TIGER SHOW DI JALAN PINTU SEPULUH, KEDAH
Inikah Tiger Show versi Kedah? |
Ditengah-tengah isu panas Madrasah Salihiah rupa-rupanya Kerajaan PAS
Kedah cuba mengalihkan satu isu besar ditengah-tengah pusat perniagaan
bangsa Cina di Jalan Putra. Isu pusat-pusat hiburan yang semakin lama
semakin hebat memecah keheningan malam Bandaraya Alor Setar.
MKT telah membuat tinjauan malam di sekitar Jalan Pintu Sepuluh dan
telah melihat pelbagai jenis perniagaan yang keseluruhannya adalah dari
modal bangsa Cina. Termasuk juga pusat-pusat hiburan di sekitarnya.
Penjualan arak berleluasa, pusat karaoke yang bertaburan. Entah ianya
haram atau pun halal MKT tidak tahu.
Penjualan arak berleluasa di Kedah |
Tetapi yang pastinya dengan kepelbagaian pusat-pusat hiburan sebegitu
adakah tidak mustahil ianya akan menular ke Kompleks Tunku Yaakob yang
bakal dibina itu?
Adakah tidak mustahil juga mejelang tengah malam, premis-premis hiburan telah menganjurkan TIGER SHOW versi Kedah dimana para penguatkuasa sedang dilamun mimpi.
Pastinya ia akan menjadi mimpi ngeri para-para pemimpin PAS Negeri jika hal ini diwar-warkan.
Adakah demi sekeping undi dari bangsa Cina, PAS sanggup menggadai Agama
dan Bangsa? Demi hendak menduduki kerusi empuk MB dan Exco maka perkara
ini dipandang dengan sebelah mata sahaja.
Selalunya
PAS cukup sinonim dengan mempertahankan Islam tetapi MKT nampak ianya
sudah berlainan dari yang dicanangnya. Melalui kajian MKT PAS sebenarnya
cukup mantap meperjuangkan Islam semasa didalam barisan pembangkang
tetapi sayangnya apabila diberi amanah membentuk Kerajaan, PAS sudah
menjual agama dengan dunia demi undi.
Sanggupkah saudara sekalian melihat keruntuhan Madrasah Salihiah dan digantikan dengan pusat hiburan?
TEPUK DADA TANYALAH IMAN
0 Responses to Danok dan Haatyai Bakal Bangkrap!