SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

AZIZAN RAZAK MENTERI BESAQ PALING PEMOHONG!

Posted by DetGuaq7 Tuesday, November 9, 2010



Penduduk sangkal kenyataan MB


GURUN - Seramai 13 keluarga di Kampung Kilang Ketapan, di sini, yang didakwa menceroboh tanah hak milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) kecewa dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Kampung Kilang Ketapan, Mansor Yahya berkata, kenyataan yang mengatakan hanya ada sebuah bangsal buruk di kampung berkenaan pada 2007 adalah satu penipuan.

“Sebelum 2007 lagi, terdapat penempatan di sini yang melibatkan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga rumah bantuan zakat. Selain itu, padang bola, surau, dewan, bengkel motosikal wujud di sini. Kemudahan yang terawal adalah padang bola iaitu dibuat pada 1993.

“Bukan itu sahaja, mini tar dan sebuah bengkel motosikal sudah wujud sebelum 2007 lagi. Kenyataan hanya sebuah bangsal yang wujud di kampung ini adalah amat mengecewakan,” katanya.

Menurutnya, kenyataan yang menyatakan penduduk kampung menolak rundingan PKB untuk membincangkan isu tanah juga adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak PKB tidak pernah datang berunding dengan penduduk kampung mengenai masalah ini, malah kami mengalu-alukan kedatangan mereka kerana ia melibatkan masalah yang bakal dihalau pada bila-bila masa.

“Pihak PKB hanya menghantar notis supaya kami mengosongkan tanah ini dan seterusnya mereka memfailkan saman tanpa ada sebarang rundingan,” katanya ketika ditemui.

Dia berkata, tanah bertukar milik kepada PKB pada 5 Jun 2008 walaupun penduduk kampung ada membuat permohonan untuk memiliki tanah ini seawal tahun 1976.

“Sekarang, kami pula yang terpaksa membayar ganti rugi kepada PKB walaupun sepatutnya kami mempunyai hak sebagai penduduk di sini,” katanya

Mansor turut mempertikaikan mengapa permohonan mendapatkan tanah masih diproses selepas tanah sudah bertukar milik kepada PKB.

Menurutnya, satu pembentangan kertas kerja pada 2007 oleh pemaju terlibat untuk memajukan tanah ini membuktikan tiada lot tanah ketika itu.

“Di dalam kertas kerja itu, pejabat tanah mengeluarkan kenyataan iaitu pemaju haruslah bertanggungjawab terhadap rumah-rumah kediaman kampung yang terlibat dengan pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya

Penolong Pegawai Tanah Kanan daerah Kuala Muda, Abdul Halim Salleh berkata, perkara ini perlu melalui proses perbincangan.

“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa sokongon tertentu.

“Saya berharap penduduk kampung dapat datang ke pejabat tanah agar pihak jabatan dapat menerangkan keadaan sebenar kepada mereka,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr Leong Yong Kong berkata, selaku pihak yang berkuasa kita sepatutnya berfikir mengenai rakyat sebelum melakukan sebarang tindakan undang-undang.

___________________________________________________________________________________

Tudia!!!!  Hari tu punyalah kurang ajar bila mempersoalkan kelewatan Timbalan Perdana Menteri turun melawat mangsa banjir.  HOI ostad Eizan!  kalaupun dia lambat TUNJUK MUKA, tapi arahan dari Perdana Menteri yang ketika itu masih dalam rawatan dan tugas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang mengambil alih tugasan-tugasan Dato' Seri Najib untuk sementara waktu, adalah jelas.  Bantuan kecemasan dan segera telahpun di jalankan oleh Majlis Keselamatan Negara, iaitu agensi Kerajaan Persekutuan telahpun bermula sebaik sahaja bencana banjir bermula. Pada hari yang pertama lagi.  Dan apa guna tunjuk muka awal-awal kalau hanya sekadar jumpa beberapa orang bertanyakan samaada "makan ka dak lagi?"  Awat?  Bila tanya lagu tu, perut dok ta dok boleh kenyang dan dan ka?  Yennadai!!!!  Pooorahh!

Dan tahukah dia berapa Kerajaan Pusat dah belanjakan untuk Perlis dan Kedah?  Dia pula habis berapa duit pulak?  dah tu kalut dok pertikai kerja buat orang.  itulah kerja pembangkang seperti pas dari dulu, kini dan selamanya!  Ingatlah bahawa UMNO/BN sudah kembali kelandasan sebenar urusan kepartiannya.  Janganlah dok berangan nak goncang goyang lagi UMNO/BN.  Semakin hari aku nampak pkr semakin kendur, pas semakin lesi dan dap lepas ni hanya akan jadi menatang yang dok seghondoi sana seghondoi sini acaq dalam kandang sendiri.

Semua ini adalah kuasa Allah yang Bijak mengatur mengatasi pandai manusia yang merancang.

Kronologinya, selepas kemenangan UMNO/BN di Galas dan Batu Sapi, Allah uji pula dengan banjir besar untuk lihat pihak mana yang berupaya menolong puluhanribu rakyat secara konsisten sepanjang lebih dari 10 hari bencana menimpa.  Aku tak mahulah ulas panjang mengenai bentuk bantuan oleh kerajaan negeri di bawah pas kepada rakyat Kedah, semua rakyat tentunya sudah boleh menilai kerjabuat depa.  Tetapi aku cukup kagum dengan kecekapan logistik dan bantuan segera serta kecemasan oleh Kerajaan Persekutuan yang di kuasai oleh UMNO/BN.

Aku berdoa semoga Malaysia kembali ke landasan yang telah di rintis oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu terutamanya oleh Tun Abdul Razak dan kemudiannya di lorong dan dorong kemajuannya oleh Tun Dr Mahathir tetapi di bantut oleh regim Abdullah dan kini sedang di baikpulih dengan PANTAS oleh gandingan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yaasin. 

SOKONGLAH MEREKA UNTUK MENOLONG KITA KEMBALI!

***********************************************************************************
Dan hari ini, kalau kita rujuk berita oleh Sinar Harian Edisi Utara, terang-terang rakyat Kedah dari Kampung  Kilang Ketapan menuduh Menteri Besar adalah seorang PEMOHONG BESAQ bila dia bercakap sesuatu yang tidak benar mengenai kampung berkenaan.  Kampung Kilang Ketapan bagi aku bukanlah sebuah kampung yang asing kepada aku, kerana di sana aku ada beberapa orang kawan dan ada juga sanak saudara aku yang sudah puluhan tahun duduk di sana.  Kampung Kilang Ketapan bertambah penduduknya secara agak ketara bila jalanraya yang lama yang melintasi landasan keretapi talh di matikan dengan adanya jalanraya baru yang lebih lurus di bina.  Ketika itulah simpanan bahu jalan di kiri kanannya telah di dirikan rumah-rumah lalu membentuk kampung dan akhirnya kampung itu berkembang hala ke utara sehingga adanya sebuah padang bolasepak yang bersebelahan sebuah surau. 

Apakah Ostad eizan baru balik dari luar negara setelah menetap lama di sana sehingga BUTA tentang sejarah Kampung Kilang Ketapan?  Mengapa keJAHILAN beliau mengenai sejarah beliau tampakkan kepada rakyat?  Molekkah seorang yang di angkat menjadi pemimpin mempamerkan sikap kurang cerdik bila tidak selidik dahulu sesuatau isu sebelum mudah-mudah membuat kenyataan yang menampakkan sikap tergesa-gesa beliau?  Sudah tiba masanya rakyat kembali memberi kepercayaan kepada UMNO/BN yang kini sedang menunujukkan transformasi gaya kepimpinannya untuk kembali mengemudi Negeri Kedah Darul Aman pada penggal akan datang setelah peluang demi peluang yang di beri oleh rakyat umpama mencampak garam kelaut.

7 Responses to AZIZAN RAZAK MENTERI BESAQ PALING PEMOHONG!

  1. Anonymous Says:
  2. aku rasa syok sgt baca artikel hang la ni...sebab hang menulis dgn gaya hang tersendiri tak tiru orang...tajudin ajaq hang ka?...

    pasai ustad azizan yang tak tau apa2 tu dah jelas pun memang dia tak tau apa2...MB dungu tu hanya tau dok atas kerusi empok MB yang dia pun tak sangka nak dapat...perjuangan dia hanya sekadar nak jadi PEMBANGKANG saja...tak tau lak nak dapat jadi MB.

    Malapetaka banjir terburuk di KEDAH adalah ujian alam untuk Kerajaan Kedah PAS yang nak bagi rakyat sedar bahawa PAS hanya mampu bercakap saja tapi tak berkemampuan menguruskan kebajikan untuk rakyat,kan semua tahu yg Kerajaan PAS Kedah saja yang sejahtera tapi rakyat sengsara.

     
  3. Anonymous Says:
  4. mesti dia punya tuan punahsihat bagi tau dia macam tu, kalau tuan punahsihat cakap A dia jawab A, kalau dia tunjuk tu tanah kosong dia percaya lah orang tu cakap macam tu. padahal tanah lain dia tunjuk.

     
  5. KALAU TANYA LEBIH2 AZIZAN KATA...SAYA TAK TAU PA..PA...

     
  6. Anonymous Says:
  7. Sian kt org kg 2...xpalah..tengoklah cam ne ending nanti
    For high pic resolution pls look at the link below n read the pure article without even single editing

    http://skuadyan.wordpress.com/2010/11/09/penduduk-sangkal-kenyataan-mb/

     
  8. Pakteh Says:
  9. Makin teruk penyakit tak tau apa-apa ustad zizan ni. Mula2 dok pebodo diri tuduh kata rel bekembar punca banjir, pastu p dok petikai pemangku PM lambat mai jenguk Kedah, Alih-alih hari ni p buat penaya rakyat dia sendiri. Memang la selalu dah ustad Zizan ni dok penaya oghang Kedah tapi kes kali ni, dia tibai tanpa toleh kighi kanan langsung.
    Sudahnya, orang2 kampung dah naik minyak...
    jawab la tuan punahsihat kepada ustad Zizan yang tak tau apa-apa.

     
  10. anti bohmau Says:
  11. salam det,

    baghu tatsat ni aku tengok pakzan mengkelai dgn wartawan! hahaha..mana pr dia dgn wartawan tak tau la..patut jawabla elok2, jelaskan pertanyaan oghang, biaq semua oghang pueh ati. ni dak..dia bukak tichi langkah seghibu plak! hahahaha...

     
  12. DetGuaq7 Says:
  13. AB, Tu yang kawan kau SMS kat aku. Dia kata dia meluat tengok perangai MENYEBAI Ostad Eizan....

    Aku kata nak buat camna...orang ada kencin maneh memang cepat marah!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO