10 Hujah Zulkifli Noordin Yang Mustahil Mampu Dijawab Oleh Seluruh Peguam dan Bloggers Pembela Anwar
Di
sini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela
Anwar di jalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku
terakhir ke atas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!
1.
Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa
diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi
keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat
sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi
butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soal
balas Pendakwaraya dipatahkan! Tapi kali ini, Anwar langsung tidak
angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan
bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia.
Tapi tidak mengambil peluang tersebut!
Tapi
teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan
dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam
untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada video klip CCTV
Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar
ditempat kejadian, ada kesan air mani dalam dubur Saiful, malah DNA
Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat
Azizan! Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan
langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan
bersumpah.
Dengan
cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh
soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada
dilondehkan di dalam kandang saksi! Jadi rakyat kena gunakan otak,
kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa
pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
2.
Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang
membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan
sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan
"kesucian" Anwar? Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai
manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar
hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama
selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah
Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi
kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk
Eskay kawan baik Anwar sendiri?
Mengapa
tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan
peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil
Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam
Mahkamah! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden
PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah,
mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar
tidak membela Anwar dalam Mahkamah! Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali
sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin
sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi
keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998! Malahan Azmin
buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan
tersayang! Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam
perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar
tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar?
Sedangkan
sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata
pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu
Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter
Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai
karekter & akhlak Anwar! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau
orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam
Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar
di jalanan!
4.
Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia
dalam kes liwat di Mahkamah ini? Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal
Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang
peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh
menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan
pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar
dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"! Bukan itu sahaja, Karpal
Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu
Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!
Mengapa
tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes
liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman
Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain? Adakah
kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah
atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap
berlaku, walaupun suka sama suka? Jadi rakyat kena gunakan otak,
kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat
tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat
mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan
membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian
meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi
keterangan? Kenapa Haji Hasanudin, tuan punya kondominium yang juga
kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar
yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu
Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak
dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil?
Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi
alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar
dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar
sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat
mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
6.
Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas
Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah! Sedangkan Rahimi yang
memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai
pembantu pejabat Anwar. Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan
Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful.
Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo
Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju! Malang bagi Anwar, apabila
Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat laporan
polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba
mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri
mengesahkan perkara itu!
Tidak
cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan
kini menjadi Ahli Parlimen Bebas! Jadi rakyat kena gunakan otak,
kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar
dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan
Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan
Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu
diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan
memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui
didalam dubur Saiful. Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan
tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok
yang berusia lebih 6 tahun! Kali ini DNA air mani Anwar ditemui dalam
dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan
membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak
sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi:
pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun
1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong
Boon!
Kalau
benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur
Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk
diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu
membuktikan DNA air mani di dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu
adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan
Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan
peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri
dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela
Anwar di jalanan!
8.
Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful
adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa
dengan YAB PM! Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi
keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan
bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri
keterangan untuk pembelaan dia! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau
Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri
dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan
untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk
membela Anwar di jalanan!
9.
Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi
kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa
Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui
Saiful! Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka
menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan
dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!
Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk
pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat
dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?
Jadi
rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan
peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia
dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela
Anwar di jalanan!
10.
Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah
Rakyat menentukan kesalahan dia! Persoalannya, kenapa Anwar tidak
serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan
bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri. Saiful
telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat
oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika
palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!
Begitu
berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil.
Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah
ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar,
mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi. Tau-tau
keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil
Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira'
mengadap Ka'bah!
Pengikut
taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut! Sebaliknya Anwar
masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan
bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada
ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan? Jadi rakyat kena gunakan
otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan
Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula
rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan
rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat
kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike
dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk
membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu
menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?
Malah
teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat
perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji
Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan,
dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau
Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada
Saiful serta merta!
Tetapi
kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah
doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan
bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar!
Berani yop? Teman cabar mike semua yop! Pokok pangkalnya, kalau
Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam
Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan
dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!
satu kupasan yg cukup mantap.mahkamah rakyat dan mahkamah Allah terbuka pada anuar ni.Dia tak pilih mahkamah Allah.
paham lah apakah keputusan pada 901 nanti.
hakim tentu bijaksana dan adil.
Tolongnlah buat sembahyang hajat Perdana secepat mungkin. Saya nak lihat sapa yang akan membangkang agar jangan dibuat solat hajat perdana nie....takut bala akan turun keatas semua ahli keluarga dan suku-sakat. Kebelakangan ni Allah telah banyak tunjuk kemurkaan ke atas kaum yang banyak buat jahat atau engkar. Wahai orang2 PKR, PAS...apa lagi tunggu..buat lah, sambut cabaran YB Nordin nie.