Dari Kedah Times:
Oleh : SOBRI SUDIN
Bacaan Surah Ar-Rahman yang aku baca selepas selesai solat magrib hari ni agak terganggu. Tiga empat kali hand phone aku berdering, nombornya pulak naik takut bila dilihat.. MESTI SOMEBODY.
Telahan aku benar belaka. Si pemanggil memaklumkan dan perkara ini bukan lagi rahsia, YB DATO MUKHRIZ bakal dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru menggantikan LANUN SABAH (Panggilan PM.. bukan aku yang panggil).
Jika benar berita yang ku dengar ini, syukur alhmadlulilah, meskipun sudah ramai blogger pro UMNO kawasan utara yang sudah meramalkan perkara ini. Mudah-mudahan aura dan wow faktor akan kembali melekat kepada UMNO Kedah. Mudah mudahan UMNO Kedah tidak lagi mandom, lesu dan pancit tayarnya.
YB DATO MUKHRIZ jika benar berita ini, nyawa dan badan hamba serahkan, dengan darah dan air mata hamba pasakkan untuk gegarkan WISMA DARUL AMAN. Namun YB pastikan segala teguran, nasihat yang telah hamba lontarkan dan rakan-rakan blogger lain berikan berhubung percaturan politik Kedah dapat YB fahami dan teladani, janganlah pisang berbuah berkali-kali.
Pesan hamba, ingatlah di Kedah ini ramai pemimpinnya 'beraja dimata bersultan dihati' depan cakap lain belakang buat lain, hati-hatilah YB, TERUSKAN LEGASI AYAHNADA TUN MAHATHIR dan nenenda WAN MUHAMMAD SAMAN sebagai antara anak Kedah yang berjaya mencipta nama di HALL OF FAME.
Apapun tahniah.. tahniah.. tahniah.. SELAMAT BERTUGAS MEMIKUL AMANAH YANG BERAT.
Serangkap pantun dari hamba marhein yang hina:
TIADA BEBAN BATU DIGALAS
BEBAN YANG BERAT BERKATI-KATI
PENGERUSI UMNO PERLU DIGALAS
KAMIKAN TAAT SEPENUH HATI
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/10/tahniah-tahniah-tahniah.html#ixzz13Obdx9dC
ya, Dato Mukhriz lah yang terbaik bagi jawatan tersebut. Lepas Najib, aku rasa, Mukhriz mesti menjadi PM, jangan lah si Hishamudin jadi PM, tak boleh bayangkan kepondanan Malaysia bila H20 jadi PM
Kingnek,
Perjalanan masih jauh.....
kalau huloq dia jadi dekatlah sikit.he he he he
Man Tuak,
huloq apa? Hang kebuloq sangat ka? hik hik hik...
Man, tuak kelantan ka tuak estet?
Tuak kelantan x mabuk tapi kalau tuak estet jalan pasti melelong!!!
sama2lah kita membantu YB DATO MUKHRIZ...bukan tugas mudah buat beliau.
sedangkan TUN pun puak2 hantu raya sanggup kianat apa lagi YB DATO mukhriz.
semoga beliau berani membersihkan segala kekotoran yg ada dalam umno kedah.
kalo nak ambik semula kedah.YB DATO kena turun kebawah jumpa rakyat.
jangan dengar sangat cakap2 HANTU RAYA tu.
Kenapa kita bising pasai jawatan pengerusi umno kedah.Yang itu jawatan lantikan president.Yang dok jaga umno dikedah ini ialah ketua-ketua bahagian di bahagian masing-masing.Inilah amanah dan tanggung jawab mereka.Kalau depa semua buat kerja elok maka eloklah parti.Kalau semua bahagian cantik dan molek maka eloklah umno kedah.Begitulah sebaliknya.Masing-masing bahagian buatlah apa pun aktiviti.Jangan dok salah penegrusi perhubungan sahaja.Yang ketua bahagian dok buat apa selama ini.Selesai lah urusan rumah tangga sendiri.Kalau tak mampu selesai dan urus dengan baik tak kan nak salah pengerusi perhubungan umno kedah.Apakah penegrusi perhubungan sahaja yang kena tukar.Ketua Bahagian tu bagus sangat tak layak tukar.Kerana perangai hudoh dan burok ketua bahagian lah yang umno kedah jadi begini.Kenapa ketua bahagian tak mahu ambil rasa tanggung jawab ini.Yang aku tahu ketua bahagianlah yang memanaskan isu ini.Ahli yang lain tak cukop masa nak mamikirkan hal ini.Mereka taat pada Parti bukan pada membabi buta pada ketua bahagian yang banyak gelojoh dan jaga kepentingan masing masing.Kenapa UMNO Kedah atau pun bahagian tak pernah anjur satu daulog terbuka atau tertutop untok merungkai kekusutan ini.Mana demokrasi dikedah.Diwaktu zaman dulu selalu ada perjumpaan dengan pemimpin.dailog perjumpaan mesra.bila pemimpin turun kedah,Set5akat jamu makan kemudian balik tak berhasil.Disinilah punca kekuatan parti bermula dari bahagian.Kalau bahagian elok maka eloklah sampai keatas.Siapakah pencetus isu Ketua perhubungan UMNO kedah ini.Bukan rakyat biasa.bukan ketua cawangan,bukan sapa sapa.tapi ...............carilah jawap sendiri.
Ayam piru.aku pun heran apakah alasan yg kukoh soal Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah perlu ditukar.Apa yg tak kena dengan Dato Shafie.Nampak sangat orang UMNO Kedah ini sikap kenegerian yang melampau.
Bila nafsu naik kemata.Bersultan dihati.Mana ada lagi sifat taat setia pada parti.Pembohong je.
bertuah lah hanpa..semenjak UMNO kalah dikedah ini rupanya hampa lagi mewah.Ketua bahagian pun ada elaun lumayan setiap bulan.Kemudian ketua cawangan pula naik elaun RM8oo sebulan.Apa nak susah.Yang susah ini kuli kang dibawah ini laa.Lagi kacau elaun lagi naik.Sebab itulah yang dok berebut jawatan dalam UMNO.Berapa lah pula elaun pengerusi perhubungan umno sebulan.Hangpa tolong cerita sama bagi kami tau.
UMNO KEDAH PERLU KEMBALI KUAT,,,,,Sejarah PERJUANGAN Kedah sudah Berpuloh tahun Diterajui Nenek Moyang kita yg pertahan kedah dari serangan SIAM,,,,KENA INGAT TENGKU ABDUL RAHMAN dan TUN MAHATHIR TELAH MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA HAMPIR 38tahun,,,begitulah HEBATNYA ANAK KEDAH,,,,"SEMUANYA IKLAS DAN JUJUR DLM PERJUAGAN",,,,nama KEDAH sentiasa tersemat dihati orang MELAYU sebagai KUAT PERJUANGAN BANGSA,,,,,,,"KINI KEDAH TEWAS PADA PAS,,,,," ANGKARA SIAPA,,,,,,,,"Pemimpin Pengkhianat yg telah menjatuhkan UMNO KEDAH KEPADA PAS ,,,,,,,,,MEREKA INI SEMUA TIDAK LAYAK MEMIMPIN KEDAH,,,,,,semuanya PATUT BERUNDUR ,,,,,,dan ambil tanggung JAWAB,,,,,,,,,KITA TAK NAK SEJARAH BERULANG,,,,,,,,,"PEMIMPIN YG TAK AMANAH akan merosakan masa depan bangsa",,,,,,,,,,,,DET KHALID and the GENG sila UNDURRRRR,,,,,,
sdr abuarif..mana ada yang ikhlas dan jujor.semua dok kira uncang perut sendiri sahaja dulu.Yang susah kita ini.Tapi tak apa aku bangga walaupun kerja sendiri.Rezeki ALLah tentukan.Puak UMNO dok kira kroni tak habis-habis.