Maka bersorak-sorailah penyokong pas bilamana pengarah hutan kedah sanggup di sembelih oleh pemipmipn kerajaan psa Kedah utuk membuat kenyataan kamikaze. Nak buat macamana, depa tu majikan dia...kenalah akur, bukan macam sesetengah kakitangan KEDA, walaupun majikan depa kerajaan pusat, tetapi depa menjadi api dalam sekam, duri dalam daging kepada kerajaan pusat, tetapi kerana mereka dalah Melayu Islam, maka ihsan kerajaan pusat terus menyimbahi mereka dengan terus memberi rezeki pekerjaan kepada mereka....
Mahu tahu apa isi kenyataan penafian oleh pengarah hutan tu?
Aku cukup setuju dengan tajuk tu......tapi setakat tajuk tu sajalah. Memang balak bukan punca, sebab balak bukannya sejenis cecair atau air. Kalau cecair atau air ianya tak dipanggil balaklah... Memang elemen utama banjir ialah air samada air hujan atau air laut yang sedang pasang di persisir pantai yang rendah bentuk muka buminya.
Tetapi bagaimana kalau di katakan balak yang di potong itu terhimpun sedikit demi sedikit akibat tergolek dari tebing yang berdekatan sungai dan akhirnya menjadi halangan. Darri ujudnya halangan itu, terkumpul pula segala ranting yang patah serta daun-daun kayu menjadi penampan yang lebih mulus. Maka terbentuklah satu empangan rapuh yang hanya dapat menampung bebanan kuantiti air pad kadar yang sedikit tetapi mengalah kepada kuantiti air yang banyak apabila hujan lebat turun tak henti-henti. Soalan dari rakyat Sik, mengapa halangan dari balak itu boleh ujud kalau kawasan tebangan jauh dari tebing sumber air minuman mereka? Dan kalau benar kawasan tebangan itu jauh dari tebing sumber air minuman mereka sudah tentunya aliran air yang 2 tahun terdahulunya jernih kini sentiasa keruh dan apabila hujan mereka hanya dapat bekalan air 'teh susu' tanpa gula??? Dan kenapakah banjir kali ini turut membawa lumpur tanah merah kalau kawasan tebangan jauh dari tebing sumber air minuman mereka?
Tahukah pengarah hutan itu bahawa fartwahutan yang di buat oleh beliau dari bilik berhawa dingin itu sebenarnya hanya menjadi pendinding yang cukup nipis kepada kerajaan pas Kedah, senipis kertas tisu yang akan binasa bila terpercik 'air protes' rakyat ? Tidakkah dia tahu bahawa kenyataan sedarjat melepas batuk di tangga itu sebenarnya telah merobek hingga kedalam hati-hati rakyat Sik yang menjadi mangsa banjir berkenaan khasnya dan seluruh rakyat akar umbi Kedah amnya?
KENYATAAN BELIAU ITU SECARA JELAS TELAH MENAFIKAN HAK LEBIH DARI 1500 RAKYAT SIK UNTUK MENIKMATI AIR BERSIH DARI SUMBER ASLI!
Rakyat Kedah tidak boleh memaafkan kegagalan kerajaan pas Kedah ini dalam mentadbir Kedah. Rakyat wajar menghukum mereka pada PRU yang akan datang! Mereka adalah Kabilah yang GAGAL!
************************************************************************************
**Aku hairan bilamana kerajaan pas cuba berselindung di sebalik alasan LULUS. Kononnya kerajaan terdahulu telah meluluskan, malah bukan MB yang terakhir yang meluluskan, tetapi MB sebelum MB terakhir. Tetapi tidakkah mereka terfikir, mengapakah perlaksanaannya tidak dibuat? Apakah sesuatu yang di luluskan wajib di laksanakan? Melulus adalah satu perkara tetapi melaksanakan pula adlah satu perkara lain. Ada ketikanya ianya tidak berkaitan. Tentu ada sebabnya mengapa MB sebelum MB terakhir kerajaan terdahulu tidak meneruskan perlaksanan pembalakan walaupun setelah unaya di luluskan, begitu juga dengan MB yang selepas MB itu. Mnegapa beliau juga tidak mengarahkan perlaksanaan ke atas kelulusan tersebut.
Tup-tup bila tiba kerajaan baru, MB baru, tiba-tiba ianya begitu mudah di laksanakan atas arahan beliau! Tidakkah ini menimbulkan kemusykilan pada rakyat???
0 Responses to Fartwahutan.