Jangan politikkan isu LCCT
Cadangan Air Asia untuk membina sebuah lagi Terminal Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT)di Labu, Negeri Sembilan tidak harus dipolitikkan kerana ia bertujuan semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara dan memberi keselesaan kepada rakyat. Ini bukan setakat soal politik, tetapi soal keperluan, apakah perlu sebuah lagi LCCT, padahal selain sudah ada satu LCCT, keupayan untuk pembesaran KLIA bagi tujuan yang sama masih ada. Dan dengan menggunakan simpanan tanah yang ada bagi tujuan berkenaan tetap juga akan memberi keselasaan kpd rakyat dan untuk peningkatan ekonomi. Apa yang nak kecoh? Kami bukannya guna duit kerajaan, kami hanya mahukan kebenaran membina satu lagi kemudahan pengangkutan, kata pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar apabila diajukan pendapatnya mengenai cadangan syarikat itu dipersoalkan beberapa pihak. Kecoh? Fuhhh....soalan berbentuk macam ni memberi gambaran penanya hanyalah setahap hero kedai kopi yang gunakan sekerat hari untuk habehkan secawen kopi. Duit? lupakah yang SD dan Air Asia adalah GLC atau sekurang-kurangnya ada saham dari kerajaan yang dilaburkan, jadi duit kerajaan tu duit sapa, dari mana datangnya sumber duit tu?....Angkuh betul cakapan yang begitu dan seperti perenggan diatas, tidak perlupun satu lagi kemudahan pengangkutan dibina tambah-tambah lagi untuk kawasan yang sangat berdekatan, buat sahaja tambahan diatas tanah simpanan yagn sediada jika benar ianya begitu mendesak. "Kami bukan hanya mahu membina LCCT, tetapi menjadikan Labu sebuah hub pengangkutan dan "Airport Cituy (Bandar Lapangan Terbang) yang serba canggih dan lengkap dengan kawasan perumahan, sekolah, hospital, hotel, sistem pengangkutan yang tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Yang HOSPITAL tu aku amat bersetuju, benar benar bersetuju ianya dibina diLabu. JADIKAN HOSPITAL ITU SEBAGAI PUSAT RAWATAN PAKAR JANTUNG dari dok gatai nak ambil alih IJN kalau dah hangpa kata hangpa banyak duit!!! Jadikan ianya IJN ke2. Buatkanlah ia serba canggih jadikan ia satu hub kesihatan terunggul dan boleh memberi sokongan kepada IJN, disamping tu lain-lain rancangan seperti membangunkan kawasan perumahan, hotel dan sistem pengangkutan tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong juga boleh diteruskan. Ajak AA untuk turut melabur. Jadikan AA sebagai rakan pengangkutan udara disamping menyediakan pekej menarik kepada pelanggan IJN ke2 anda. Oleh kerana sistem pengangkutan sudah tersusun, susunkan ia sekali supaya dapat dihubungkan dengan LCCT sediada dan KLIA yang di'upgrade'kan tanah simpanannya bagi menampung sektor tambang murah.......kan cantik gitu.... Ya.....peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia(?) juga dapat diadakan walaupun tanpa LCCT ke2 yang anda igaukan. Tidaklah ianya menjadi retorik seperti kononnya hanya LCCT ke2 sahaja yang dapat bantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara. Itulah inisiatif terbaik SD yang sewajarnya. Ho ho ho....rupanya anda hendak menyokong pakej ransangan rupanya...nak sumbat tembolok le tu!!!! Datuk Aziz berkata terminal lapangan terbang di Labu itu dijangka siap pada 2011 sementara projek "Airport City", jika diluluskan akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan akan mengambil masa 10 tahun. Pelan rancangan dan jangkamasa ini boleh diaplikasi untuk IJN ke2, tukar Airport City kepada Heart City atau Kota Jantung Hati.....hmmm manis dan bermakna. Taman temanya bolehlah menggunakan Jantung dan Hati sebagai tema. Janganlah biarkan rakyat "makan jantung berulam hati" kerana rancangan SD yang nampak begitu tamak dengan "hidden agenda"nya Menurutnya kos projek membina terminal di Labu itu dianggarkan RM1.6 billion dan Air Asia telah bersetuju untuk menjadikan Sime Darby sebagai rakan niaganya. Kos ini boleh dikaji semula untuk disesuaikan dengan rancangan IJN ke2 dengan mengekalkan entiti perkongsian. Mengenai cadangan mengadakan satu lagi LCCT di Batu Berendam, Melaka, Aziz berkata pihaknya telahpun berunding dengan Kerajaan Negeri Melaka.- 19/1/2009 Ini boleh ajak Dato' Shah Rukh Khan untuk kongsi modal........
"Yang pasti, projek ini akan melahirkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, dan ini secara langsung dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Ia juga adalah inisiatif kami untuk memenuhi tanggungjawab sebagai syarikat swasta bagi menyokong pakej ransangan yang diumumkan kerajaan," katanya.
0 Responses to ULASAN AKU DARI KENYATAAN AIR ASIA -LCCT2