Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Posted by
Detguaq2
Sunday, August 15, 2010
Hari ini lawatan kerja susulan telah di buat oleh pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan di iringi oleh Ketua UMNO Bahagian Sik merangkap ADUN Belantek untuk meninjau Sungai Semeliang yang berubah tebingnya gara-gara di terjah oleh arus deras air yang membawa bersama bongkahan batu-batu besar dan juga pasir berselut.
Dengan Izin Allah juga hari ini tanpa di rancang lalulah sebuah jentera pembawa sengsara kepada rakyat tetapi sejahtera kepada beberapa kerat pemimpin kerajaan negeri Kedah dengan bangganya melungsuri jalanraya betul-betul di hadapan rombongan dan pemberita. Lihatlah sendiri!
Terma tiang rumah aku pinjam dari Kedah Times(terima kasih).....
**Bandingkan melalui kenyataan akhbar yang kerajaan negeri kedah buat di
sini
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
HALUIH BESAQ KELINKIN PUN DEPA SAPU! dahsyat azizan ni. rasanya, lepaih ni, bala Allah pulak sampai kot pasai depa hipokrit sgt...Allahuakbar!
depa habaq, kalau haluihpun rendam lama-lama dia besaq juga....tapi bukan balak tu...yang akan besaq ialah temberang depa!
Rakyat sudah menyaksikan prestasi negeri-negeri yang diterajui oleh pembangkang.
Selangor Darul Ehsan semakin menjadi pusat gangster dan pencemaran agama rasmi negara.
Kelantan Darul Naim semakin menjadi-jadi dengan fatwa-fatwa yang sesat.
Kedah Darul Aman kini dah menjadi negeri banjir lumpur apabila musim hujan atas kerakusan pembalakan.
Penang di mana penduduk asal sedang di halau secara perancangan sistematik yang ditunjuk ajar oleh Singapore.
Mujurlah Perak Darul Ridhwan dapat diselamatkan daripada terus bertukar menjadi sebuah zoo negara dengan pemberian tanah-tanah kepada yang bersimpati dengan perjuangan komunis.
Pengundi-pengundi harus mengambil teladan. Kalau marahkan kerajaan kerana adanya perompak-perompak, kita sama-sama mengkritik kerajaan dengan lantang, biarpun ke tahap meminta Perdana Menteri sendiri turun. Bukannya menggantikan kerajaan dengan penyangak-penyangak yang belum beraksi. Kini lihatlah sendiri aksi-aksi penyagak yang kita pilih sendiri.
Rukun dan Perlembagaan Negara semakin hari dicabar, dicabul dan dihina baik secara terang-terangan ataupun berselindung, bukan saja oleh pihak "di sebelah sana", tetapi juga oleh "pihak di sebelah sini", termasuk pemimpin-pemimpin sendiri
Zaman umno perntah pun bererbut kawasan balak.Zaman Pas perintah pun berebut pasal balak.Serupa saja .sapa naik pun depa yang kenyang dan muntah duit.Pengundi dapat beras sekampit bila raya posa duit RM100.00.Depa lain he he he he he.
Antara politk dan kuasa.ada saja isu sepanjan g masa.
umno bagi bantuan pada orang dia.pas pun bagi pada orang dia.jangan bimbang masing-masing jaga undi.itulah politik namanya
Saya hormati semua pandangan di atas,
Semua betul...tetapi saya ada sikit lagi nak tambah, walaupun umno bagi bantuan pada orang dia, tetapi sebagai peneraju BN, dan sebagai sebuah kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab, kesemua rakyat tetap mendapat segala kemudahan asas seperti kesihatan dan pendidikan mengikut piawaian antarabangsa oleh PBB(UN) di mana masih ada lagi negara-negara lain belum mampupun memenuhi 100% keperluan asas sebuah negara merdeka. Malahan rakyat Malaysia mendapat bonus dengan dasar membasmi buta huruf serta peningkatan pendapatan perkapita yang selesa sehingga di cemburui oleh negara-negara jiran(serta lain-lain insentif). Malahan dasar negara semasa era TDM begitu mengkagumkan dunia sehingga kini, malangnya di sebabkan Allah menjadikan manusia itu sebegitu unik, tidak seperti malaikat yang hanya menerima dan menurut perintah, dalam kerancakan Malaysia membangun, terdapat juga manusia yang hilang pedoman, terutama mereka yang menyembah selain Allah (walaupun bibir mengaku) telah mengamalkan segala perbuatan buruk yang Allah larang dei untuk mengautrakus segala kekayaan secara tak bermoral. Mereka ini umpama parasit yang melekap di BN baik dalam UMNO, MCA dan MIC. Dan mereka inilah pula yang cepat melatah apabila apa yang di hajati tidak di dapati walaupun perut mereka sudah padat dan mulut mereka sudah memuntah, tetapi dek kerana nafsu terus juga tamakkan kebendaan....uniknya apa itu nafsu yang tiada siapa dapat merantai waima di bulan ramadhan ini.... dan nafsu tidak pernah mengenal parti dan agama....
**the observer....
Kegha hebat SUPOL MB nih Det oooiii..., dia boleh jawab bagi pihak Kerajaan Negeri. Mana pi MB?. Awat? MB ni takut koott... Jawablah secara resmi mengenai kejadian banjir kilat di Sik tuu...
MB dan Exco diam, tiba2 SUPOL dia pulak yang jawab. Jawapan politik tak leh terima. Jawapan resmi Kerajaan Negeri adalah wajib.
Orang lain, termasuk pemimpin UMNO sibuk memaklmkan kapada orang ramai/rakyat yang terlibat dengan banjir melanda rumah kampong, pertanian dan berbagai2 harta rakyat, SUPOL sibuk mencari bukti dan fakta nak jawab tuduhan bahawa Kerajaan Negeri meluluskan kawasan balak dihlu Sg Semeliang. Awat?, SUPOL sibuk tuuuu... pasai dia nak bertanding lagi d kawasan tu PRU13 ni kooott...
he he he...siap tutup shout box bro! ntah-ntah dia buat skrip sendiri untuk menghalakan penutupan shout box dalam blog dia....
Apa yg nak herankan.Itulah kerja hakiki SETPOL.Walau pun kentut bos dia busok.Dia akan kata wangi.Yang busok itu orang lain punya kentot.Demekianlah halnya dengan rezeki banjir di sik yang satu masa dulu bising kerana air paip tak ada.Nah sekarang berkat kerja kuat kerajaan PAS air pun mencurah ke SIK.
kalu tak tiang umah pun...rasa2 tiang dangau sekerap ja besa2 tu.
PGJ,
Adat makan gaji lagu tulah....tak kiralah sapapun...
Pakteh, tiang dangau sekerap? Lepaih ni mana ada dah...hrp ranting getah sajalah nak buat dangau sekerap...Kedah semakin dogoi...
setpol tolong jawab pasai masa kejadian embi tak ada dalam negeri, ada di mesir dengan rombongan nya.