BLOGGER BUNUH BLOGGER.... KALAU KENAL DIA NIH, TAK HERAN DENGAN PERANGAINYA...
Cerita blogger ini banyak tapi tak ada yang diketahui. Semuanya diam-diam dan tidak terdedah. Sesekali ada berlaku, macam kisah orang guna nama The Unspinners. Kali ini pula blogger Braveheart ada beberapa cerita orang tak betul. Ceritanya berikut:
Kita faham tak semua ada peluang dan boleh dapat peruntukan. Ada lebih dan ada kurang. Ada tak ada. Itu rezeki masing2, kebolehan masing2 dan penghargaan orang kepada bloggers tersebut.
Tapi jangan guna nama orang untuk masuk poket sendiri. Oleh demikian, berawas bila ada sesiapa minta nama dan butiran.
Kalau ada pihak mengaku The Unspinners ada dalam mana-mana senarai, sah itu group nak jual nama dan menyamun. Kami tak akan ikut mana2 group. Kami berjalan sendiri tapi seiring dengan blogger2 pejuang yang tulin.
Bagi yang tak amanah, jangan pula nak tegur dan nasihat Noh Omar. Nasihat diri sendiri.
... Setiausaha UMNO, Dato' Tengku Adnan telah menyediakan sumbangan (bukanlah banyak sangat) RM15,000 untuk diagihkan kepada para blogger yang bertungkus lumus di Hulu Selangor dulu. Jumlah itu sekiranya diagihkan sama-rata mungkin setiap orang hanya akan mendapat sebanyak RM500.00 atau RM600.00 sahaja.Kami The Unspinners tak mahu sebab satu dua makhluk yang ambil peluang, perjuangan kita terbantut. Biar dia malu dari pendedahan ini, peduli apa. Dedahkan sesiapa yang mengguna sesiapa ntara kita untuk tujuan tidak baik.
Tidak mengapalah!
Alhamdulillah juga jika hanya setakat itulah yang mampu diberikan oleh kerajaan (maksud parti) sebagai penghargaan dan mengenang jasa para blogger. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan!
Kenapa SU UMNO tidak secara peribadi bertemu dengan para blogger untuk berkenal mesra sambil menyerahkan sumbangan itu? Saya percaya blogger akan sangat menghargai menerimanya secara langsung dari seorang tokoh walaupun jumlahnya tidak besar.
Menyerahkan kepada 'orang kedua' telah mendatangkan risiko dimana peruntukan berkenaan telah tercicir ditengah jalan. Blogger Aiman Jr tentu lebih maklum tentang perkara ini.
Blogger Sanggah Tok Janggut ini merupakan teman akrab kepada blogger Sang kelembai yang tentu masih kenal dan melihat sahabat-sahabat yang sama berjuang di Hulu Selangor dulu, yang menjulang kemenangan calon BN [dengan membelanja duit sendiri.]
Justru saya menyaran kepada pemimpin supaya lebih berhati-hati dan lebih telus ketika berhubung dengan blogger.
Saya masih ingin mendengar apa kata pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang janji anakbuahnya untuk men'sedekahkan' blogger yang hadir di pelancaran blog beliau dulu dengan modem broadband.
Kita fahan bahawa mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam pembinaan, kerana itu kita masih belum menerima nya.
Hehehe!
Bagaimana pula dengan sumbangan dari SU UMNO melalui blogger Sanggah Tok Janggut ini? Apakah 'cek' itu masih sukar untuk di 'cash' kan? Atau sudah kehilangan alamat pada sahabat semua? Atau memang sumbangan itu hanya untuk beliau seorang diri? ...
Petikan dari Beranikan Hati
Kita faham tak semua ada peluang dan boleh dapat peruntukan. Ada lebih dan ada kurang. Ada tak ada. Itu rezeki masing2, kebolehan masing2 dan penghargaan orang kepada bloggers tersebut.
Tapi jangan guna nama orang untuk masuk poket sendiri. Oleh demikian, berawas bila ada sesiapa minta nama dan butiran.
Kalau ada pihak mengaku The Unspinners ada dalam mana-mana senarai, sah itu group nak jual nama dan menyamun. Kami tak akan ikut mana2 group. Kami berjalan sendiri tapi seiring dengan blogger2 pejuang yang tulin.
Bagi yang tak amanah, jangan pula nak tegur dan nasihat Noh Omar. Nasihat diri sendiri.
Ulasan The Flying Kick:
Maklumat yang diperolehi bagaimanapun mengatakan Erman Jr. telah membuat penafian di hadapan beberapa orang bloggers sebaliknya menyalahkan Sang Kelembai atau Zaharin di atas salah laku dan penyelewengan wang peruntukan untuk bloggers. Bagaimanapun Erman Jr. adalah pencacai dan barua pengangkat najis untuk Sang Kelembai....
Apa pun cerita tentang penyelewengan dan penyamunan duit dengan mengatasnamakan bloggers, sudah lama dilakukan. Malah ada yang terang-terang menyebut nama blogger tertentu kununnya kenal secara dekat, tetapi tidak sedar, blogger yang disebut namanya itu berada di hadapannya. Yang pastinya, beberapa sumber yang layak dipercayai mengesahkan Zaharin Sang Kelembai telah menerima peruntukan RM80 ribu untuk pilihanraya kecil Sibu....
Lanun di dalam UMNO sudah mula menjalar di dalam dunia blog! Maka berhati-hatilah anda dengan geng-geng bloggers yang bijak bermuka-muka ini untuk mengenakan anda!
**************************************************************************************
**Ini aku petik dari blog Flying Kick pasal lintah-lintah maya yang berpaut umpama parasit dengan nama-nama blogger pro-umno yang 'freelance'.
Dah banyak kali perkara ini berlaku dan aku dapat rasa ianya akan terus berlaku selagi dunia ini masih berputar di atas paksi dan mungkin sempat lagi walaupun putarannya terbabas dari paksi sebelum berlanggar dengan planet-planet lain.......
Walaupun gambar tu dlm bentuk negatif, tetapi aku kenal muka dia yang selalu bertempek kat The Mall ataupun Hotel Puteri Pacific ........Depa ada networking yang bergerak dalam satu uniform(bukan seragam tapi keseragaman) dan modu operandi depa ni cukup mudah, aitu cekup mana-mana ahli politik yang di kenali ramai, lepas tu pelemah depa ni untuk cekik poket depa.....Bagi aku memang padanpun....perah duit secara tak bermoral dari poket ahli politik yang dapatkannya secara tak bernoral dan habiskan duit tu juga dengan jalan tak bermoral....
Walhasil balik asal......Itu pasal tak????

aku dah kata pasai duit dan ...it dibelakang tak boleh percaya.kadang-kadang dia ikhlas jujor amanah setakat 50 sen saja,lebih drp tu lesap.aku setuju juga kalau nak kasi pun janganlah melalui orang tengah.nampak sangat orang kuat umno ini tak reti nak teckle orang bawah.entahlah umno ini makin sehari makin banyak tak kena.dah tak pandai berkomunikasi lagi dgn insan bawahan.
Sebab tu aku kata UMNO kena kembali kepada politik asas, poltik positif dan politik komunikasi....
tetapi masih ramai pemimpin dok amalkan politik 'kebas', politik negatif dan politik komisyenkasi...
Dalam poltik UMNO ni sukar nak diperbetul atau nak dikawal lagi. Pelbagai gejala negatif telah meresap dalam jiwa. Pelbagai bentuk rasuah diperkenalkan demi mendapat sokongan. Kalau dulu peringkat bahagian dan keatas saja, Sekarang ni dah merebak sampai akar umbi...kekadang nak buat kerja pun susah kalau tak ada fulusss... Yang dok cari makan dengan politik dok tunggu...masa yang sesuai nak ngap....yang betui-betui berjuang ni, gigit jari sajalah, kekadang sampai koyak poket kerana nak tolong parti.