SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Apabila Yang Benar di Katakan Betul,

Posted by Detguaq2 Saturday, August 7, 2010

Kekalkan hak istimewa bumiputera

MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.
"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.
Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.
"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera, jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan.
"Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela kaum sendiri," katanya.
Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.
"Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat peribadi," ujarnya.

************************************************************************************

Inilah pandangan yang bagi aku satu pandangan yang memijak rumput dan menunjung awan.  Kalau selama ini aku mual dan muak hampir termuntah keran pening mendengar orang tua 'mabuk' yang tidak memahami apa yang di perkatakan tetapi kerana teruja melihat mikrofon yang di jolok kekerongkongnya maka terpacullah segala yang bacul dari mulut tanpa aqal, meluru tanpa kalbu.

Apa yang salah bercakap yang sah?
Apa dosa bercakap yang berfakta?

Walaupun aku kurang senang dengan cara berlapik Hadi terhadap tonipua aka tempua mengenai pandangan peribadi padahal kesannya boleh mempengaruhi orang yang  jahil, tetapi aku harap juga kenyataan Hadi akan dapat mencelikkan mata pengikut fanatik dan jahil yang mata mereka penuh dengan tahi fitnah dan tahi provokasi keterlaluan.

Dan aku paling amat berharap supaya penyokong tegar pas tidak pula terus melabelkan hadi dengan label yang negatif hanya kerana mengatakan apa yang beliau rasakan benar atas kapasitinya sebagai Presiden pas seperti mana mereka melabelkan Hasan Tantawi, KP pas hanya kerana beliau menyeru kepada perpaduan bangsa!

**TSMY kata tepat
***Harakah tak keluarkah berita macam ni?

6 Responses to Apabila Yang Benar di Katakan Betul,

  1. radio malaya Says:
  2. Hj Hadi pandai main politik.TaK kan dia sanggup mencurah air dalam tempayan bila dengar guruh dilangit.Cumanya cara perlaksaan perlu di ambil kira.Hak istimewa orang melayu itu sama sekali jgn disentoh.Jika disentoh maka negara akan jadi hura-hara sebab majoriti adalah orang melayu.UMNO janganlah Hak iatimeawa ini sebagai haknya sahaja.Dalam soal ini PAS ada hak juga.Soalnya keluh kesah rakyat tak sampai keatas.Sebab itu demokrasi kena hidup subur dalam umno sendiri.Suara rakyat perlu didengar.Insiden beberapa bahgian umno dokedah menggambarkan demokrasi dalam parti umno sendiri sudah luntor dan hampir dipinggirkan.Jangan bila kita ada diatas ;angsung tak mahu dengar suara akar umbi.Hak istimewa rakyat nak bersuara pun dah disekat.Apakah yang lain mungkin disekat juga.Pada dalam perlembagaan negara diberi sedemikian rupa.Begitu juga perlembagaan parti sendiri.Pemimpin kena lihat secara meluas dan adil.Rakyat adalah hakim dalam pilihanraya.Oleh itu jangan lah diabaikan hak istimewa rakyat dalam apa jua pendapat serta suara mereka.

     
  3. Detguaq2 Says:
  4. Radio Malaya,

    Saya suka frasa demokrasi kena hidup subur dalam umno sendiri....saya setuju. tetapi berapa ramai ahli umno yang faham dan perihatin? Sebenarnya kita sendiri yang mematikan amalan ini bila ke mesyuarat tahunan hanya untuk memenuhi tuntutan JPPM, manakala yang menjemput dan di jemput hanya sekadar mencukupkan korum. Sebab? kita terlalu 'complacent'. Semua ahli terutama akar umbi kena BERANI BERUBAH, bukan sekadar menjeritkan slogan!

     
  5. Anonymous Says:
  6. Buatlah apa pun.Ahli umno sendiri pun dah tawar hati.

     
  7. detguaq Says:
  8. Anon 8:27,

    Bukan semua ahli umno tawar hati. yang doktawar hati, maneh hati,masin hati ni samada dia jenis baloq tapi hanya pandai melalak, bila tak dapat sesuatu merajuk sampai 'murtad', bila susah cari umno bila senang tak mau bantu umno...jenis tu memang ada. Tapi yg komited masih ada.

     
  9. Anonymous Says:
  10. detguaq..memang tak semua.tapi istilah tawar ini ibarat air yang kian tawar.orang tawar hati bukan soal kebendaan.roh perjuangan yang dah terongkai.mereka tak merajuk pun.jangan pandang ringan kumpulan tawar hati ini.mereka tidak samseng dan gelojoh.mereka sekadar berdoa sesuatu kepincangan yang diurus dengan bengkok dan membosankan.tunggu dan lihatlah oarng tawar hati adalah bukan ahli sahaja penyokong yg simpati selama ini akan menjauhkan diri.ibarat pelanggan kita yg tawar hati dia juga ada pengaruh.akhirnya kita hilang pelanggan.politik sama macam cari pelanggan dan berniaga.

     
  11. Anonymous Says:
  12. Budak detguaq bukan dia tahu pe.bodek je dia tahu

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ