaysia:

ARKIB : 29/12/2008

Israel terus mengganas


KEKEJAMAN ISRAEL... Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. - AFP


BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

– Agensi

____________________________________________________________________


Tadi semasa aku mendengar berita mengenai kenaikan mendadak harga minyak mentah sehingga pada satu ketika melebihi paras 40 dollar setong dengan mengaitkan keadaan tidak menentu dipalestin/Israel menyebabkan aku tertanya-tanya mengenai formula yang perlu dihasilkan(derive) bagi menjamin kenaikan semula harga minyak.

Dengan sengaja memulakan tahun baru bagi kalendar Hijrah, Israel telah tak semena-mena menyerang Palestin yang kita tahu dalam keadaan lemah dari segenap segi tambahan pula dengan sekatan berterusan mereka terhadap penduduk disemenanjung Gaza bagi aku adalah provokasi dua hala.

Satu ialah membangkitkan kemarahan militan palestin yang dunia tahu tidak langsung memiliki kelengkapan persenjataan bagi tahap sebuah negara berbanding Isreal yang berstatus negara pemilik senjata nuklear.

Kedua ialah mencetuskan kerisauan kepada komuniti perniagaan dunia terutama peniaga minyak dunia.

Kedua-duanya berjaya dengan hanya satu peluru!

Tindakbalas militan palestin memangnya diduga oleh sesiapapun.....dah kita diserang, hatta dengan batupun mestinya mereka bertindakbalas. Apalah sangat serangan mortar dan bazooka berbanding serangan oleh halikopter Isreal yang sekali serang meragut puluhan nyawa manakala serangan militan palestin hanya boleh sekadar merosakkan dinding luar sesebuha bangunan......

Dan bukti kejayaan mereka ialah berita mengenai kenaikan harga minyak mentah dunia. Entah berapa untung yang mereka kaut hasil dari kenaikan drastik harga minyak mentah. Yang pastinya memang mereka beroleh untung dan boleh menjerit gembira kerana dapat mengaut untung sebagai orang tengah dan pemilik telaga minyak yang terdiri dari Bangsa(t ) Arab melompat gembira dan dalam hati mereka berterima kasih kepada Israel.

Yang pasti Isreal dan pemilik telaga minyak dari bangsa(t) Arab ini saling memberi senyuman tanda terima kasih sambil menendang buntut bangsa palestin dengan penuh hina.......nyawa palestin rupa-rupanya ada harga...... ya....nyawa yang perlu berkorban demi minyak!!!!!

Itulah sebabnya bukan maksud aku untuk tidak simpati dengan Palestin, tetapi dari semenjak aku kecil 'paten ' ini telahpun aku kesani. Sebab itu bangsa(t) arab tidak pernah bersungguh-sungguh membantu palestin, kerana nyawa palestin diperlukan untuk memangkin pasaran minyak dunia...... Dan nampaknya suara kita berteriak sehingga serak dan akhirnya sunyi semula sehinggalah Isreal memulakan satu lagi siri serangan berprovokasi.....
.....MANA ADA PASAL AGAMA.....

FULL STORY
0 comments

AURA.....AKU SUKA PERKATAAN TU!

Aku baru sudah membcaca di blog kepal nasi kepal beras yang boleh juga anda baca disini. Aku ingin juga mempunyai pandangan yang selari dengan blogger ini. Ya....UMNO wajib memikirkan diluar kotak apabila bercakap pasal pemilihan pemimpin pada PAU nanti terutamanya Timblan Presiden dan Ketua pemuda UMNO.

Benar, kita umpama restoran yang kini towkeynya perlu memikirkan menu yang ada kerana. Menu yang ada sekarang amat-amat perlukan perubahan. Tokey jangan lagi p[ercaya cakap[ tukang masak kononnya menu yang ada masih lagi dapat sambutan dari pelanggan! Pelanggan yang datang sebenarnya semakin berkurangan, malah ada yang telah dengan selamba depan-depan tokey telah pergi kerestoran yang bertentangan walaupun restoran berkenaan sebenarnya lebih teruk dari restoran ini kerana berbohong mengenai menu dan ada tukang masak dari restoran UMNO telah membocorkan resipi malahan ada yang berpindah kerestoran yang bertentangan membawa segala macam rahsia resepi yang ada dalam restoran UMNO. UMNO perlu mengubah resepi dan perlu mengubah menu!!! Terima kasih kkamdias kerana memberi analogi baru mengenai hawa kempen untuk PAU. Beliau dengan seni menyuruh perwakilan berfikir mengenai kesan jangka panjang kepada UMNO..... tapi perwakilan yang belum kekenyangan tu mahu ke baca dan insaf akan saranan kkamdias ni.....AllahuA'laam.

FULL STORY
0 comments

JERAI WEDDING OF THE YEAR.....2008.....

Hari ni aku blogging cara santai......tak nak sentuh sangat hal politik, tetapi ingin menghidangkan gambar-gambar perkahwinan anak sulong KBUJ yang diadakan khas untuk meraikan rakyat Jerai tak kira bangsa dan parti naungan depa......

Banner kedua-dua mempelai disimpang menuju Dewan Awam Guar Chempedak

Wajah ceria kedua-dua mempelai


SEHARI SEBELUM ACARA PERKAHWINAN

Dato' KBUJ turun padang sendiri dalam membuat persiapan tempat

Berehat setelah selesai segala persiapan tempat.

Khemah untuk VIP dan VVIP

Pemandangan close up sektor VIP dan VVIP


Pandangan Khemah untuk rakyat Jerai menjamu selera

Nadi sesuatu acara yang ada makan minum...kami panggey GEDEHOK

Antara tunjang yang mengelolakan GDEHOK....mereka yang dibelakang, tetapi amat penting

GAMBAR PADA HARI KENDURI

Walaupun banyak gambar-gambar yang aku rakamkan dengan kamera cap ayam aku ni, hanya yang jelas sahaja yang aku uploadkan untuk tatapan....kemarin, tamat dengan gedehok, hari ini aku mula dengan gedehok juga.....














GAMBAR-GAMBAR VVIP DAN VIP



GAMBAR-GAMBAR KAWAN-KAWAN



GAMBAR BERAMAI-RAMAI






JEJAKA BERDARAH MANIS



Akan di tambah esok-esok........
Sesiapa yang inginkan gambar mereka sila tinggalkan pesanan diChat Box disebelah kanan

FULL STORY
2 comments
Newer Posts Older Posts Home

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

  • ► 2008 (166)
    • ► March (1)
    • ► April (4)
    • ► May (18)
    • ► June (16)
    • ► July (22)
    • ► August (12)
    • ► September (12)
    • ► October (26)
    • ► November (28)
    • ► December (27)
  • ► 2009 (274)
    • ► January (15)
    • ► February (29)
    • ► March (9)
    • ► April (18)
    • ► May (17)
    • ► June (13)
    • ► July (34)
    • ► August (24)
    • ► September (19)
    • ► October (51)
    • ► November (21)
    • ► December (24)
  • ► 2010 (231)
    • ► January (18)
    • ► February (25)
    • ► March (25)
    • ► April (26)
    • ► May (19)
    • ► June (12)
    • ► July (10)
    • ► August (18)
    • ► September (6)
    • ► October (19)
    • ► November (14)
    • ► December (39)
  • ► 2011 (501)
    • ► January (39)
    • ► February (12)
    • ► March (41)
    • ► April (64)
    • ► May (59)
    • ► June (24)
    • ► July (62)
    • ► August (56)
    • ► September (61)
    • ► October (56)
    • ► November (21)
    • ► December (6)
  • ▼ 2012 (50)
    • ► January (22)
    • ► February (13)
    • ► March (8)
    • ▼ May (7)
      • YOUR JOB IS TO BLOW.....YES! BLOWJOB!!!
      • TOP TEN Malaysian Chart!
      • CHRONOLOGY
      • GAGASAN 1MALAYSIA TERBAIK UNTUK RAKYAT!
      • Press Statement oleh Buzze Azam
      • Kaedah dap BIAYAI dap sungguh BIAdap!
      • Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambig...

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

MY BLOG VALUE

My site is worthRM 68,722.87Your website value?

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ


    Pelenggaq Detguaq - Fullscreen

    e-Press Jabatan Penerangan

    e-Press Jabatan Penerangan
    Diary aktiviti Jabatan dan Kementerian

    sekadar membeza

    Facebook Badge

    Det Guaq

    Create Your Badge

    DICTIONARY

    Add to The Free Dictionary

    Blog Directory

    BlogMalaysia.com

    BLOG POLITIK DIREKTORI

    BLOG POLITIK DIREKTORI

    Blog Listing

    PENYOKONG

    PELINTAS

    ALEXA

    Malaysia Blog Listing

    • Mybloghub - Blog Terbaik Harus Dilawati, The Best Blog, Must Visit.
      Right Web Application Development Company for Business Growth
      3 weeks ago
    Copyright 2009 PELANTAQ HUJAH
    Zinmag Chronicle Blogger Template designed by Web2feel.com and XML Coded By CahayaBiru.com