Ini aku sedut pelan-pelan dari Kedah la nie(depa sedut kuat-kuat dari Sinar):
Hampir separuh daripada kepimpinan PAS kawasan Pendang meletak jawatan..!!
Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.
**Aik? Kata Kedah Belanda ni dah berjaya menSEJAHTERAKAN seluruh Kedah sehinggakan slogan hasad berkarat kononnya diamana ada umno ada orang merempat begitu lancar dimulut kaldai-kaldai berserban yang percaya tahap taksub kitab harakah dan parti mereka.
Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, tindakan itu diambil sebagai menyatakan bantahan kerana suara akar umbi tidak didengar oleh pihak atasan parti yang kini mentadbir negeri dengan tujuan memperkemaskan dan memantapkan jentera pentadbiran.
HAH!!! Tentunya selepas ni kaldai-kaldai berserban ini tidak akan membaca lagi Sinar kerana tidak lagi menyiarkan berita muluk-muluk terhadap parti yang mereka anggap maksum umpama dewa ini.
Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.
Kata sumber aku di Pendang, depa tak guna istilah letak jawatan ni, kasaq bunyinya untuk parti semaksum pas ni, depa guna istilah peralihan kuasa untuk canang kat ahli bawahan mereka yang rata-rata teah di kunci mati pemikiran mereka dari menerima dan menimbang maklumat dari sumber-sumber lain kecuali nombor ekor!
“Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri.
Ishh...PERALIHAN KUASALAH!!!
“Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang,” katanya.
Mana ada heboh??? SURE HEBOH ada la...... Ini hanyalah provokasi UMNO...
Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka.
Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka.
Dengaq kata hat pi jumpa dia kena CHERKAH dengan MB CENGEY ni....ciannnnnn
“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.
“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.
Betoi ka MB Chengey tu suruh hangpa pi balik pebetoi pentadbiran di peringkat tempatan dulu sebelum dok sibuk nak beri nasihat kepada kerajaan negeri????
Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan daripada Taulan gagal kerana telefon bimbitnya ditutup manakala pegawai di pusat khidmatnya ‘tutup mulut’ mengenai pergerakan atau aktiviti yang dihadiri pemimpin berkenaan.
Tutup Mulut? Ini adalah hasil tarbiah yang di canangkan sebagai bebas bersuara dalam parti ....he he he..bebas bersuara dgn cara tutup henpon dan tutup mulut.
Bagaimanapun, Sinar Harian berjaya mendapatkan Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.
Apa standard dia ni yang bagi pengesahan, patut taulan lah yang umum.
Bagaimanapun, Sinar Harian berjaya mendapatkan Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.
Apa standard dia ni yang bagi pengesahan, patut taulan lah yang umum.
“Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam (kelmarin) kepada Datuk Taulan.
“Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain,” katanya.
Dapat upah dari pkr kot?
Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian.
Tak tahu atau buat-buat tak tahu??? Apa yang selalau di sebut jika orang itu berbohong? Munaf....
Mohd Hayati juga juga menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri seperti yang didakwa beberapa pihak.
Sapa tu yang di maksudkan dengan "beberapa pihak"? Nak pelepas peluru liaq masuk angin ni kat sapa bro?
“Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut.
“Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan,” katanya
“Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut.
“Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan,” katanya
Bunyi macam kerja keras je??? Depa kerja keras untuk jumpa ahli-ahli untuk ceritakan hal sebenar kot? Tu yang penat tu....
Sehubungan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincangkan isu itu. Pada masa ini, seorang pegawai ditugaskan di pejabat Pas untuk mengendalikan urusan orang ramai.
Tak payah kalut-kalut....musim raya tak habis lagi....
“Kami akan mengaturkan satu pertemuan dengan semua AJK yang meletakkan jawatan untuk mendapatkan gambaran sebenar. Mengikut perlembagaan Pas, mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, peletakan jawatan itu tidak akan menjejaskan Pas Pendang atau mana-mana cawangan kerana ia biasa dalam parti. Perkara ini pernah berlaku sekitar 1980-an apabila kesemua AJK mengundurkan diri dan parti terus bergerak seperti biasa,” katanya
Memanglah pas tak akan ghebehpun...macam umno jugalah. yang dah GHEBEH ialah perasaan ahli parti yang TIDAK MAHU ORANG LUAR wakili mereka sebagai calon....Atau mungkin lepas ni bagi DAP sajalah yang letak calon.
0 Responses to 15 AJK KAWASAN PAS PENDANG PROTES!!!