23/11/2011
Malaysia hantar bantahan rasmi ke AFC
SEPANG – Pengurus skuad bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan pengalaman terkandas selama satu jam setengah sebelum berjaya memasuki Stadium Gelora Bung Karno untuk perlawanan akhir kelmarin, sebagai ‘lebih mengerikan’ daripada apa yang diharungi ketika final Piala AFF Suzuki, Disember lalu.
Berikutan itu, tegasnya, Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlawanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden itu.
“Keadaan di luar stadium adalah kritikal dan kami tidak berpuas hati terhadap penganjur dengan keadaan tidak terkawal itu.
“Pengalaman yang dilalui pemain-pemain, ditahan hampir satu setengah jam adalah cukup mengerikan.
“Nasib baik saya dan sebahagian pemain telah pernah mengalami situasi seumpama, tetapi saya boleh kata kali ini adalah lebih teruk daripada yang lepas,” ujar Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
**Setelah mendengar berita melalui radio pagi tadi, aku cari pula berita secafra bertulis untuk melihat kesahihan, mencari fakta. Bukan macam pembangkang, mendengar pembohongan dan mencari fitnah dan menghebahkaqnnya pula.
Contoh diatas bolehlah diana;logikan sepertimana sikap puak-puak pembangkang. Sebutlah apa cara, apa kaedah, apa modal, yang mereka tidak gunakan untuk mencabar pemikiran mengocak kalbu rakyat agar sentiasa curiga terhadapa UMNO/BN. Terkini mereka menyerang KR1M. Tetapi umpama getah pengikat yang ditarik sehingga putus, persepsi rakyat kini tidak boleh lagi semudah itu mereka mainkan. Peristiwa diluar dan dalam gelanggang bolasepak sukan SEA diIndonesia seharusnya menjadi kayu ukur untuk dibuat persamaan dengan sikap puak-puak pembangkang. Ayuh UMNO/BN, terus kekalkan momentum kerja kita untuk terus mempertahankan putrajya dan merampas kembali negeri-negeri yang telah rakyat 'pinjam'kan kepada puak-puak buta urus tadbir negeri kerana selama ini mereka hanya pakar berceramah, bukan pandai buat kerja yang sebenar.
Berbalik kepada sikap penganjur sukan SEA, aku amat kesali dengan sikap mereka yang menampakkan betapa terdesaknya mereka sehingga membelakangkan semangat sukan yang tulin.
0 Responses to Ada persamaan puak-puak prmbangkang dengan fantik bola INDON.