Aku tak mahu ulas panjang, tetapi aku hendak ajak kawan-kawan seperjuangan berfikir tentang duri dalam daging di dalam SPR terutama di Kedah. Aku anggap mereka ini adalah pengecut serta tidak laayak untuk menjamah rezeki serta menafkahkan anak-anak mereka dengan upah dari kerja mereka yang aku anggap cukup kotor sehingga mengatasi amanah yang mereka ikrarkan ketika memulakan tugas sebagai pegawai Kerajaan Persekutuan.
Tadi aku baru sahaja bersembang dengan seorang anak muda yang telahpun cukup umur untuk menjadi pemilih berdaftar baru. Anak muda ini masih lagi meneruskan pelajarannya di peringkat ijazah dan masih belum menyertai mana-mana parti kerana masih berada di Universiti. Dan dia menyatakan kecenderungannya untuk menyertai UMNO kerana kata beliau dia hanya nampak UMNO sebagai pertubuhan politik yang terbukti berjaya menjaga kebajikan seluruh rakyat dan dalam masa yang sama melindungi bangsa yang menjadi penduduk asal tanah Melayu bersama pribumi lain termasuklah orang asli.
Yang menjadi kehairanan beliau ialah mengapakah nama beliau tidak tersenarai dalam senarai yang di gazetkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya walaupun telah memberi salinan kad pengenalan beliau semasa Biro Daftar Pemilih BPUNK menjalankan kempen penambahan pemilih berdaftar sepanjang awal tahun ini. Dan lebih anih lagi kata beliau kawan beliau yang lewat mendaftar sebagai pemilih, tetapi menggunakan saluran parti pas sudahpun sah dalam senarai daftar pemilih.
Apalah yang boleh aku katakan lagi kepada beliau.....hanya kata perangsang agar tidak kecewa dan mengalah dengan keadaan. Dan hari ini aku bertambah 'BARA' bila aku dapati ada 27 nama lagi mereka yang cuba berdaftar melalui saluran parti UMNO di Sik juga tercicir dari senarai yang di sahkan oleh SPR.
NAMA MEREKA TIDAK LEKAT DALAM SENARAI PEMILIH BERDAFTAR!!.
Penyalur maklumat aku memberitahu senarai nama pemilih berdaftar melalui saluran parti pas di terima 100%
manakala jika melalui UMNO selalu ada nama yang di tolak walaupun mereka adalah layak dari segi had umur untuk menjadi pemilih baru dan kali pertama berdaftar.
**Aku nak ingatkan mereka yang aku umpamakan mereka yang sanggup memakan daging dan meminum darah saudaranya sendiri supaya berfikir panjang ketika berniat untuk mensabotaj permohonan anak-anak muda yang ingin menjadi pengundi kelak. Mengapa perlu di sekat seawal itu? Biarlah mereka di sahkan dan gunaklah kebijaksanaan anda sebagai pembangkang untuk mempengaruhi mereka agar kesihankan parti anda!
**Kepada mereka yang di amanahkan untuk memilih kakitangan baru untuk bekerja dengan Kerajaan Persekutuan atau negeri yang di kuasai oleh UMNO/BN supaya meneliti latar belakang dan susur galur calon berkenaan, kerana dalam kita memikirkan kebajikan mereka sbg seBANGSA, tetapi mereka menunjukkan sikap yang cukup BANGSAT!
sebenaknya hampa tak buat kerja.asyik salah orang saja.Dulu PAS salah orang.Kini UMNO pula do salah orang.Terbalik kuang.
Mat merton,
Kalau hang tak tau, hang tak yah nak komen pasai kerja. Biro Daftar Pemilih yang bertanggungjawab mencari pengundi-pengundi baru yahg belum berdaftar cukup giat dan masih berterusan.
Dan maklumat ini bukannya aku main tangkap muat. Aku ada senarai nama mereka yang terbabit. itu baru untuk parlimen Sik, bagaimana pula dengan parlimen-parlimen lain. hang tau ka sapa antar pegawai-pegawai tertinggi dalam SPR Kedah?
Aku sokong Det Guaq dalam hal ni ...
aku sendiri mengakui pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri waktu PRU12 Mac 2008 dulu, ada sekoq malaun (PEGAWAI SPR !) yang siap pakai "neck tie" dan berkemeja tangan panjang, ber"name tag" yang bertugas di satu pusat pengundian, telah dengan selambanya meminta seorang pakcik (kini dah arwah - meninggal pada 2009) supaya memangkah parti pembangkang (padahal pakcik tu sendiri tunjuk pada kertas undi, bahawa dia nak pilih BN)! Untuk rekod: Pakcik tu lumpuh dari pinggang ke bawah, aku terpaksa sorong dia ke pusat undi sebab aku jadi petugas parti.
Aku pun terus sound kat Pegawai SPR tu, Encik jangan ajaq pakcik tu pangkah apa, biaq pakcik tu yang pilih sendiri sebab dia masih waras!
Terus aja dengan muka merah padam, Pegawai tu bagi pensil dan biaq pakcik tu yang memangkah kertas undi ... Ini terbukti, punya lah haprak Pegawai SPR tu ... Malangnya, aku waktu tu tak berkesempatan (lupa) untuk mengambil maklumat lanjut mengenai Pegawai tu (maafkan aku, ini khilaf aku), tapi secara jujurnya, aku mengaku ini adalah pengalaman sebenar yang aku lalui.
Cuma, kalau nak check detail siapa Pegawai bertugas tersebut, aku yakin rekodnya masih ada di dalam simpanan SPR, dan aku masih ingat dengan jelas, dimana tempat ianya berlaku dan waktu tepat ianya berlaku. Ada sesiapa boleh tolong aku trace Pegawai tu? sila bagitau Det, nanti Det boleh forwardkan pada aku ... aku akan tolong untuk trace semula Pegawai haprak tu! ... OK Det ?
AloQStaQ
AloqStaq
Mesti leh trace. Rasanya dengan teramat mudah bulih trace. tapi perlu rakan yang ada access ke SPR. Tau peti undi mana, loghong mana,dah leh agak2 dah n bukan ramai pegawai pun...lain2 hanya pembantu SPR ja...
Sebenarnya pegawai dan pembantu SPR ni diambil dari kakitangan kerajaan, sepatutnya perlu ada etika dan amanah yang tinggi. Jangan bias kepada mana2 parti sewaktu menjalankan amanah.